Wednesday, December 9, 2009

Macam-macam Zarin

Hari minggu yang lalu penat juga apabila ber'vacum' sambil ber'ringsling' dengan Zarin. Kenapa ber'ringsling?'..ehehehehe..

Ini kerana Zarin ingin membantu mama untuk mengemas rumah. Apabila Mama pegang je batang vacum tu, dia mula la sibuk duk bawah, tarik-tarik...last-last langsung tak boleh vacum. Akhirnya mama terpaksa menggunakan ringsling. Jadi Zarin pun dapat pegang dan tolong mama sama-sama vacum.

Menggunakan ringsling ketika zarin berusia setahun lebih, ditambah dengan berat 11kg membuatkan mama hampir pengsan. Memang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila Zarin duduk tak diam. Hampir patah tulang bahu mama...huhuhu...

Semalam pula, selepas siap vacum, Zarin sibuk meng'explore' vacum cleaner ini. Dan inilah hasilnya:


berjaya menunggang vacum cleaner

Biasa vacum ini akan terus disimpan setelah selesai digunakan. Memandangkan semalam mama agak kelam kabut, jadi vacum ini, tersadai di tepi dinding...huhuhu...dan Zarin pula tidak melepaskan peluang keemasan itu.



duduk di sisi pun ok



Ni belalai cam gajah dalam pocoyo



naik lagi, 'mainan' ini

Kebiasaanya penyapu, penyodok, tong sampah dan etc yang menjadi mangsa mainan Zarin. Tetapi sejak demam ni Zarin suka pula bermain dengan vacum cleaner nie. Sebelum ini, jika bunyi je vacum terus menangis dan minta didukung.

Adesss... Macam-macam betulla Zarin ni...ehehehehe....

Dan semalam ada lagi "hobi+mainan" terbaru Zarin..ape dia??? Nanti akan diceritakan apabila berjaya mengsnap gambarnya...hihihihih


3 comments:

  1. ahhaha..zarin...mainan berlambak mama beli, vacum tu gak yg dia nak..:-))

    ReplyDelete
  2. bese laa tuuu kak...banda yg kita pgang laa lgi dier suke...

    ReplyDelete
  3. kak diey : tu la kak...dia ingat gajah kot tu..tu yang dia nak naik. ehehehehehe....

    tiny : setuju sangat. kalu camtu kita kene main mainan derang la...baru nak main.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...