Wednesday, May 22, 2013

Susu Formula 20% Offer hanya di Tesco!

Bila dah jadi ibu ni kan, dengar sahaja pampers murah, susu murah mula la rasa tergedik-gedik nak pergi. Bila dah murah memang wajiblah memborong. Terasa satu kerugian bila tak dapat beli kan????  Betul tak??? Lebih-lebih lagi dua keperluan wajib ini (pampers+susu) memang agak mahal. 







Jadi kawan-kawan yang anak-anak masih minum susu formula, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Saya dah borong semalam. Alhamdulilah Sustagen Chocolate untuk Zarin memang murah dari biasa. Berbaloi-baloi.

Jangan lupa ke tesco yang berhampiran sementara stok masih ada. Hanya dari 18-24 May 2013!!!! Eh-eh, tetiba jadi duta tak berbayar tesco pula. hikhikhikhik..

Sharing is loving!


Tuesday, May 21, 2013

Breastpump apa yang saya guna?

Memandangkan ada yang bertanya breastpump apa yang saya guna sepanjang menyusukan sofea, jadi hari ini saya berkongsi tentang breastpump tersebut. 

Sebenarnya saya guna dua breastpump, satu yang elektrik, satu yang manual. Sejak mengandung lagi saya bercadang untuk membeli medela freestyle, namun setelah tambah campur tolak bahagi, akhirnya saya memilih spectra 3. Jangan salah sangka pula, sebab ada sesetengah kaum suami (di kalangan kawan-kawan lelaki saya) yang ingat spectra ni sebuah kereta. hohohohohohohohohoho.. 

Tapi bagus tau, mereka ni (kaum bapa) ada sifat ingin tahu dan juga ingin melengkapkan ilmu tentang penyusuan susu ibu supaya isteri mereka nanti dapat mempraktikkan penyususan susu ibu sepenuhnya. Oleh sebab itu, kaum bapa juga perlu tahu hal-hal sebegini justeru tahu akan peranan-peranan yang pelu dimainkan bagi melancarkan penyusuan susu ibu .

Ok, berbalik pada tajuk entri. Sepanjang empat bulan (hari ini) menggunakan sepctra 3 ini saya sangat berpuas hati. Cuma pam ini agak berat untuk dibawa ke sana ke mari. Sudahnya pam ini saya tinggalkan di ofis, (Isnin-Jumaat). Lagi satu pam ini kena guna letrik, tidak beroperasi secara bateri. Tapi dari segi performance memang tip top. Saya selalu buat double pumping, paling banyak boleh dapat 16-18 oz satu sesi. Alhamdulilah

Spectra 3 (pic from google)
 Kalau di rumah pula saya gunakan avent manual ini. Ini antara pam yang menjadi kesukaan saya. Pam ini memang banyak berjasa, bermula dari Zarin dahulu hampir 2 tahun setengah juga saya mengepam, sekarang turun kat Sofea pula. tapi kena tukar juga beberapa aksesori, ada yang dah lus.

avent manual (pic from google)

Itulah pam yang saya guna setakat ini. Walau bagaimanapun, pada hujung minggu saya lebih suka buat marmet. Hari minggu memang kena train sofea guna botol juga walaupun sekali sehari. jadi saya perah dan terus bagi pada Sofea. So far memang best, cepat pun cepat. Tapi kena tahu teknik yang betul.

Insyaallah saya akan kongsikan teknik marmet nanti.

psst: sesuai untuk saya, tidak semestinya sesuai untuk kawan-kawan. Jadi carilah yang terbaik. terdapat pelbagai jenis pam diluar sana. ada yang murah, ada yang mahal. Tepuk dada, tanya diri sendiri dan poket anda! hehehehehehehehe... Selamat menyusukan bayi anda.

Monday, May 20, 2013

Suplemen susu ibu

Sangat tertarik dengan status seorang sahabat saya diFB. Jadi saya sharekan di sini 


"IKLAN TENTANG SUPLEMEN SUSU IBU:

" Mahu susu badan melimpah?"
" Stok susu penuh deep freezer?"
" Susu ibu jadi berkhasiat?"

Rasa mahu pengsan dengan iklan sebegini. Bukan pengsan dengan produk, tapi dengan ayat pemasarannya. Kadangkala produknya bagus, tapi ayat untuk memasarkannya....hmmmm....

Ibu-ibu, kita tidak perlukan susu yang melimpah, atau ber peti-peti. Apa yang kita perlukan adalah susu ibu adalah cukup untuk anak kita, bukan anak orang lain.

Susu ibu memang semulajadi berkhasiat, ibu-ibu di Somalia yang tak cukup makan minum pun masih mampu menyalurkan susu ibu berkhasiat untuk anak mereka.

Ini bukan status anti supplemen, saya juga pernah ambil supplemen semasa menyusukan anak, tetapi tujuannya supaya badan lebih bertenaga, supplemen bukan magik / automatik boleh tambah susu tanpa disiplin asas penyusuan.

Penyusuan susu ibu insyaallah akan berjaya dengan ILMU, bukan dengan supplemen magik. "



Saya sangat-sangat bersetuju! Selamat menyusukan bayi anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...