Friday, December 4, 2009

Heinz pasta creamy

Sejak Zarin berusia setahun, pelbagai resepi telah ku cuba. Dan hari ini aku ingin berkongsi resepi yang menjadi kegemaran Zarin iaitu Heinz Pasta Creamy.


Inilah rupa pasta ABC tersebut. Tersangat cute...

Bahan-Bahan
1. 2 genggam pasta Heinz direbus, apabila sudah masak toskan.
2. 1/4 Bawang besar kuning dicincang dadu
3. 1 sudu daging kisar (Ramly)
4. 2 sudu mushroom soup (campbell)
5. 2-3 Oz susu segar
6. Sedikit olive oil
7. Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan olive oil di dalam kuali
2. Kemudian masukkan bawang besar kuning yang dicincang tadi dan tumis sehingga naik bau atau kekuningan.
3. Selepas itu, masukkan daging cincang dan kacau sehingga masak.
4. Apabila telah masak, masukkan susu segar dan kacau sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan mushroom soup dan kacau sebati (Mushroom soup digunakan untuk memekatkan kuah)
6. Apabila telah mendidih, masukkan secubit garam.
7. Akhir sekali, masukkan heinz pasta yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati.
8. Siap untuk dihidangkan.

**note : sayur campur juga boleh dimasukkan ke dalam menu ini jika anak anda menyukainya.


Siap untuk dihidangkan

Resepi ini sangat mudah untuk dimasak dan paling penting menjimatkan masa.


aksi zarin ketika menikmati heinz pasta creamy (makan pasta dengan tangan - melayu tulen Zarin nie)

*psstt : mama dan papa selalu habiskan pasta zarin...hihihi...sangat sedap... nyum..nyum...

Resepi ini diambil daripada Cik Ina (Nurul Aina Borhan) -Tq - kemudian diolah untuk kesesuaian Zarin..hikhik

3 comments:

  1. amboi...makan sampai x sempat pandang camera...hihihi...sedap sangat tu..comot pun x pe ye Zarin..janji sedap n berkhasiat.

    ReplyDelete
  2. da, susu segar tu guna yg mana?dutch lady ke apa? nk try lah..:-))

    ReplyDelete
  3. kak ida : ehehehehe...Zarin memang pemakan orangnya...besar ckit nak try resepi spageti kak ida pulak.

    kak diey : try jgn tak try, kalu iman n wafiy x mkn, papa n mama yang makan. tabr cheese ckit...nyum..nyum..susu apepun boleh, janji full cream. bukan yang low fat

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...