Monday, October 19, 2009

Sebelum Satu Tahun

Malam sebelum menginjak ke usia satu tahun, perangai Zarin agak berlainan. Jika sebelum ini, pukul 8-9 dah tidur, tetapi malam itu matanya begitu degil untuk ditutup.


zarin yang sedang menunggu detik 12 malam

"oooo...Zarin nak tunggu bunga api deepavali yea, sama ngan besday zarin" ckp suamiku

aku hanya tersenyum dan kami melayan setiap kerenahnya..sekejap main, sekejap tatih, sekajap tengok tv...mmm..macam-macam zarin nie...pukul 1145 mlm...

"yang, Zarin berak la...ooo...Mesti Zarin teringat masa mula-mula zarin nak kua dulu yea...Zarin berak dalam perut mama..." kataku

"ishk...pandai-pandai je mama nie" celah suamiku pula...

"Betulla...Zarin kan tertelan najis, masa dlm kul 12 lebih la dulu doktor pecahkan ketuban, tengok-tengok zarin dah berak" tingkah ku pula...

Selepas itu, suamiku terus mencuci "hadiah" yang diberikan oleh Zarin kepadanya...
lebih kurang pukul 12.30, barulah zarin merehatkan matanya...Itu pun selepas puas kami dodoikan... lagi pula, esok kami perlu bangun awal untuk ke Taman Tasik Shah Alam.


Zarin sudah lena


Lena dalam dakapan papa


sentuhan kasih sayang

Tidak lama selepas itu, kami pun tertidur...Sebelum tidur, fikiranku terus melayang pada Gathering RH esok hari....Tak sabar rasanya hendak bertemu kawan-kawan... Harapanku agar esok cuaca cerah dan kami sekeluarga dalam keadaan yang sihat...

2 comments:

  1. hehehe...cam tak sangka kan..dh setahun...

    ReplyDelete
  2. ye la..kejap je masa berlalu...
    mmmm...saat2 terindah dan paling berharga

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...