Thursday, September 3, 2009

Sesi Perkongsian Ilmu (1)

salam
entri kali ini aku ingin berkongsi ilmu yang aku dapat semasa menghadiri Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Muzium negara baru-baru ini berkaitan dengan panduan penyusuan susu ibu yang berjaya.

Mengikut polisi penyusuan susu ibu di malaysia,
"Semua ibu digalakkan menyususi anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun."

Umum mengetahui bahawa penyusuan susu ibu membunyai banyak kebaikan. Berikut merupakan faedah-faedah susu ibu untuk BAYI:
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (tinggi IQ)
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7. MNengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
8.Menggalakkan Tumbesaran.
9. Penghadaman yang mudah.

Tidak dilupakan juga faedah-faedah yang diperolehi daripada penyusuan susu ibu untuk diri IBU itu sendiri:
1. Membantu mengecutkan rahim mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan (hihihi...xyah la ambil perancang)
5. Menjimatkan masa dan wang (yg ini papa n mama mesti senyum lebar)
6. Mudah dan tidak perlu persediaan (bila-bila masa dimana sahaja...selak sahaja!)

Berdasarkan pengalaman ku sendiri, penyusuan susu ibu ini dapat menurunkan berat badan dengan cepat, tidak perlu ke pusat-pusat kecantikan, pengambilan pil kurus dan jamu pelbagai. Bayangkan diawal kehamilan berat badanku hanyalah 50kg. Sepanjang kehamilan berat badanku bertambah hampir 1-2kg sebulan. dan ketika diakhir kehamilan, berat badanku mencecah 70kg. kenaikan berat badan sebanyak 20kg!!!!Mak aiii...LEBAR-LEBAR..hidung pun besar!!!hikhik...selepas kelahiran, berat menyusut ke 63 kg. Julai 2009, 52kg. kira berat badan ideal kerana ketinggianku hanyalah 153cm shj...huk...huk..Sekarang 3 September 2009 beratku 49kg dan zarin pula sudah berusia 10 bulan lebih...alhamdulilah...

ok..skang jom kita lihat:
kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 JAM SELEPAS BERSALIN
1. susui bayi anada secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran
2. Ini penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
3. bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan (ROOTING REFLEX)
4. Membantu dalam pengecutan rahim untuk mengelak tumpah darah selepas bersalin
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama bayi
6. mengeratkan kasih sayang ibu dan anak (BONDING)
berbalik pada kisah aku, aku x dpt bagi zarin susu secepat mungkin sbb zarin perlu di bawa ke NICU kerana tertelan najis..

last sebelum aku berhenti mengomel. aku nak kongsi tentang perkara berikut:
FAEDAH PEMBERIAN SUSU IBU SECARA (ON DEMAND)
1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi. (lain baby lain caranya. jadi pastikan cara bayi anda.)
2. Memudahkan ibu menyusukan bayi
3. mengekalkan penghasilan susu
4. merangsang pengeluaran susu denagn cepat
5. mengurangkan bengkak payu dara. (sakit woooooo....buleh demam nie...adessss)

oklah, sampai di sini dulu...kalu free nant aku sambung lagi...Harap dapat memberi info yang berguna kepada semua bakal ibu, ibu dan sesiapa sahaja..wahahaha...dan jangan lupa untuk SUSUKAN BAYI ANDA...

(sumber:jabatan kesihatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

3 comments:

  1. Kami sokong susu ibu!Alhamdulillah, Tuhan telah membuka pintu hati kami dan memberi kekuatan utk kami menyusukan anak2 kami..semoga kami terus diberi peluang dan kekuatan ini sampai bila2....

    ReplyDelete
  2. Badan kami kurus bukan tak cukup makan...terlebih makan ada le...:-))

    ReplyDelete
  3. hehehehe...btl tu kak die...n kami x bela hantu raya k...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...