Friday, November 20, 2009

Tertinggal Spare Part LAGI, aduiiiiii!!!!!

Tepat jam 9.30 pagi tadi, seperti biasa aku terus ke bilik kecik untuk menjalankan aktiviti rutin (mengepam). Sejurus cooler bag di buka,alangkah terkejutnya aku apabila melihat salah satu spare part untuk pamku tertinggal di rumah...



inilah rupa spare part yang tertinggal itu...huhuhu

Lantas aku terus menelefon suamiku. Malangnya telefon tidak dijawab dan masuk voicemail pula. Aku cuba lagi tetapi gagal. Iskkhhh...Geramnya aku. Time darurat camnila tak angkat fon! Lagi marah sebab suamiku yang kemaskan cooler bag pagi tadi...arrrrrrrggghhh!

Akhirnya aku cuba perah guna tangan. Malangnya, setelah 10 minit aku cuba, hasil yang berjaya dikumpul tidak memberangsangkan. 1 oz sahaja...uwaaaaaaaa!!!!


setelah puas bertungkus lumus..hasilnya....

9.45 pagi, aku call mamaimanwafiy untuk meminjam 'benda alah' tu. Alhamdulilah, mamaimanwafiy tidak keberatan untuk meminjamkannya. Sebaik sahaja aku meletakkan gagang telefon, suamiku pula menelefon.

Aku : Hello, duk kat mana? tak abis lagi miting? Banyak kali call tak angkat. (Soalan yang keluar macam bertih goreng, bukan banyak kali pun aku call 2 kali je...hikhik)
Suamiku: Kat umah. Baru abis miting, telefon pulak tetinggal. Ni balik ambil la ni...Pasai pa?
Aku: Handle breastpam tetinggal. Nape tak buh tadi?
Suami: ooo, tu je ke? mmm..lupa
Aku: Boleh hantar, bengkak dah ni?
Suami: Boleh.
Aku: Cepat ke lambat?
Suami: Nak kua dah ni, dalam 10 minit sampai la..
Aku : Ok tanx...hihihi (sayang papa)

Sebaik menamatkan talian, aku terus telefon mamaimanwafiy menyatakan yang aku tidak jadi untuk meminjamnya. Risau juga nanti dia akan tertunggu-tunggu kehadiranku di tingkat 11...Apepun terima kasih banyak2..

10 minit kemudian suami sampai sambil senyum-senyum...ehehehehehe...trima kasih..

Tanpa membuang masa aku terus menjalankan aktiviti. Sepuluh minit kemudian dapat la 5oz. Alhamdulilah.


menggunakan pam...hasilnya...


Kesimpulannya, aku memang tidak begitu cekap memerah menggunakan tangan. Mungkin susuku ini telah serasi dengan pamku itu...lihatlah perbezaan hasilnya...



perbezaan hasil antara mengepam dan memerah

Apepun, sebagai ingatan di lain hari, rajin-rajinlah mengemas sendiri cooler bag anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku...hihihihi.. (kalau kemas sendiri pun tertinggal gak)..kuang..kuang...kuang... sape nak jawab tu????

5 comments:

  1. hehhehe....lain kali kalu tertinggal lg, call aje..anytime!...:-))

    ReplyDelete
  2. Salam
    wah tahniah dapat BF ya.Suka tengok susu yang banyak kat atas tu.

    ReplyDelete
  3. arghhh bro tersilap bace entry huwaaaaahhhh entry yang agak keibuan terlebih...

    maaf he..23x tp bnde nie kne gak amik tahu kan..thank..insya'lah teman xkan terlupe nk mengemasnya untuk si dia

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  4. wah rajin ida ye.... Dulu saya pun pam gak tp samapai anak umo 9 bulan ,dah xberapa rajin... Guna pam Avent ek? Cam sama je kita.... Storage tu pun sama dr momslittleones....

    ReplyDelete
  5. kak diey: tanx kak...sure mmmg call punye! kak diey je rakan seperjuangan! ahahahah

    Ummu masyitah: Salam. Terima kasih...Ada hari-hari juga. Kalu banyak alhamdulilah, kalu sikit kene usaha lebih la jawabnya.

    Framestone: ahahahahha...takpe...
    takde halnya...Tak salah cari ilmu untuk isteri terchenta...nanti saya visit yea...

    geez : skali skala datang juga sifat 'M' tu. Tapi kene kuat lawan. Kalau tak dah lama berhenti BF ni..a'ah...avent...memang sama la tu...hikhikhik...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...