Monday, November 16, 2009

Lake Garden

Pada pagi hujung minggu yang lalu, kami telah membawa Zarin ke taman permainan di Lake Garden. Semenjak Zarin 'mendapat kaki',suamiku memang rajin membawa Zarin ke taman permainan. Selalunya Zarin hanya bermain di taman permainan di kawasan condo kami. Tetapi pagi itu, suamiku mengajak kami ke Lake Garden. Selain dapat menghirup udara segar, Zarin juga pasti seronok dapat bermain di taman permainan yang lebih besar, dan yang pasti suamiku dapat berjogging.


bebaskan saya...tolong! tolong!


1..2...3...4...

Setelah siap menyediakan mashed potato untuk Zarin, kami pun bertolak ke Lake Garden. Ke mana kami pergi 'bekalan makanan' untuk Zarin tidak pernah aku lupakan. hikhihik...Kami sampai di sana lebih kurang pukul 8.30 pagi. Berpusing-pusing juga kami mencari parking kerana memang ramai pengunjung ke situ. Lebih-lebih lagi ada yang menganjurkan 'family day'...


Gelungsur camni boleh?


alamak! camne nak turun nie?

Kami pula membiarkan Zarin mencuba dan meneroka pelbagai permainan. Risau juga kerana ramai sangat budak-budak yang berlari ke sana ke mari. Oleh sebab itu, kawalan yang ketat mesti diberikan kepada Zarin.


tak best pun benda ni...layan je la



nape tergantung nie? gayat la...huhuhu

Selepas hampir 1 jam berada di sana, kami pun pulang. Sebelum pulang, kami menikmati sarapan 'nasi lemak tang ling' yang sangat popular itu. Secara peribadi, nasi lemak itu tidaklah sesedap mana. Mungkin tidak menepati seleraku yang agak cerewet ini. Suamiku pula seperti biasa menikmati roti stim kegemarannya...mmm..aku pula, tidak 'tertelan' roti stim itu, setelah aku mendapat emel yang entah apa-apa berkenaan roti stim itu...hua..hua..huaaa...

video

Secara amnya, memang seronok berkunjung ke situ. Dan suamiku pula berjanji akan membawa Zarin ke situ lagi. Tetapi di tempat permainan yang lain pula...yeaaaaaa!

0 lovely comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...