Friday, September 4, 2009

Sesi Perkongsian Ilmu (III)

Assalamualaikum dan selamat pagi...

mula-mula nak ucapkan trima kasih yang tak terhingga kepada kwn2 yg memberi maklum balas yang positif terhadap entri sesi perkongsian ilmu...kepada cik ruzaimah (kak rhu jam) cepat2 kawen yea...dh ada baby nant bleh la kak ida tlg n aja apa yg patut...ahahaha...jgn marah yea...x kawen lg pun xpe, at least dh ada pendedahan n kutip ilmu banyak2..jgn jd mcm kak ida nie...buta kayu...hishhhhh...

mmm...daripada pembacaan dan pemerhatian aku, kebanyakan wanita yang menyusukan bayi ni ramai yang bekerja. Tahniah diucapkan kerana telah memilih untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu. Oleh sebab itu, pastikan misi untuk meneruskan penyusuan sampai 2 tahun tercapai. Bagi yang baru nak mula bekerja tu jangan susah hati sebab tak boleh bagi susu lagi...sebenarnya kita boleh memerah susu ibu baik dengan menggunakan tangan mahu pun pam (letrik@manual)..terdapat pelbagai jenis pam di pasaran, ada murah ada yang mahal, tepuk dada, tanya poket anda...hihihihi...macam aku guna pam manual je...ni kes x cukup ilmu gak nie, mmg beli sebelum besalin, tp x survey dulu...apepun keupayaan pam manual ni sgt memuaskan atiku yang poketnya x seberapa lebat ini...hahahaha

kalu yang memilih untuk memerah guna tangan, berikut merupakan cara-cara yang boleh dipraktikkan...opssss!!!sebelum tu kita tengok dulu apakah persediaan-persediaan untuk memerah susu ibu ini:
1. Cuci tangan dengan air dan sabun sehingga bersih, kemudian
2. Gunakan kain suam untuk mengelap payudara beberapa minit sebelum memerah bagi membantu pengaliran susu.
3. Urut payudara dengan jari-jemari ke arah tepi dada dari bahagaian atas ke bawah.
4. urut dengan menekan payudara dari bahagian atas ke puting dan akhir sekali
5. goyangkan payudara sambil sandarkan badan supaya graviti boleh membantu pengeluaran susu.

setelah langkah-langkah tersebut dilaksanakan, tibalah pula masa untuk MEMERAH susu.
1. Sandarkan badan sambil menyokong payudara dengan menggunakan tangan. (Buat pegangan C)
2. Letakkan ibu jari di bahgian atas areola dan jari telunjuk dan jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara.
3. Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit ibu jari dan 2-3 jari yang lkain di bahgain aerola untuk mengeluarkan susu, lepaskan dan ulang semula (dengan pergerakan picit-lepas, picit-lepas)
4. tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat perulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya kesemua saluran susu yang berlaianan dapat diperah.
5.kemudian apabila pengaliran susu telah perlahan atau payudara telah dikosongkan, beralih ke payudara sebelah lagi.

P/s: urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan tangan anda. Dan jagan sesekali memicit puting kerana cara ini boleh menyebabkan kesakitan...

huhuhu...walaupun aku dh tau cara nak perah pakai tangan ni, tp aku masih lg belum expert. aku tabik spring la kat sape2 yg perah guna tangan nie...kwn2 aku ckp perah guna tangan ni sebenarnya lagi banyak hasil yang dapat...aku masih lagi dalam proses belajar memerah nie...takut time emergency sape tau..pam rosak ke, tetinggal spare part ke....tp sungguh DEGIL susu nak keluar...kin silap teknik lg kot...ataupun dlm proses penyesuaian...cam mama wafiy ckp syok kalu dgr susu klua....chioookkk.. chioooookkk...ok la, SELAMAT MENCUBA!

pastikan mula berlatih memerah susu dengan tangan atau pam seawal 2 minggu selepas bersalin. BILA??? jawapannya, bila-bila masa mengikut keselesaan diri sendiri contohnya ketika pengeluaran susu berlebihan, payudara bengkak...

selepas kita dah pam susu ni, skang tibalah pula masa untuk menyimpan susu perahan..bagaimana caranya??? mudah sahaja...

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN
1. Simpan susu di dalam bekas yang bersih, bertutup dan telah disteril (cth: botol susu, bekas dadih) pilih ikut kemampuan...mcm aku guna btl MLO dan bumble bee
2. Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekaii penyusuan (zarin minum 4 oz, so aku simpan dlm 4 oz setiap botol)
3. labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
4. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara (susu tu jgn penuh sgt)
5. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.
6. simpan di dalam peti sejuk

sebenarnya pemilihan TEMPAT SIMPANAN bergantung kepada tempoh penyimpanan seperti berikut:
1. Suhu bilik (25'C-37'C)- 4 jam
2. Suhu Bilik (15'C-25'C) - 8 jam
3. peti sejuk (rak atas) (2'C-4'C) - 3-5 hari
4. Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) - 2 minggu
5. Peti sejuk 2 pintu (bahagian beku) - 3 bulan
6. peti sejuk (Deep freezer) - 6 bulan

perlu diingat bahawa susu beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula serta MESTI digunakan dalam tempoh 24 jam.

memandangkan umah aku ada peti sejuk 2 pintu, so susu boleh di simpan untuk tempoh 3 bulan. memang niat di hati jika dapat baby lagi aku nak beli deep freezer and wat stok sejak dari dalam pantang...harap-harap ada la org nak sponsor deep freezer ni (Mak long and Pak Long zarin bantu yea) ahahahahahaha....

Opsss...lupa nak cakap, kalu yang pam atau perah sepanjang tempoh bekerja, jika kat ofis xde peti ais, boleh gunakan cooler bag/cooler box...pastu jgn lupa tuk beli ice pack...aku guna cooler bag Avent, free masa bli pam n ice pack MLO 3 pack seari...stakat ni bleh bertahan smpi 8-10 jam...dan smlm 1 ice pack tembus...nampaknye kene bli baru la....sok cuti kene p the curve nie....

(sumber: kementrian kesihatan WPKL, dan PMC)

4 comments:

  1. sila ucapkan tahniah buat ayu n tabik spring sebab den hanya memerah tangan walo tade ilmu cr memerah...ahaksss...

    ReplyDelete
  2. chiokk chiokk..hahahh...kelakar mama zarin! Fenugreek...tk sbr nih...heheh..debar2 pun ada..be cool...:-))

    ReplyDelete
  3. ayu- yea...mmg tabik...byk lak tu dpt..tahniah yea...pam tu buh dlm frame n gantung k...kuikuikui

    kak diey-bukan bunyi dia camtu ke????hahahahhaya...fenugreek...

    ReplyDelete
  4. ha memang cam tu la bunyinyer...:-))

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...