Friday, October 16, 2009

makan-makan di IKEA

Sudah lama tidak ke IKEA. Rindu pula pada meatball dan daim cake...nyum...nyummmm...
Selepas solat maghrib semalam, kami bertiga terus ke IKEA. Dalam pada itu, bolehla cuci-cuci mata...heheheheh...

Di IKEA, keadaan tidakla sepadat hari minggu...setelah puas cuci mata, kami pun makan di cafe IKEA...aku seperti biasa meatball 10 pcs (biasa 15 pcs) hehehe, cheese cake, dan mineral water....suamiku pula salmon dan daim cake dan kopi...wah...sungguh berselera sekali menjamu selera.

Tidak ketinggalan juga, putera kesayangan kami, Zarin makan dengan berseleranya. Sebelum ini dia tidak berselera, tetapi semalam memang makan habis-habisan la... yang bestnya dia ingin makan sendiri. Jadi kami pun berikan pinggan, sudu dan pisau plastik. Garfu takut tercucuk la pula....hehehhe...jom lihat aksi-aksi zarin tengah makan...


hehehe...zarin dah boleh makan sendiri walaupun pisau terbalik


jemput makan, jangan malu-malu


tangan tak duk diam


erkkk...alhamdulilah

selepas mengisi perut yang lapar tadi, kami pun cuci mata di sekitar IKANO... Hajat di hati ingin membeli balloon...malangnya, penjual balloon hanya membuka gerai pada hari sabtu, ahad dan public holiday....huhuhu..hajat tak kesampaianla nampaknya....

Alang-alang dah keluar takkan nak balik dengan tangan kosong, last2 aku beli wipes, biskut beras dan biskut teddy bear untuk zarin...cold storage ada wat baby fair kot... barang-barang sangat murah dan biskut beras baby sangat sedap....nyumm..nyum..mama dan papa pun tumpang sekaki...hihihihi

1 comment:

  1. semlm g ikea..silap hr bulan...org ramai giler...huuhhu..tak leh p hr minggu..lps tu duk melilau-lilau cr meatball yg sdp tuh...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...