Monday, October 5, 2009

raya..raya

Alhamdulilah

Tahun ni merupakan tahun pertama beraya bertiga. Jika tahun lepas dah bertiga (tp bb masih dlm perut, tengah sarat). So pada pagi raya tu memang agak kelam kabut sedikit la. huhuhu. Pagi tu dalam kul 9 aku belum siap apa pun lagi. Suamiku dan famili yang lain dah lama ke masjid. Lepas solat sunat hari raya, kami pun bermaaf-maafan di samping mengumpul duit raya....Aku pun dapat duit raya gak...ahaks...selepas tu, kami pun balik ke rumah mertua tuk beraya di sana pula (rumah kami berdekatan)jadi takde masalah...pi mai pi mai tang tu gak....

Selepas bermaaf-maafan dengan keluarga mertua, kami pun bergerak ke Perlis iaitu ke rumah tok chaq (sebelah mak mertua), lepas tu ke Kuala Nerang umah kakak ipar yang sedang berpantang..dan lps tu ke umah Naz+Fahizal....adesss, sejak kawin ni memamg sakan bejalan kalu time raya.





hari raya kedua, kami ke Langkawi tuk beraya di rumah Tok Yah (sebelah ayah mertua). nak dijadikan cerita, pagi tu, kami awal-awal lagi dh bersiap dan dlm kul 9 lebih, bergegas ke umah mak metua tuk sama-sama ke langkawi. Tapi biasala, sebab ramai, duk tunggu orang tu, orang ni, kami sampai di jeti Kuala Kedah kul 1020 am dan tiket bot kul 10.30 sudah habis dijual....next bot kul 11.30....


muka 'borink' zarin semasa di jeti

tunggu punya tunggu smpi naik boring+lapar, dengan orang ramai, buat aku pening kepala+wat muka x puas ati...hehehehe...kul 11.30, bot tak jugak muncul-muncul...last2suamiku yang faham dah bahasa muka aku terus ajak aku balik dan bgtau yg dia dh jual tiket bot kat org lain...aku dan famili yg lain terkulat2...yela, kira sepagi tu kami beraya di jeti last2 ajak aku balik, esok pagi baru nak blik langkawi...Jadi aku pun ikutla...famili yang lain terus menunggu bot yang entah pukul brapa smpi... huhuhuhu...so tuk mengisi waktu raya kedua tu, kami beraya ke rumah kawan-kawan...


zarin dgn baju tdo dlm bot

keesokan harinya (raya ketiga)kul 645 am kami dh ke jeti dan naik bot kul 7.00 am...kesian zarin mama dan papa angkat masa tgh tdo+pakai baju tdo masa naik feri tu...heheheheh...duk di Langkawi pun kejap je, sebab tiket tuk balik ke kuala kedah dah habis..apepun, hajat untuk berjumpa Tok Yah kesampaian walaupun hajatku tuk membeli pinggan corelle tidak kesampaian...sob..sob...

Malamnya, aku dan suami beraya ke rumah cikgu Sobiroh... Malangnya, malam tu Zarin wat perangai tak hingat!!!menangis sampai aku xleh wat ape-ape...kin badan letih naik bot+tak cukup tdo...ape lagi...memang amuk la dia...kesian aku yang x sempat nak mkn sup tulang cikgu Sobiroh yang baunya masih aku ingat sampai arini...uwaaaaaa....last2 suamiku hantar aku balik sementara dia keluar dengan kawan-kawannya...

Raya keempat, ramai kaum kerabat datang ke rumah...so aritu aku masak spageti...sepanjang hari duduk di rumah dan petangnya aku ke salon tuk potong rambut...rimas rambut panjang... Rambut baru nampak 'fresh' dan muda (hikhikhik) serta seperti budak sekolah kata emakku... dan malamnya ke rumah terbuka pakcik suamiku...dan hari khamis@raya ke-5, kami dh blik KL coz suamiku dan keje ari jumaat...so masa ari sabtu+ahad aku beraya ke OU+KLCC+ jusco tuk beli barang dapur dan barang lain2 (pendek kata shoping lepas raya)setelah seminggu bercuti...

2 comments:

  1. salam,
    tahniah dah bertiga tahun ni.
    waah beraya sampai ke Langkawi.
    bestnya.
    Zarin tak meragam ya masa naik bot tu?

    ReplyDelete
  2. salam Ummu Masyitah,
    meragam juga sikit2...borink sebab lama dlm bot tu...1 jam 45 minit....
    tp masih dapat dikawal sbb bot awal pagi orang tak ramai, lehla dia buas-buas+main-main kat seat yang kosong....

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...