Monday, December 7, 2009

Si Kuning Tonka

Sehari sebelum raya haji, aku dan Kak Fida merempit ke Sogo. Yela, semua orang boleh dikatakan CUTI. Dan paling best bos pun cuti. Apalagi kami pun terus la mengambil kesempatan...eheheheh...

Sebenarnya aku hanya ingin cuci mata dan menemani Kak Fida yang ingin mencari baju raya untuk anak-anaknya. Pusing-punya pusing tiada apepun yang berkenan di hati. Baju budak lagilah tak berkenan. Last-last si kuning Tonka ini yang berjaya mencuri hatiku.


Tonka, fevret mama

Ahahahaha...kalau nak tahu memang dah lama aku jatuh cinta kat Si Tonka nie. So hari tu, entah kenapa aku buang tabiat dengan membeli si Tonka ketika orang lain sibuk memilih dan membeli baju raya untuk anak-anak mereka.

Mungkin aku jatuh cinta pada Tonka ni disebabkan ketika aku kecik-kecik dulu, kami selalu bermain dengan mainan ala-ala Tonka yang boleh mengangkut barang, dan kaler pun kuning. Kira nostalgia la tu. Ala, yang boleh korek-korek tanah tu, entah apa orang panggil ek. Jentolak ke? Kren?



mama nak amik gamba posing dulu, baru sambung main

Mula-mula beli tu, Zarin main la jugak. Tapi lepas tu dah tak main dah. Yang dia suka main penyapu, mop, tong sampah dan penyodok. Adoiii, Zarin...pelik-pelik yang nak dimainnya.


demam-demam pun aktif duk main

Dan semalam, apabila demamnya mula kebah, Zarin mula bermain balik dengan Si Tonka nie. Kalau tak dia lebih suka bermain dengan kereta kecil FP yang kaler biru kuning tu. Mungkin juga disebabkan Si Tonka ini untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Tetapi mamandangkan mama yang terlebih 'suka', jadi nak tak nak mesti kene beli juga.


letih main terus baring

Dan yang paling best, awal-awal lagi aku telah memberitahu suamiku yang aku akan jadikan Si Tonka ini koleksi kesayanganku dan Zarin. Tak kisahla sama ada Zarin nak main ke tidak, yang pasti Tonka ini dah termasuk dalam list barang yang wajib dibeli..ehehehehe...

Itulah akibatnya jika mama terlebih suka+terjatuh cinta...

4 comments:

  1. idazs..
    comel nya nama dia..si kuning tonka..tak terikir pun nama seunik tu..kreatif..hahaha

    ReplyDelete
  2. hihihi..ini rupanya mainannya ye..kalau anak k.ida dulu (syafiq) kami belikan mainan besar macam ni..lepas letih main dia suka duk atas pulak..
    Ida..demam2 pun zarin aktif main tanda dia hargai pembelian mamanya tu.

    ReplyDelete
  3. aikss demam pun ader smgt lagi main yer zarin...;)bagus2 si Tonka nie brp lama agaknya zarin minat main ekk...hehehe lawak laa plak die lebih minat kat brg2 bukan mainan die ek...silap hb mama die jer yg main kot...;)

    ReplyDelete
  4. shasha : secara spontan dapat nama tu...mula2 tengah karang tadi tulis tonka je, tapi cam ringkas sgt.tu yang terkeluar si kuning tonka tu..ehehehehe

    kak ida : hihihihhi...lps ni kene beli yang lagi besar la. mama pun boleh naik skali.. :P

    Fisa : ha, tu la...demam pun aktif duk main. tapi doctor kata bagus kalu dia demam tapi aktif. maksudnya badan dia tengah melawan...mmm ada la dalam 10 minit dia pegang masa mula-mula beli. lps tu, memang tak main...biasanya tak sampai seminggu dia nak main. Pastu tersadai camtu...adesss.. Tu yang malas sangat nak beli mainan yang mahal-mahal tu...huhuhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...