Monday, November 9, 2009

Zarin dan Zaza...lalalalalalala

alhamdulilah, akhirnya dapat juga berjumpa dengan Zaza untuk sesi photoshoot Zarin setelah ditunda-tunda.

Tepat jam 4 petang 7 November 2009, kami pun berjumpa di Taman Permainan KLCC. Wah, besar juga Taman permainan ini. Inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke situ...adesss...Jakun juga sekejap...ye lah, sebelum ini, kami hanya jalan-jalan di dalam KLCC sahaja, tidak pernah sekali ke Taman.

Sebaik sampai, Zaza telah berada di situ bersama kameranya. Kecil molek orangnya dan sangat peramah. Terasa seperti sudah lama kenal. Maka Zaza pun memulakan aktivitinya iaitu meng'snap' gambar Zarin. Lebih kurang 20 minit, cuaca telah bertukar mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Akhirnya, Zaza memutuskan untuk menyambung sesi itu di lain masa (Ahad 8, November 2009, 9.00 pg, di tempat yang sama)kerana cuaca tidak mengizinkan. Kami pun bersetuju. Zaza memang seorang yang cukup bertoleransi. Sangat selesa dan mudah bekerja dengannya. Tanx a lot Zaza!

Hujan mulai turun dengan lebatnya, Kami bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri daripada basah lencun...hikhikhik...Selepas mengisi perut yang lapar, kami pun singgah dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya kami ke kinokuniya.


crayola, Washable Crayons

Di sana, aku telah berjumpa dengan crayon Crayola. Teruja sungguh untuk membelinya kerana ia merupakan 'nontoxic crayons'. Bolehlah Zarin melukis dan mewarna nanti. hehehe...Tak perlu risau jka dinding atau lantai rumah kami diconteng...Tetapi perlu pastikan bahawa cat dinding bukan dari jenis yang luntur. Jika tidak merana juga nanti...hahahahaha...


Inilah hasil kreatif si manja kami...hehehe...

8 November 2009

Pagi-pagi lagi aku telah menghubungi Zaza untuk mengesahkan photoshoot pada pagi itu. Zaza tiada sebarangan halangan dan cuaca juga memang baik pagi itu. Jam 9.30 pagi, kami telah berada di Taman Permainan KLCC. Mood Zarin pada pagi itu pun ok. Seronok tak terhingga dapat bermain di situ. Pelbagai aksi dirakam oleh Zaza. Dan sempat juga kami menyalin beberapa helai baju untuk Zarin.


Aksi papa menukar baju zarin...hikhikhik..mama tak campur ok!

Hampir 1 jam 30 minit Zaza meluangkan masa untuk meng'snap' gambar Zarin. Zarin pun sudah mula perangai-perangai. Mungkin penat dan mengantuk. Apepun, terima kasih banyak-banyak kepada Zaza kerana meluangkan masa untuk kami sekeluarga.

Gambar Zarin???ahahahahha...
tunggu sahaja Zaza update di blognya nanti!...



2 comments:

  1. ehheh..tk sbr nk nengok gmbr zarin nanti..:-))

    ReplyDelete
  2. kak diey...heheheh...tu la tu...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...