Thursday, September 3, 2009

Sesi Perkongsian Ilmu (II)

arini aku xde la bz sgt2 minit mesyuarat pun dh siap benda yg paling aku menci wat...hehehe..tp terpaksa la...ok, kita sambung lagi sesi perkongsian ilmu kita pada ari ini...yeeeeehaaaa....

KEISTIMEWAAN SUSU IBU
Kelenjar mamari diciptakan betujuan untuk membekalkan khasiat yang terbaik bagi tumbesaran bayi. bayi dilahirkan dengan keinginann semulajadi untuk menyusu dengan susu ibu. Sifat bayi ini menjadikan penyusuan sesuatu proses yang unik dan tiada gantinya...

yup..mmg btl proses yg unik dan tiada gantinya.semua ibu yg menyusukan bayi buat pertama kali pasti dapat rasakan perasaan dan keunikannya...malah tidak keterlaluan jika dikatakan perasaan itu tidak dapat diungkapkan dgn kata-kata, malah air mata yang membuktikan segala perasaan itu...oleh sebab itu, seorang ibu pasti akan berpuas hati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab seorang ibu dengan sempurna jika melaksanakan penyusuan susu ibu sepenuhnya..

tahukah kwn2 apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif?
penyusuan susu ibu secara ekslusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja sehingga berusia enam bulan. (tiada air masak+FM+etc)(btlkan jika tersilap)

Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga berumur 6 bulan kerana:
1. kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi ndari lahir sehingga berumur 6 bulan. Perlu diingatkan bahawa penyusuan susu ibu selama 6 bln tanpa makanan lain TIDAK menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
2. Selain itu juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan pelengkap mahupun FM kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.
4. enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh sebab itu bayi mudah mendapat diarrhea (cirit -birit) sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.
5. Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan juga alahan.

mmm...memandangkan dulu aku berada dlm zaman jahiliyah (x cukup ilmu psl BF slps melahirkan zarin)so zarin xlah menyusu secara eksklusif. sbb aku bg air masak+FM gak..mula2 dulu yea..masa ilmu cetek...tp sekejap je...ye la, masa tu mak aku n org sekeliling suh bg minum air masak sama, so aku bg je la... apepun aku x slhkn derang...apa yg diajar adalah berdasarkan pengalaman mereka 20-30 thn lalu...cuma yg aku kesalkan ialah aku tidak melakukan persediaan yg secukupnya untuk menyusukan bayiku...argggghhhh...penyesalan yg tida gunanya...insyaAllah, untuk "adik" zarin nanti akan kulakukan yang terbaik.(yeye je aku ni...adik zarin..x thn btlla..hikhik)

psl mknn pelengkap ye! aku bg masa Zarin dh berumur 6 bln...bubur nasi...nasib baikla hasutan jahat suh bg mkn awal tidak ku endahkan...ku jentik shj...yg penting aku tau apa yg terbaik utk anakku dan xmau melakukan kesalahan lg...

ada juga yang ckp rajinnya aku nak ngusung pam ke sana ke mari, x takut B***** kendur ke n mcm2la..apa yg aku jwb...."itu saje aset yg aku ada tuk bg kat zarin"... ahahhahahah..kejamkan...tp tu la....apepun aku juga nak ucapkan tima kasih pada kwn2 yg slalu bg moral support tuk trus BF zarin...(ehehehe..ntah ape aku merepek nie....)

jom kongsi lg...

bayi kurang dari 6 bulan yang BF tidak memerlukan air kerana amalan pemberian air kosong boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi tersebut kerana:
1. Pemberian air kosong atau cecair lain (jus buah dan sbgnya) boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.
2. Dapat meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan iaitu:
a)air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu
b) air bertindak sebagai vektor/ pembawa kuman sekiranya tidak bersih
3. pemberian air kosong meningkatkan risiko kegagalan penyusuan akibat kekurangan rangsangan hisapan oleh bayi
4. pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku iaitu bagi bayi yang berumur 5 minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah, bayi menjadi kembung dan boleh mengakibatkan sawan tarik.

aku teringat pada kata-kata penceramah masa meghadiri seminar aritu...
kenapa hari ini kita rasa anak-anak semakin jauh dari kita?tidak pedulikan kita?

jawapannya "sebab dari kecil lg kita dh merenggangkan hubungan antara ibu dan anak, kurang memberi kasih sayang khususnya melalui penyusuan susu ibu. maknanya, jika kita bg susu ibu, kita akan sentiasa memeluk bayi, hubungan menjadi erat..ni awal-awal lg kita dh jarakkan hubungan itu..bila besar n berlaku mslh nak salahkan org lain...padahal dari kecil hubungan kekeluargaan dan kasih sayang itu tidak di praktikkan.... mmmmm...fikir-fikirkanlah...

ada juga orang cakap dia tidak bagi susu sebab susu dia tidak ada dan tidak mencukupi...mungkin ya, mungkin juga tidak...mmmm....oleh sebab itu, apa yang perlu kita lakuakn untuk memastikan susu ibu sentiasa mencukupi ialah:
1. Mulakan penyusuan awal dalam masa satu jam selepas kelahiran.
2. memberikan penyusuan susu ibudengan kerap iaitu 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu (on demand)
3. Tidak memberi bayi minuman atau makanan lain selain susu ibu (sehingga 6 bln)
4. tenagkan fikiran dan berehat secukupnya...jgn tensen2 yea
5. makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan
6. teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
7. menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul.
8. memastikan tiada pengunaan puting kosong (pacifier)
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur enam bulan
10. memerah susu pada bila-bila perlu (khusunya utk ibu yg bekerja/berjauhan dari bayi/payudara membengkak)

(sumber: Kementerian kesihatan wilayah persekutuan kuala lumpur)

diharap dapat membantu dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu...aku pun masih dalam proses belajar...tak salah rasanya perkara baik kita kongsikan bersama...assalamualaikum....

2 comments:

  1. heheheh...maceh...tingat kisah dulu2 ke?huhuhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...