Tuesday, October 27, 2009

Mainan Oh Mainan

Sudah menjadi kebiasaan, hari minggu saja sudah pasti kami akan makan di luar. Lagipun inilah masa untuk kami membawa Zarin melihat dunia luar. Kebiasaannya kami akan keluar selepas zohor atau selepas Zarin bangun dari tidur. Dan perkara yang paling tidak disukai, kami tidak tahu ke mana yang harus dituju, KLCC, OU, mid, pavillion??? Tetapi kami biasanya akan ke OU atau KLCC la...tu pun setelah berpusing-pusing tanpa arah tujuan...huiissshhhh...membazir minyak kereta dan tol sahaja!!!


nak beli mainan ke nie??

Hari itu, kami membawa zarin ke KLCC. Sudah lama tidak ke sana. Sebenarnya agenda utama hanyalah untuk makan sahaja. Hihihihihi..Selepas perut penuh diisi, kami pun melilau tanpa arah tujuan...tengok itu, tengok ini...dan akhirnya sampaila ke satu destinasi yang digemari oleh kanak-kanak..MAINAN!!!! wow!!!


Wow????banyaknya mainan..Nak pilih yang mana nie?

Zarin apalagi, terus ternganga mulutnya melihat mainan yang tersusun indah... Sebenarnya Zarin memang suka wat aksi mulut ternganga dan terkejut itu...hihihi... Aku apalagi, terus membelek satu, satu mainan. Sebenarnya ku yang terlebih excited!!! kuang..kuang..kuang...
Aku pun mengambil satu mainan dan tunjukkan kepada Zarin.


ABC...123...ok..best nie

"Zarin nak yang mana sayang?"tanyaku

Zarin tersenyum dan mulutnya bising dan ketawa...Dia terus memegang mainan yang dihulurkan dan tangan kecilnya menekan button ABC...123...

"hye...Lets learn letter..."

"A...for Apple..krup..krup.."
"B... For Bird...tweeet..tweet"
"C...for cat..meow..meow..."

Zarin ketawa mengekek-ngekek...

Selepas itu, suara budak perempuan yang cute mula menyanyi lagu ABCDEFG sampai la Z..
diikuti pula dengan nombor 123...


Nak yang ni ke, yang lain yea?

"Zarin suka ni?"tanya suamiku

Lantas dia mengambil mainan itu dari tangan Zarin...malangnya Zarin terus menjerit... Suamiku ingin menggantikan dengan mainan yang lain...

"Oooo...Zarin nak yang ni ye? ok... kita beli..."kata suamiku..

Aku hanya menurut sahaja. Lagipun sudah lama kami tidak membeli apa-apa permainan untuknya...


Zarin nak yang ni la..Tq papa..Tq mama

Selain itu bagus juga mainan ini. Banyak yang dapat Zarin pelajari. Ada pensel yang boleh stimulate tangan Zarin untuk belajar menulis. Skrinnya pula ada tertera nombor dan cara-cara menulis setiap nombor dan abjad...ok sangatlah tu...Dan paling penting, dapat juga Zarin belajar ABC dan 123..ok la tu...heheheh...

aku pula telah mempraktikkan Zarin dari kecil lagi

"Kalu Zarin ok, tak perangai, mama akan beli mainan, baju tuk Zarin. Tapi kalu perangai, apa pun mama takkan beli" hehehehe...

Tapi alhamdulilah, Zarin memang jarang perangai. Aku pun beli sekadar yang termampu saja...Sekarang dia ok lagi, ke depan-ke depan tak tahulah macam mana...

Nak beli mainan bukannya senang. Kalau boleh biarlah yang mampu memberikan pendidikan kepadanya di samping sebagai hiburan. Dan paling penting keselamatan anak-anak semasa bermain...

0 lovely comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...