Thursday, October 22, 2009

Kau Datang Tanpa Kuundang

Setelah hampir 2 tahun (9 bulan mengandung + 12 bulan BF), akhirnya pihak Jepun mengibarkan benderanya (Cik P)...kau datang jua..tarikhnya 22 Oktober 2009 pada jam 12.29pm...huhuhuhuhu

Patutla badanku terasa letih, haus, cepat marah dan perutpun memulas-mulas. Ingatkan ada yang tersalah makan (sambal nasi lemak)..rupa-rupanya Cik P...adusss...Cik P, kau datang tanpa kuundang la...

Dan paling merisaukan aku, berdasarkan pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang menyusukan bayinya, kalau Cik P datang, penghasilan susu akan berkurangan. Alamak ngerinya!!!Tapi setakat ini, rasanya produktiviti susuku masih seperti biasa 9oz, dua kali pam...Harap-harap esok, lusa, tulat dan seterusnya, susuku sentiasa mencukupi untuk zarin.

Pelbagai cara untuk menambahkan susu telah ku cuba. Fenugreek, Pil ASI, milkmaid tea, motilium, jus pegaga, red dates + longan tea, dan sebagainya telah ku makan. Harap susuku tidak berkuranganla... yang penting, psikologi, setkan dalam minda "susuku sentiasa cukup untuk zarin"...ya...

Dan ada lagi yang merisaukan aku. Menurut ibuku, sekali kita dah period, peluang untuk mendapatkan baby sangat cerah. Lebih-lebih lagi aku yang Zarin dah berumur setahun nie....waaaaaaa...scary seh!!! So, nampaknya aku terpaksa la melakukan sesuatu...

Mengikut pengalaman ibuku lagi, dia menyusukan abangku hampir 2 tahun setengah. Semasa abangku berumur 18 bulan, Cik P nya datang...Sebulan perutnya kosong, selepas itu, dia terus mengandungkan aku...huhuhuhu...

Apepun,
Cik P, kau datang tanpa ku undang...
Biarkan aku meneruskan aktiviti harian (BF+pumping)...
Datang dan pergilah dengan aman...

"Ya Allah YA Tuhanku, Murahkan la rezeki untuk anakku...Permudahkanlah aku dalam usaha untuk terus menyusukan anakku"...AMIN

3 comments:

  1. ye mind set...dulu ayu gitu..tp piod kali ni yg ayu kate double pumping, ok sgt2..mind set sume2 tuh..insya allah..

    ReplyDelete
  2. Moga-moga Zarin tak dapat fully breastfeeding dan perhatian sehingga cukup tempoh. Saya faham bagaimana peritnya kalau kita terpaksa ceraikan susu dengan anak kita awal sedangkan dia masih lagi nak susu kita.

    ReplyDelete
  3. ayu - ye la mind set...ni tgh tuka setting nie...
    ummu masyita - insyaallah...tak sanggup nak tempuhi time tu...mmmm

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...