Tuesday, December 1, 2009

Telefon oh telefon

Selepas makan tengahari tadi, kami pun singgah di kedai telefon untuk mencuci mata. Tiba-tiba aku teringat kepada semua telefon yang mula-mula digunakan dulu sehingga sekarang.



Nokia 3310 ini merupakan telefon pertama yang aku gunakan. Telefon ini dibelikan oleh kakakku sebagai hadiah ketika aku mendapat result STPM. Telefon ini sangat hebat kerana kita dapat tukar-tukar housing dan kaler fevretku ialah putih, paling best dapat compose lagu. Hehehe, dulu aku gunakan ringtones all rise dan juga freestyler. ahahahaahha...



Kemudian ketika aku di tahun 2 universiti, kakakku tukarkan lagi telefonku. Daripada nokia 3310 ke nokia 8250 atau lebih dikenali sebagai butterfly. Telefon ini agak kecil dan paling best dapat masuk poket jeansku. Fungsinya pun hampir sama dengan 3310. Dan ringtones pula pelbagai. Dan fevretku tetap juga freestyler..kuikuikui...dan housing fevret semestinya hitam. hitam itu menawan...



Kemudian kakakku menghadiahkan telefon samsung SGH-x640 semasa graduation day. Yahooo!!!sukanya hati.. masa tu telefon ni ada kamera dan GPRS. kalu tak silaplah...Dah ingat-ingat lupa. Hehehehehe...Ringtones pula tak banyak choice. Cuma yang best sebab dapat amik gambar




Selepas telefonku itu rosak, kemudian Teman lelakiku (suamiku kini) membelikan telefon samsung x200 ini kepadaku. Kalau tak silap tahun 2005. Telefon ini takla best sangat. Entah kenapa aku berkenan untuk membelinya. Tapi yang bestnya, telefon ini masih digunakan oleh adik iparku yang kini belajar di UTeM.



Selepas itu, pada tahun 2006,teman lelakiku (suamiku kini) membelikan pula telefon N80 ini. Sebenarnya pada masa itu kami ingin membeli N75, tetapi kerana kehabisan stok, jadi aku pun memilih N80. Lagipula pada masa itu sedang meluas penggunaan 3G. Memandangkan kami hanya berjumpa hujung minggu atau 1-2 kali sebulan, jadi penggunaan 3G memang sangat membantu. ahaks.. cuma yang tak bestnya, telefon ini agak besar gedabak. Lagi satu bateri cepat habis dan selalu hang...arghhhh...tensen-tensen...



Selepas itu, pada tahun 2007, aku terjatuh cinta pada telefon Sony Ericson K810i. Sebenarnya aku hanya berkenan pada keypadnya yang kecil seperti diamond itu. lagipun pada masa itu, telefon ini sedang hangat di pasaran. Aku pun apalagi, tergedik-gediklah nak. Akhirnya tunangku membelikannya tetapi sebagai barang hantaran perkahwinan. Apepun sudah 2 tahun lebih aku menggunakan telefon ini. Walaupun sering dibaling dan digigit oleh Zarin, tetapi masih ok.

Jika direnung kembali, rupa-rupanya aku tidak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli telefon bimbit. ahahahahahah... terukkan??? Tapi dah orang nak kasi, ambil aje la...terima kasih banyak-banyak.

Selepas lunch tadi sempat kami menyinggah di kedai Liew, cuci mata tengok telefon canggih-manggih

Liew : Kak, bila nak tukar telefon?
Aku : Tula, tengah tengok-tengok nie.
Liew : Ha, yang ni baru. Harga RM 2380. Sony punya.
Aku : Mak aii, mahalnya. Kalu blackberry brape?
Liew : Paling murah pun RM 1200-RM1500 boleh dapat kot, nak tengok esok ada.
Aku : iskh..tak payah lah. Nanti akak balik ngorat husband akak dulu.
Liew : ahahahaha...ok..ok...


mmmm...Teringin juga nak tukar telefon baru. Harap-harap ada lagi la orang nak sponsor lepas nie..hikhikhik...


Note : Gambar-gambar adalah ikhlas daripada pakcik google...TQ so much

2 comments:

  1. banyak nye hp ieda.. yang paling best sbb FREE.. ekekeke..
    tasha nih seingat2 mula2 pakai hp motorola ade antena tu masa kat Uitm.. tu pon akak punya, dia bagi..
    pastu beli nokia 3310 guna duet PTPTN... haiyopppp.. ekekeke...
    start keje part time beli hp nokia ntah ape model.. lupa..
    dan paling latest hingga kini pakai sony ericsson W800i original masa baru2 kuar rm1500 smp la nih.. dah 4 tahun ada kot.. hehe.. hang segala.. siap jadik menan dhia lagi.. ekeke.. malas nk tukar baru.. sayang wehh .. ahahaha..

    ReplyDelete
  2. bertukar-tukar pun sebab FREE kan. kalu duit sendiri sure pakai nokia 3310 lagi kot...hihihihi...saya kedekut duit untuk beli telefon mhl2...betulla sha, skang pun memang dh mls nak tuka baru. kalu tuka pun nak cari yang biasa-biasa, boleh ckp+sms sudah..

    tapi tgk telefon org canggih-canggih tingin juga. :p

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...