Monday, November 30, 2009

`Aidiladha di perantauan`

Sayu hatiku tatkala sayup-sayup kedengaran alunan takbir raya dari masjid wilayah.

Lebih memilukan apabila tahun ini merupakan kali pertama kami beraya di perantauan, dan paling menyedihkan apabila berjauhan daripada ahli keluarga tercinta. Tetapi, pagi-pagi lagi aku telah menghubungi ahli keluarga untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat hari raya.

Kesimpulannya, walaupun berjauhan, tetapi hati kami tetap satu. Itu yang penting!


zarin dan papa bergambar di pagi raya

Apepun yang penting bagiku ialah dapat mengucup tangan orang yang tersayang dan paling bermakna dalam hidupku iaitu Mohd Azuan Ishak serta dapat memeluk dan mencium my little einstein, Zarin Shah.

Perancangannya, aku akan menyediakan hidangan rendang+nasi impit di pagi raya. Namun memandangkan hanya kami bertiga sahaja, suamiku mencadangkan agar kami makan di luar. Jadi tiadalah hidangan istimewa pagi raya seperti (lemang+ketupat palas+rendang+nasi impit+kauh kacang+ etc...)sob...sob..

Selepas suamiku pulang dari sembahyang raya di masjid wilayah, kami bercadang untuk keluar...huhuhuhuhu... Malangnya, masing-masing malas untuk bersiap+zarin yang dah mengantuk, akhirnya kami hanya melayan movie di astro. heheheehhehe...seronok juga.


gaya zarin ketika pakai songkok sendiri

Ketika sibuk melayan movie yang boleh tahan bestnya (dah lupa tajuk dia), sempat jugalah aku selaku jurukamera tidak bertauliah merakamkan aksi-aksi zarin yang segak berbaju melayu pagi itu.


hensemnya zarin berbaju melayu


aksi zarin ketika sedang proses 'hadiah' untuk papa..hikhik

Setelah habis menonton movie, perut pun sudah berdondang sayang, akhirnya kami hanya makan nasi di rumah tengahari itu berlaukkan sotong masak pedas, kacang panjang dan ikan goreng. Yummy..yummy...hasil air tangan mama yea... ;)

Selepas solat asar, kami pun keluar ke IKEA. Jalan-jalan sambil membeli sedikit barangan dan juga menikmati makan malam di sana.


Walau bagaimanapun, masih tidak terlambat untukku mengucapkan selamat hari raya aidiladha untuk rakan-rakan dan selamat kembali bertugas!

P/s : Mama tak jadi enterframe sebab baju raya takde. Pak Lang Zarin cancel perancangan untuk raya di KL last minit...baju raya masih di Kedah...huhuhuhu...nasib badan.

2 comments:

  1. chomelnya ank...hehehe
    ok lah gak suami dan anak berbaju raya...
    saya satu famili langsnug tak beraya...
    masa nasi impit pun hangus...

    ReplyDelete
  2. tanx nidza...suami tu sebab g smayang raya, tu yg berbaju emlayu tu...hehehehehehe
    nasi impit hangus? adusss...camne leh jadi camtu tu?sabo je la...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...