Friday, September 4, 2009

Sesi Perkongsian Ilmu (IV)

Ari jumaat rehat panjang…arini aku malas la nak klua…ingat nak p cari baju raya si zarin…baru part I beli..part II, III n …. Ntah bila la nak sambung…Cik somi pun xde call pun…lagipun ari jumaat kene smayang jumaat…ke nak ikut derang p JJ? Leh la bli brg dapur...mmm...nak tido x selesa plak..aku kalu nak tido mesti kene lengkap..ni sakit belakang nyusu zarin semalam x abis lagi…pagi tadi cik somi pegang tgn aku “panas” je katanya…nak demam ke? Sbb aku ni jenis tgn sejuk…bak kata pepatah “Gadisku, aircond ku” …ade ke pepatah nie???? hohohohohoho….(tiru gelak uncle peja nie!!!)

mmmm....kita sambung lagi perkongsian ilmu tentang penyusuan susu ibu ni....Masih segar dalam ingatan ku masa dalam pantang aritu, aku pam susu n simpan dlm freeze, pastu malam tu, cik somi aku pun kuakan n buh kat rak atas dlm peti, bia cair n senang nak guna sok...aku punye la marah takut basi...rupanya2 cik somi lebih byk ilmu dari aku...cesss..patutla duk ngadap Internet je....malu beb...rupa-rupanya cara dia wat tu betul..aku lak cuma tau lalukan bawah air paip je bagi cair cepat..sori ye sayang, masa pantang mmg emosi x stabil ckit...(ari2 biasa pun susah gak nak stabil emosi aku nie..nasibla cik somi aku tau camne nak handle)..seperti katanya masa anak buah aku mrajuk masa p KLCC dulu...”stakat syafiqah, kacang je kak mek, mak su dia lagi truk..tau la dia handle”...adesss terkene lg aku...ape la aku melalut ni..sebenarnya aku nak cite psl ni la:

CARA-CARA MENCAIRKAN PERAHAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN

Ni la cara yang betul nak cairkannya.
1. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalamam
2. Kemudian, rendamkan bekas berisi susu yang telah cair di dalam AIR SUAM (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
3. JANGAN panaskan dalam mikrowave atau DIMASAK di atas dapur gas
4. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa sejam (tidak boleh disimpan semula)

Tapi kalu nak lagi senang guna je warmer...ada orang kata lagi lambat kalu guna warmer. Tp pada aku baik guna warmer sbb kita leh laraskan suhu dia...aku guna warmer Little Bean. Sebenarnya aku nak bli sterelizer je.. tapi masa aku jalan2 kat mid and masuk Mom’s care, aku terlihat benda alah nie...combo...harga pun murah masa aku bli bulan 12 2008 atau Jan 2009 harga pengenalan RM140++...terus je ku rembat..pada aku memang best la guna benda alah ni....x rugi aku beli...

mmmm...skang aku senaraikan plak cara-cara MEMBERI SUSU PERAHAN kepada bayi

Perahan susu ibu boleh diberikan kepada bayi dengan menggunkana sudu atau cawan

cara memberi susu perahan dengan menggunakan cawan ialah:
1. dudukkan bayi di atas riba
2. letakkan cawan kecil pada bibir bayi dan condongkan sedikit supaya susu samapi ke bibir bayi.
3. Jangan tunag - biar bayi hirup dengan sendri. biasanya akan tumpah sedikit.
4. Bila kenyang, bayi akan berhenti sendiri.

daripada pengalaman aku plak, aku x penah bg guna cawan atau sudu nie..aku bg botol je...tp seikhlasnya aku ckp aku mmg x berapa reti bagi botol kat zarin...yg aku tau Bf je...biasa mak aku, atau cik somi yang bagi... sbb kalu aku bg sure la zarin xnak...sure nak melekat ngan mama je...adessss...Zarin ku ini mmg manja la..... dan jangan lupa untuk sendawakan bayi anda selepas menyusu k...

Ingatlah! Tidak ada yang lebih baik selain daripada SUSU IBU

(Sumber: kementerian kesiahtan WPKL, PMC)

2 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...