Tuesday, December 29, 2009

Gerek@basikal

Sudah lama kami berfikir untuk membeli sebuah basikal@gerek (seperti yang selalu disebut oleh papa Zarin) untuk Zarin. Sebelum ini, jika Zarin ke rumah sepupunya, (Kak Hawa+kak Hani) pasti Zarin akan bermain dengan basikal mereka. Oleh sebab itu, mama dan papa akhirnya membeli sebuah basikal untuk Zarin.

Seperti sedia maklum seperti mainan-mainan sebelum ini, Zarin bukanlah berminat sangat dengan basikal ini. Mula-mula memang excited, selepas itu, tersadai di tepi almari, sama seperti mainan-mainan yang lain.

Seingat aku, hampir seminggu membeli basikal ini, baru 3-4 kali Zarin naik. Tu pun sebab aku yang beria-ria meletakkannya. ahahahahahaha..Kalau tak jangan harapla dia nak naik. Pergi dekat pun tak nak, nak naik lagilah susah.adoiii....Zarin, Zarin...



Jom mama, Zarin bawak jalan-jalan



Sama-sama tersadai...uhuk..uhuk..


Nasib baikla basikal ni tak mahal sangat. Kalau tidak rugi juga. Mula-mula aku bercadang ingin membeli kereta atau pun motosikal yang ada remote dan bateri, tetapi ditegah oleh suamiku kerana dia sudah dapat menjangka yang Zarin bukan nak main sangat. Tunggu Zarin besar sikit katanya...hihihihih...Betul juga. Nanti dah besar mesti nak basikal BMX seperti zaman kanak-kanakku dulu...ehehehehehe...

Mungkin lepas ni, aku akan mengehadkan mainan untuk Zarin. Tunggu dia besar sikit baru beli. Beli leapster pun ok juga..ehehehehehehe...

5 comments:

  1. budak2 memang mcm tuh.. samelah dengan anak lana.. kalo gi kedai nak mainan bagai nak rak sampe umah x diheran nyer.. tapi kalo dah besar sikit dah ok dah.. kite cakap diorg akn paham..

    ReplyDelete
  2. da, semlm nmpk basikal cam zarin kat pasar malam, mesti dpt murah lagi...:-))

    ReplyDelete
  3. Wahwahawah...comenye basikal Zarin...Kotnya mama duk bawak dalam umah aje tu pasal Zarin x mau naik.. hikhikhik

    ReplyDelete
  4. Zarin bukan nak sangat mainan, kami yang nak beli. Tapi skang dah nampak ciri nak ngamuk bila tak beli...adessss

    ReplyDelete
  5. alahai baru plan nk beli kan utk irfan...
    ermmm nampak gayanyer cancel la...
    hehehe takut jd bahan hiasan dalam umah la plak...;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...