Monday, November 23, 2009

Aktiviti Mandi Kolam

Sudah lama aktiviti mandi kolam zarin ditunda gara-gara cuaca yang tidak menentu. Jadi Zarin hanya main air dalam toilet je la...huhuhu..sian Zarin.


seronok mandi buih


seronok juga mandi kat rumah, boleh main bola

Kalau kat rumah, papa yang selalu temankan zarin main air dan mandikan Zarin. Mama letih nak nunggu lama-lama. Lepas tu nak kemas segala bagai lagi memang tak kuasa la mama. ahahahahaha...

Tengahari semalam aku terpaksa menjadi mrs. muscle (cucikan bilik air) sebab suamiku sudah kemaskan rumah, lipat baju, basuh pinggan dan sebagainya. Selepas hampir sejam di bilik air (cuci+mandi), aku berasa hairan kerana keadaan rumah yang sunyi sepi. Biasa terdengar juga bunyi suara Zarin bermain-main dengan papa,tak pun bunyi TV, Radio...mmm..hairan-hairan. Kerana tak puas hati, aku terus mencari mereka di setiap bilik, tetapi tidak ada. Lantas aku terus menghubungi suamiku..

Mama : Helo. Bawak Zarin p mana?
Papa : Helo, ada kat bawah ni, bawak Zarin jalan-jalan.
Mama : oooo...patut la sunyi sepi je. Nape tak cakap?
Papa : Tak dan, Zarin dah pegang kasut dah. tu yang terus turun tu. Nie Zarin dah melompat-lompat ni nak mandi swimming pool. Seronok tengok air.
Mama : yeke? mandi je la...
Papa : Nanti mama turun bawak towel, floaties, seluar mandi Zarin skali.
Mama : Ok...
Papa : Kunci kereta gak, nak amik residents card. Kang tak leh mandi lak nanti.
Mama : mmmm...

Tak lama selepas itu aku pun ke swimming pool.


Zarin tak reti berenang lagi, kena papa pegang

Seronok melihat papa dan Zarin mandi kolam. Walaupun airnya sejuk, tetapi Zarin cuma ketawa. Sekali sekala dia menangis sebab takut kalau papa terapungkan badannya. hehehehehe...Zarin..Zarin... Pakai arm band tak nak pulak, nangis lagi!!!!


suka sungguh dapat mandi kolam

Seperti biasa aku hanya menjadi pemerhati dan juru kamera tak bertauliah...ahahahaha...setelah hampir sejam berendam di kolam, kami pun pulang. Zarin pula selepas siap berbaju, terus nak susu dan tidurrrr..

Sedar tak sedar dah pukul 5.00 petang...Uwaaaaaaaaaaaaa!!!!!Tidur punya pasal, dah terlepas kenduri ofismate mama..Dah lama nak makan nasi kenduri.... sob..sob..sob...
tunggu 13 disember ni je la, kawan papa kahwin...huhuhuhu

0 lovely comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...