Thursday, December 3, 2009

Tanjung Puteri...nyummm..nyumm

Selepas solat maghrib, kami ke Hentian Duta untuk membeli tiket bas untuk abang sepupuku yang akan pulang ke Kuala Perlis Sabtu ini. Selepas itu, kami terus ke gerai Tanjung Puteri yang terletak di Jalan Sri Hartamas 2. Menurut suamiku, Laksa Johor di gerai itu sangat popular dan sedap berdasarkan testimonial orang ramai.



Ketika sampai, suasana gerai agak lengang. Mungkin baru pukul 8.00 malam. Aku terus meninjau makanan yang disediakan. Mataku melilau mencari Laksa Johor yang dikatakan suamiku itu.

Hidangan yang disediakan terbahagi kepada dua iaitu buffet dan ala carte. Menu yang disediakan tidaklah banyak. Ada nasi putih, nasi lemak, laksa johor, cucur udang dan kuih seri muka. Manakala ala carte pula ada soto ayam, porridge, nasi goreng Saloma, dan beberapa lagi menu yang rata-ratanya mengunakan nama artis 50-an dan 60-an.


Antara frame yang menghiasi Tanjung Puteri

Apa yang menariknya tentang Tanjung Puteri ialah dekorasi dan hiasannya, selain makanannya yang sedap. Padaku sangatlah klasik. Berdasarkan frame-frame gambar-gambar artis yang digantung berderet, cahaya dari pelita yang malap, dan juga lagu era 50-an dan 60-an yang dimainkan membuatkan kami terasa seperti berada di zaman tersebut. Tak silapku, kebanyakan lagu yang dimainkan dipetik dari filem-filem P. Ramlee dan juga filem-filem klasik lain.



Zarin yang mendengar lagu-lagu tersebut turut menggoyangkan kepala mengikut alunan muzik yang padaku sangat mendamaikan halwa telinga sesiapa yang mendengarnya.


Inilah rupa Laksa Johor yang telah dikerjakan olehku...hihihih

Di sana, kami telah menikmati :
1. Laksa Johor - mama punya
2. Nasi putih + asam pedas ikan + sayur - papa punya
3. Sepiring keropok ikan - Zarin punya
4. 2 potong kuih seri muka, dan - papa punya
5. 2 gelas air barli suam - papa dan mama punya
Total : RM13.60

Padaku harganya sangat berbaloi dan boleh dikira sebagai MURAH. Dan InsyaAllah kami akan ke sana lagi untuk mencuba makanan lain seperti murtabak johor, nasi goreng saloma dan juga soto ayam (makanan kegemaranku).

4 comments:

  1. Wow klasiknya tempat...penuh nostalgia...dan yang penting, harga nya murah giler...macm tak pecaya, total rm 13.60....ermmmm

    ReplyDelete
  2. ben 10 gitew

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. Betul kak diey...saya pun rasa cam murah...tapi tempat dia memang klasik la..ada corner tuk jual2 baju+tempah baju kurung tradisional lagi...

    ReplyDelete
  4. framestone: ehehehehe..mama beli sebab murah. Zarin tatau pun ape ben10 tu. Tak penanh tgk kartun dia. Slalu dia tgk little einsteins, mickey mouse, pocoyo pooh n etc...hihihihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...