Thursday, October 8, 2009

Jalan-jalan raya ke Melaka

Hari ahad yang lalu (04.10.09), kami sekeluarga akhirnya menjejakkan kaki ke Melaka, Bandaraya Bersejarah untuk berhari raya di rumah Ayu+Cho (ibu Omar Rifqy) dan Naz+Fahizal (ibu Ajiq). Sebelum ini, memang sudah beberapa kali kami merancang untuk turun ke Melaka, namun terpaksa dibatalkan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Maaf yea kawan-kawan.

Awal-awal lagi aku telah memberitahu Ibu Omar Rifqy tentang perancangan kami untuk berhari raya di rumah mereka. Alhamdulilah, mereka tidak keberatan dan menanti kehadiran kami dengan pelbagai hidangan. Adusss, bikin mama gendut lepas nie...huhuhu. Namun, aku berpesan supaya tidak perlu menjamu kami dengan pelbagai hidangan, cukuplah sekadar biasa-biasa...


mama dan zarin posing sebelum bertolak ke Melaka

kul 10.15 pagi, kami pun bertolak ke Melaka. Sepanjang perjalanan, Zarin tidur dengan lenanya. Memang waktu tidurnya (10.30-2.30)bangun kul 12.30 tuk minum susu. Kami tiba di Melaka pada pukul 11.15.. rupa-rupanya takla amik masa yang lama untuk ke melaka (sama ada memang dekat atau suamiku yang memecut, wallahualam.)hihihi...


posing lagi sementara menunggu papa

Memandangakan kami sampai awal dari waktu yang dijangkakan, dan mereka masih belum sempat menyediakan apa yang patut, kami pun ronda-ronda di bandar melaka. Mula-mula ke parkson, tetapi apabila melihat keadaan yang menyeramkan (sunyi sepi) last-last kami decide ke Jusco. Di Jusco, kami sempat mkn KFC sebab mama ni tersgt teringin dengan kereta wolksvagen tu...hihihihi....

Jam 12.30, kami pun ke rumah Naz+Fahizal terlebih dahulu. huhuhu...Zarin mulala dengan perangainya yang malu-malu dan xnak dengan orang tu...berkepit je celah papa. Ajik pun sama...bila dah ok sikit baru la stat lawan merangkak dan main. Tak lama lepas tu Ayu+Cho+Rifqy pun sampai. Hehehe...sungguh berselera menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh Naz...tima kasih tuan rumah, kerana bersusah payah...macam-macam topik yang dibualkan, dari dalam umah ke luar umah bersembang... anak-anak pulak sibuk main...Zarin ke dapur je merangkaknya, nak selongkar kotak-kotak...adesss..Zarin behave yourself ok!!!wat malu kompeni aje...huhuhuhu...Sembang punya sembang, sedar-sedar dah pukul 3.30...

Selepas itu, kami ke rumah Ayu. Di sana, kami dihidangkan dengan Mee Kari... meletupppp!!!!... memang kenyang yang amat dan dapat makan kek coklat+kek pisang yang sedap...dan zarin plak dapat bekal maruku...time kaceh auntie Ayu...hihihihi...borak punya borak jam pun dah menujukkan kul 5 lebih...adesss..cepat benar masa berlalu...rasa cam tak puas je duduk di Melaka...

Selepas tu, kami pun bertolak ke KL...nak cepat sampai takut jalan jam dan nak tengok bola (Arsenal vs Blackburn)...Kami peminat Arsenal yea...Tp alhamdulilah, jalan ok dan kul 7.00 kami dah selamat tiba di KL...

Kepada Ayu dan Naz, terima kasih banyak-banyak sebab susah payah menyediakan segala bagai. Jangan lupa wat kunjungan balas yea....InsyaAllah kalau panjang umur, kami sampai lagi di Melaka, tapi kali ni mungkin menginap la kot...sebab nak round-round bandar Melaka...Tunggu anak-anak kita bleh jalan dulu. (opppsss, untuk pengetahuan, anak-anak kami sebaya, lahir bulan 10, cuma Zarin tua 2 minggu dari Rifqy dan Ajik)

Dan malam tu, kami sekeluarga melayan bola...fuh suka yang amat sebab Arsenal menang 6-2...yahooooo!!!!...Zarin pun layan bola sama, ingatkan nak tidur sebab penat, rupanya luas je biji mata tengok bola.... huhuhu...nanti Zarin besar ckit papa dan mama beli jersi Arsenal yea, skang ni xde size lagi sayang.....sabar yea...

1 comment:

  1. salam,
    wahh jauhnya samapai ke Melaka.bestnya dapat jumpa member-member kan.moga-moga silaturrahim menjadi lebih bermakna.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...