Tuesday, November 3, 2009

mama dibuli lagi

Kadangkala terasa lucu juga apabila aku dibuli oleh anak sendiri yang baru berumur setahun...huhuhu..memang kalah dibuatnya...

Sejak dua menjak ini, Zarin lebih kerap membuli mama...hampir setiap malam mama dibuli...Jika sebelum ini, cuma hanya sepah-sepahkan barang dan kemudian mama kena kemas (kira exercise la ni + nak suruh mama bertambah rajin)...heheheh

Zarin ini kan, memang pandai betul dia nie...mula-mula dia akan merengek nak susu, sambil meggosokkan mata sebab mengantuk dan nak tidur...Jadi aku pun bawa dia ke katil untuk susukan sambil mendodoinya. Matanya dah layu dan tertutup...Tetapi, tak sampai seminit, dia akan bangun sambil bertepuk tangan dan mula la meniup perut ku....buuuuuu....buuuuu...buuuuu....

adessss...zarin...jangan wat camtu sayang...uwaaaaaaaaaaaaa...tak sanggup..mama ni penggeli la sayang....huhuhuuu...apabila aku menjerit-jerit dan ketawa dia turut sama ketawa sampai mengekek-ngekek..ingat mama suka agaknya...

Dan paling tak tahan apabila papa buli (suamiku) join sekaki...adesss..masa ni papa buli akan memegang kakiku dan menyuruh anak buli (zarin) meniup perut mangsa buli(mama)..

"cepat zarin tiup perut mama, papa dah pegang kaki mama nie...mama dah tak leh gerak tu..cepat zarin"...kata suamiku..

Zarin apa lagi, lagi kuat la ketawanya dan semakin galak membuliku...huhuhuh

adessss...papa dan zarin sama je...like father, like son..huh!!!!

Bukan sahaja perut yang jadi mangsa, malah peha, betis dan lengan..pantang nampak peluang zarin pasti akan merebut peluang tersebut...alahai zarin....

Tapi aku sangat bahagia apabila hal ini berlaku. Bukan bahagia kerana dibuli, tetapi bahagia melihat kami ketawa bersama-sama! Dan rumah kami akan jadi riuh rendah dengan hilai tawa suamiku, si kecil zarin yang mengekek-ngekek dan suaraku sendiri yang terpaksa menahan kegelian... :-)

inilah wajah-wajah yang sentiasa membuli aku...huhhuuhuhu...


muaaccchh...muaaach!!!


2 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...