Thursday, October 15, 2009

Gigi oh gigi

semalam aku terpaksa EL memandangkan zarin tak berapa sihat. Sebenarnya dia tak sedap mulut dan buat perangai sebab nak tumbuh gigi geraham. Kesian sungguh si comelku itu. Malam sebelum itu, dia dah menangis dan merengek. Kejap-kejap jaga, kejap-kejap jaga. Aku ingatkan perutnya kembung dan mengigau sebab sebelum tidur tu, punya la sakan main dan gelak ngan papa...tak pasal-pasal papa kene leteran free mama...huhuhu... sori sayang

Pagi Selasa, suami nak jaga zarin, lagipun dia xla bz sangat pagi tu...Petang tu aku terpaksa half day sebab nak jaga zarin...kira kami shift la...zarin kejap ok, kejap nangis...aku dah mula risau, takut demam macam dulu...tangan pula asyik masuk mulut dan air liur meleleh-leleh...menurut rakan-rakanku, demam nak tumbuh gigi macam tu la simptom-simptomnya...

Selepas solat maghrib, Zarin masih lagi menangis. Akhirnya kami ambil keputusan untuk ke klinik, mana la tahu kalau-kalau dia ada ulser ke, sakit kerongkong ke, sebab dia langsung tak nak makan + minum susu....ibu mana yang tak risau... Selepas berjumpa Dr. Geetha, aku sedikit lega sebab dapat beberapa tips dari dia...Terima kasih sebab bagi penerangan dan info2 yang berguna... Menurutnya once gigi tu dh keluar, dia akan ok. Mungkin akan ambil masa 2-3 hari...

Hati aku sangat tersentuh apabila tiap kali aku cuba BF, dia nganga n letak je mulut kat N*****...hisap memang tak la, lepas tu nangis...sakit agaknya...dia nangis aku pun nangis sama...Aku tau dia lapar...apa yang aku boleh buat ialah peluk, cium dan dodoikan sehingga zarin tertido dalam kelaparan, sedu tangisnya dan kesakitan. Arrrrgghhh..kalau la aku dapat menggantikan tempat zarin

pukul 2.00 pagi, dia bangun dan menangis lagi...suamiku sapukan bonjela di gusinya untuk mengurangkan kesakitan. Dalam keadaan mamai dan sedu tu, dia akhirnya minum susu...syukur alhamdulilah...

paginya (rabu), zarin dah makin ok dan dah nak makan+minum susu+main...tapi bila sakit menyerang dia akan menangis lagi...dalam keadaan begitu, tak sanggup aku nak hantarnya ke neseri...tengaharinya pula, dia tido lama, dari kul 11.30-4.00 ptg,
bangun dua kali untuk menyusu...Tapi sebelum tidur tu memang bengkak la mata menangis...puas dipujuk, tetap juga menangis...

Petang itu, keadaanya semakin pulih, menurut suamiku, gigi gerahamnya dah tumbuh sebelah kiri...dah ada tajam-tajam...Alhamdulilah...sekarang giginya ada lapan batang. empat di atas, tiga di bawah dan satu geraham...Malam tadi dia pun tidur agak nyenyak jika dibandingkan dengan malam-malam sebelumnya....

pagi tadi pula, suamiku keberatan untuk hantar zarin ke neseri, tapi apakan daya...Harap-harap zarin dah ok la...gigi oh gigi, tumbuh la dengan aman dan tenteram...tak sanggup aku melihat anakku menanggung kesakitan...

3 comments:

  1. salam ida,
    Cuba try bagi gripe water.
    Insya-Allah boleh kurangkan tak selesa dia.
    Boleh beli kat farmasi.

    ReplyDelete
  2. Salam arissa,
    ok, nant saya cari.
    tanx a lot..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...