Tuesday, December 1, 2009

Dari Taiping ke Pulau Pangkor

Memandangkan hari raya pertama kami terperap di rumah, jadi hari raya kedua kami ke Taiping untuk menghadiri kenduri tahlil keluarga sebelah ayah mertuaku. Sebelum bertolak ke Taiping, kami ke rumah Kak Ain (kakak iparku-biras) untuk menukar kereta kerana kereta kecil kami tidak muat untuk menampung semua orang (papa, mama, Zarin, Kak Ain, Kak Fitriyah, Pipi, Hawa, Hani dan Baby Hana) mana muatkan satu kereta? Abang Min (abg iparku) pula masih lagi di moscow, jadi menjadi tugas suamiku untuk membawa kami semua beraya di Taiping.

Kami bertolak pukul 10.30 pagi dan sampai kira-kira jam 12.30 tengahari. Pada majlis seperti inilah kami semua dapat berkumpul. Menurut ayah mertuaku, kebanyakan yang hadir merupakan keluarga arwah Tok Senik, Langkawi. Siapa Tok Senik? Aku sendiri pun tidak pasti.Yang pasti Tok Senik merupakan somebody di Langkawi dahulu.

Selepas siap bacaan Yassin dan Tahlil serta sembahyang Zohor berjemaah, bermulalah sesi memperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Seronok juga dapat berkumpul nie.Bila lagi nak mengeratkan hubungan silaturrahim jika bukan pada hari raya? Majlis berlarutan sehingga jam 3.30 petang.

Selepas itu, bermula acara keluarga kami, dari Taiping ke Pulau Pangkor. Menurut perancangan awal, kami akan bermalam di Lumut@ Pantai Remis. Tetapi sebaik sampai di jeti, adik iparkan pula mencadangkan agar kami menginap di Pulau Pangkor. Alang-alang dah sampai katanya.

Jam 7.00 malam kami menaiki bot ke Pulau Pangkor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Ok la daripada ke Pulau Langkawi yang mengambil masa sejam lebih dari jeti Kuala Kedah.

Kami menginap di sebuah resort (dah terlupa nama resort tu - mungkin pangkor resort kot) Kerana kepenatan, kami tidur awal. Cuma kaum adam yang pergi menikmati ikan bakar di restoren berhampiran.

Keesokan harinya, barulah kami ke pantai untuk bermandi manda. Dah lama tak jumpa laut. Zarin pula sangat suka dapat berkaki ayam di atas pasir.


1st time jalan atas pasir berkaki ayam...


cepatla papa, Zarin nak mandi laut nie












mama, tangan zarin ada pasir!

Sungguh seronok adik-adik iparku mandi. Aku pula menjadi pemerhati sahaja. Memandangkan adik-adik iparku anak teruna dan anak dara, so gambar-gambar seksi-maxi ketika mandi tidak dapat ditempek di sini...huhuhuhuh..Zarin pun sungguh seronok. Sekali sekala lidahnya menjilat bibir. Mungkin terasa masin air laut. Hehehehehe...



Tepat jam 12.00 tengahari, kami meninggalkan Pulau pangkor. Sebelum pulang, kami di bawa mengelilingi Pulau Pangkor dengan menaiki van pink. InsyaAllah jika ada kelapangan kami akan datang lagi. Tidak puas berada di situ kerana masa yang terhad. Tetapi ikut perancangan mahu ke Pulau Redang pula.

Pukul 5.30 petang, kami bertolak dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Kenderaan yang banyak ditambah dengan kehadiran seekor lembu yang 'berjogging' di atas lebuhraya menyebabkan kenderaan bergerak perlahan. Kami tiba di Kuala Lumpur ketika jam menunjukkan pukul 10.02 malam.

**Psttt : Gambar ketika majlis tahlil tidak dapat ditempek di sini kerana kamera 'maveles' adik iparku hilang semasa di Pangkor...huhuhu...Begitu juga gambar posing maut semasa di sana..Gambar di atas pun diambil ehsan daripada telefon bimbitku yang dah hampir nyawa-nyawa ikan itu...sob...sob...bersyukurlah dari takde langsungkan.

1 comment:

  1. syok tgk aksi zarin main pasir..;)
    wah!!ni yg x sabar nk bawak irfan g pangkor...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...