Monday, November 23, 2009

makan apa, makan di mana?

Petang itu kami sudah berkira-kira mahu makan apa malam itu. Dalam peti hanya ada dua ekor ikan, satu tupperware udang untuk Zarin (10 ekor), dan tiga tupperware ayam (potong kecil) untuk Zarin. Sayur pun hanya untuk Zarin...

Mama: Nak makan apa malam ni yang?
Papa : Ntah. Nak masak ke?
Mama : Bleh je. Tapi takde banyak lauk la. Semua zarin punya. Kene p kedai la.
Papa : Tak yah la masak. Kita makan luar nak?
Mama : ok gak...(hihihi..sukanya tak yah masak)
Papa : Nak makan ape? nasi ke, western ke, fast food ke?
Mama : ntah. ikut papa la...
Papa : meatball? satay station? ke nak makan roti nan?
Mama : meatball dah jemu la. satay station nak ujan nie..roti nan pun baru makan.
Papa : makan angin sudah la Zarin...(kata papa sambil mendukung Zarin)
Mama : (wat lawak la pulak)...mmm..makan chilis nak?
Papa : Chilis?mmmm... klcc ke, bangsar ke, ou ke mid?
Mama : OU la. klcc dah pegi semalam. lagipun kene Q panjang giler nanti. Malasla.
Papa : OU tak best la chilis dia (servis ye)p mid je la. Kata nak cari baju tuk atuk
Mama : Ok gak tu.
Papa : Siap, Lepas maghrib kita klua.

hehehehehe...itulah perbualan aku dengan cik suami semasa nak putuskan makan apa, makan di mana malam itu.

Selepas solat maghrib, kami pun keluar ke mid. Traffic pula lancar. Dan paling best senang dapat parking kali nie. Sebelum ni kalau pegi mid memang berpusing-pusing la cari parking. Sebab tu kami jarang sangat ke mid.

Sampai je, kami terus ke jusco cari baju untuk atuk aku. Selepas itu baru la kami menjamu selera. Inilah hidangan yang kami pesan untuk makan malam.



Flame grilled ribeye ---> papa punya




triple play ---> mama punya



macaroni cheese ---> zarin punya



tostada chips ---> kami punya



sedapnya zarin dan papa makan!

Yang tak bestnya, semasa menjamu selera, suamiku terpaksa meriba Zarin sebab high chair not available...huhuhuhuhu...dah hujung-hujung sudu makanan tinggal baru la dapat high chair nie. Budak-budak ramai la pulok! adessss..sian papa..bukan mama tak nak tolong. Tapi Zarin tak nak duk atas riba mama yang tak empuk ini...huahuahua...


brocoli stim - fevret Zarin!

Apepun kredit untuk papa sebab belanja mama dan Zarin makan. TQ so much..muaach..muaach.. Papa kata kira belanja sempena 2nd anniversary boleh? ...oh...NO..NO..NO..Papa masih berhutang candle light dinner ngan mama k?



*pssst : mmm...Tapi romantic ape? Lampu pun malap je..muzik pun ade...kalau candle light tak boleh bawak Zarin...Nanti mama fikirkan kembali sama ada boleh ke tidak... errrrrmmmmmm..
tak pun candle light kat balkoni je la...abis cite...


2 comments:

  1. betul ke makaroni cheese tu zarin mkn semua?mesti yg tukang perabis, mama tu..kan kan..hahaha...

    ReplyDelete
  2. ehehehehehe...Zarin x abis pun
    mam dan papa tolong abiskan...pandai la kak diana nie teka...wahahahahaha

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...