Monday, October 19, 2009

hepi 1st birthday Zarin Shah


kek besday yang ditempah dari kak ecar ..sedap dan cantik

Pantasnya masa berlalu.Sedar tak sedar Zarin dah berumur setahun. Sudah besar anak mama dan papa ini. Perangai juga sudah macam-macam ada. Menginjak ke umur setahun ini, Zarin sudah pandai berjalan.Tiga hingga empat langkah dan paling banyak pun enam langkah.



semasa celeb besday zarin sempena gathering RH

Apepun, mama dan papa berharap agar zarin menjadi anak yang soleh, mendengar kata, menjadi insan yang berguna serta menghormati orang tua. Insya-Allah, mama dan papa akan melakukan yang terbaik untuk Zarin.


nyum..nyum..

hadiah untuk zarin? mmm..sebenarnya mama dan papa tidak la specific hadiah apa yang nak bagi zarin, sebab zarin dah ada semua rasanya. Bagi mama, hadiah yang paling bernilai dapat mama hadiahkan untuk zarin ialah "SUSU IBU"...mama sentiasa berdoa agar Allah permudahkan niat murni mama untuk terus menyusukan zarin selama yang zarin inginkan (2-3 tahun). Dan yang paling berharga dapat mama dan papa berikan ialah kasih sayang yang tidak terhingga untuk zarin.



Apepun,
selamat hari lahir sayang
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dikurniakan kesihatan yang baik...
we (mama n papa) love u so much...MUAAACHHH



4 comments:

  1. semoga zarin menjadi anak yang soleh...diberi kesihatan yang baik...insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. hepi besday zarin...zarin pun suke jimjam n sunny ye...sedapnye kek...

    mari kite melompat..melompat macam katak..(sile ikut nada sore jimjem..)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...