Wednesday, November 25, 2009

Mimpi oh mimpi

Mimpi semalam masih lagi menghantuiku. Entah mengapa hatiku sayu apabila mengucup tangan suamiku pagi tadi...

Puncanya:
Sedang aku enak dibuai mimpi, tiba-tiba muncul wajah seorang perempuan yang samar-samar bersama dua orang anak kecil yang mengatakan bahawa dia adalah isteri suamiku.

Bagaikan di sambar halilantar, aku terus terjaga. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Zarin dan suamiku sedang hanyut dibuai mimpi masing-masing. Aku resah seperti cacing kepanasan. Sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Serba tak kena jadinya. Aku terus merenung suamiku yang turun naik nafasnya, mendamaikan.

Aku bangun ke bilik air, kemudian baring lagi. Tetapi mata begitu payah untuk dipejamkan. Mimpi itu kembali berlegar difikiranku. Tiba-tiba suamiku bersuara, Mungkin terjaga kerana kegelisahanku di sisinya.

Suami : Nape yang?
Aku : Tak boleh tidur la.
Suami : Pasai pe?
Aku : Tak tau la...mmmm...mimpi tak best la tadi. (Aku terus bercerita walaupun suamiku masih mamai)
Suami : Mimpi ape?
Aku : Mimpi papa kawin lain ada anak dua! (Kataku menghamburkan perasaan yang terpendam sekaligus meluahkan segala keresahan)
Suami : Dengan sape?
Aku : (Isk sempat lagi tanya)..tatau la...samar-samar..
Suami : (Gelak)...Mimpi je. Mainan tidur tu. Ape la mama ni zarin.. (kata suamiku sambil mencium putera kami)
Aku : Papa takkan kawin lain kan?
Suami : Isk ada lak camtu...Memang tak la. Sayang mama sorang je...(sambil memegang tanganku dan mencium dahiku)...Dah tidur-tidur. Dah pukul berapa ni. (Kata suamiku sambil merangkulku erat. )

Memang tidak dinafikan mimpi itu mainan tidur. Tetapi jika mimpi NGERI seperti itu sudah pasti akan menyesakkan nafasku. Siapa yang sanggup berkongsi kasih?




Aku sentiasa berdoa agar rumah tangga kami sentiasa aman dan bahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN...

Teringat kata-kata ibu mertuaku:

"Lelaki yang berkahwin lebih dari satu bukannya dikira sebagai JODOH, Tetapi dia berusaha lebih daripada orang lain untuk mendapatkannya"...



10 comments:

  1. huuhuhu..tk po tk po...biasa mimpi dia tebalik..maksudnya..tk kawin lain la tu....:-))

    ReplyDelete
  2. kak diey : AMIN...dh google cari tafsir mimpi...tp x jumpe pulok!

    ReplyDelete
  3. insya allah, elok service kita kat laki, insya allah la depa kekal n hargai kita..tp kalu tak tau hargai gak, tu mmg depa dh gatal..

    ReplyDelete
  4. he...23x bagus tul ayat ibu mertua ek

    cam bro.. (maaf if wat kamu terfikir len)

    kebarankalian untuk bro kahwin lebih mybe ada... tp bergantung la pada keadaan...

    dan bro bukan berkahwin sebab nafsu... tp mengikut pe yg rasullah lakukan iaitu

    - menolong meringankan beban terutama bagi mereka yag kematian suami

    - mengelak dari berlakunya maksiat...mgkin bg bro ataupun perempuan tersebut

    - menjaga kehormatan seseorang supaya tiada fitanh ditabur kepada dirinya

    dan yng penting dipersetujui oleh si isteri...

    len reason...mybe tidak kot... malas nk bini ramai2... mane tahu rezeki murah.. berdosen2 anak nnt..sape nk jaga... lummasuk anak tiri ke he..23x

    p/s- ade contest di blog bro

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  5. orang kata kalau nak mimpi jadi kenyataan jangan bising2 or bagitahu org lain..wat diam je..=)

    insyaallah..semoga mimpi ini tidak akan menjadi kenyataan..amin...

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan idazs..
    alamak..mimpi ngeri tu..huhu..

    ReplyDelete
  7. framestone : ehehehehe...bagus2..tu yang nak dengar tu...kawen bukan sebab nafsu. alhamdulilah..memang baik niat tu...

    yang penting ADIL dan berkemampuan.

    * dah tgk dh contets tu, tanx yea...insyaallah kalu ada kelapangan saya join..tp mls nak wat karangan...hukhuk...

    ReplyDelete
  8. cheqna : mimpi mainan tidur..

    ooo..kalu wat diam leh jadi kenyataan ek? harap2 mimpi jadi jutawan la lps nie...AMIN!
    hihihihhiihi... ;)

    ReplyDelete
  9. sasha : salam perkenalan... yup memang ngeri..td baru je ofismate ckp dia pun mimpi benda yang sama. siap nangis2 lagi bangun tdo...hurmmmmm....

    minta dijauhkanlah...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...