Thursday, December 3, 2009

i'm addicted to...

Jangan salah sangka ye...Aku bukannya addicted pada benda-benda yang tak elok..

Actually i'm addicted to...CORELLE....yup...Europeans Herbs... hehehehehehehe...



Inilah pinggan kesayanganku...

Sejak di universiti lagi aku memang suka+minat sangat dengan pinggan corelle ni. Ingat lagi masa aku 1st year, ummiku berikan aku sebiji pinggan corelle snowflake ni, untuk aku gunakan sepanjang berada di universiti. Kemudian, tamat universiti, kerja, aku usung pinggan ini ke rumah sewa. Dah kahwin+ada anak ni, pinggan ini tetap menghiasi rak pingganku...



Semasa hari perkahwinanku, Makcik Zarina (sebelah suami) menghadiahkan aku set Corelle ini....Waaaaaa...Inilah antara hadiah kahwin yang sangat aku suka! Seperti kata suamiku sebaik membuka hadiah kami, macam tau-tau je makcik nie...Thank you so much.



Selepas kahwin, aku mula membeli set kaserol ini. Senang untuk memasak dan paling best kalau masak bubur zarin, cepat je masak. Tetapi aku jarang guna yang size 3L dan 5L. kalau orang datang baru guna sebab time ni lah masak banyak.



Baru-baru ini aku membeli lagi set yang 16 pcs nie. Antara sebab aku minat tahap gaban kat pinggan mangkuk ini kerana:
1. kacanya nipis

2. Ringan
3. Designnya yang moden.
3. Selesa + puas hati apabila makan menggunakannya...ahahaha

Pernah juga nak beli vantage yang english style itu. Tapi bila diajukan kepada suamiku seperti biasa jawapannya :

"Nampak cam outdated la corak dia."
"Mak-mak kita ok kot guna"
"Kalau dah pencen kita beli pinggan ni"


(Adoii..kami ni sentiasa muda dan perasan muda)...ngeh-ngeh-ngeh..

Dan sekarang aku berkira-kira nak tambahkan lagi koleksi pinggan mangkuk ku ini. Tetapi seperti kata suamiku:

"Nak beli lagi ke? Dah-dah la tu yang."
"Nak guna bila? Gunalah yang dah ada ni dulu."


ehehehehehe...malu la puloks bila diperli begitu...

Apapepun aku dah terjatuh cinta untuk membeli yang size kecil comel, seperti mangkuk sup, sambal belacan, budu, sos dan sebagainya. Jangan marah yea yang...Dah hobi sejak azali...kihkihkih....dah tengok kat Parkson OU aritu...best-best...

**NOTE:Gamba di atas ehsan dari pakcik google. TQ so much...


4 comments:

  1. ehehheh...masing2 punyai minat yg berbeza...:-))

    ReplyDelete
  2. sukaaaaaaaaaaaaaa dgn CORELLE...;)
    sukaaaa tgk...
    hehehe tgh plan nk kumpul koleksi...

    ReplyDelete
  3. yeke fisa? ramai yg suka corelle rupanya...jom sama2 kita kumpul...tapi saya beli pakai, x simpan...EH ni yg paling sy suka

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...