Tuesday, October 27, 2009

Mainan Oh Mainan

Sudah menjadi kebiasaan, hari minggu saja sudah pasti kami akan makan di luar. Lagipun inilah masa untuk kami membawa Zarin melihat dunia luar. Kebiasaannya kami akan keluar selepas zohor atau selepas Zarin bangun dari tidur. Dan perkara yang paling tidak disukai, kami tidak tahu ke mana yang harus dituju, KLCC, OU, mid, pavillion??? Tetapi kami biasanya akan ke OU atau KLCC la...tu pun setelah berpusing-pusing tanpa arah tujuan...huiissshhhh...membazir minyak kereta dan tol sahaja!!!


nak beli mainan ke nie??

Hari itu, kami membawa zarin ke KLCC. Sudah lama tidak ke sana. Sebenarnya agenda utama hanyalah untuk makan sahaja. Hihihihihi..Selepas perut penuh diisi, kami pun melilau tanpa arah tujuan...tengok itu, tengok ini...dan akhirnya sampaila ke satu destinasi yang digemari oleh kanak-kanak..MAINAN!!!! wow!!!


Wow????banyaknya mainan..Nak pilih yang mana nie?

Zarin apalagi, terus ternganga mulutnya melihat mainan yang tersusun indah... Sebenarnya Zarin memang suka wat aksi mulut ternganga dan terkejut itu...hihihi... Aku apalagi, terus membelek satu, satu mainan. Sebenarnya ku yang terlebih excited!!! kuang..kuang..kuang...
Aku pun mengambil satu mainan dan tunjukkan kepada Zarin.


ABC...123...ok..best nie

"Zarin nak yang mana sayang?"tanyaku

Zarin tersenyum dan mulutnya bising dan ketawa...Dia terus memegang mainan yang dihulurkan dan tangan kecilnya menekan button ABC...123...

"hye...Lets learn letter..."

"A...for Apple..krup..krup.."
"B... For Bird...tweeet..tweet"
"C...for cat..meow..meow..."

Zarin ketawa mengekek-ngekek...

Selepas itu, suara budak perempuan yang cute mula menyanyi lagu ABCDEFG sampai la Z..
diikuti pula dengan nombor 123...


Nak yang ni ke, yang lain yea?

"Zarin suka ni?"tanya suamiku

Lantas dia mengambil mainan itu dari tangan Zarin...malangnya Zarin terus menjerit... Suamiku ingin menggantikan dengan mainan yang lain...

"Oooo...Zarin nak yang ni ye? ok... kita beli..."kata suamiku..

Aku hanya menurut sahaja. Lagipun sudah lama kami tidak membeli apa-apa permainan untuknya...


Zarin nak yang ni la..Tq papa..Tq mama

Selain itu bagus juga mainan ini. Banyak yang dapat Zarin pelajari. Ada pensel yang boleh stimulate tangan Zarin untuk belajar menulis. Skrinnya pula ada tertera nombor dan cara-cara menulis setiap nombor dan abjad...ok sangatlah tu...Dan paling penting, dapat juga Zarin belajar ABC dan 123..ok la tu...heheheh...

aku pula telah mempraktikkan Zarin dari kecil lagi

"Kalu Zarin ok, tak perangai, mama akan beli mainan, baju tuk Zarin. Tapi kalu perangai, apa pun mama takkan beli" hehehehe...

Tapi alhamdulilah, Zarin memang jarang perangai. Aku pun beli sekadar yang termampu saja...Sekarang dia ok lagi, ke depan-ke depan tak tahulah macam mana...

Nak beli mainan bukannya senang. Kalau boleh biarlah yang mampu memberikan pendidikan kepadanya di samping sebagai hiburan. Dan paling penting keselamatan anak-anak semasa bermain...

Friday, October 23, 2009

zarin dan topi badutnya


zarin pakai birthday hat ni ok?

Sebaik sahaja membuka mata pagi itu, Zarin terus menampar-nampar pipiku....Adussss...perit dan merah pipiku...Tangan kecil itu begitu kuat sehingga mengalir air mataku...huhuhuhu...(tak pernah lagi pipi mama kena tampar ngan orang tau sayang) Suamiku pula masih nyenyak di sebelah...Tidur lambat kerana kemas rumah dan tengok bola...Lantas aku terus turun dari katil dan ke dapur untuk menyediakan sarapan Zarin. Zarin pula ku biarkan menonton kartun kegemarannya, Jim Jam and Sunny...Sedang aku sibuk mengupas kentang, tiba-tiba mulut Zarin bising sambil bertepuk tangan dan topi badut itu diletakkan di kepala...


yang ni ok

"Ooooo...Zarin nak pakai topi ni yea?" kataku sambil membetulkan topi itu di kepalanya...

Lantas tanganku mencapai kamera dan terus merakamkan aksi-aksinya...

"Semalam mama suruh Zarin pakai Zarin nangis, taknak, sekarang nak pula yea..." Bebelku lagi...

Aku turut menghulurkan belon padanya, tetapi dia enggan. Memang anak terunaku ini takut belon...huhuhuhu


mama, dah ok ke nie?

Zarin begitu gembira dengan topinya itu, pelbagai aksi dilakukan...Tapi...cuba lihat rambutnya itu!!!!

Ahahahaha...berpintal-pintal macam clown dah...Mama selalu cakap rambut Zarin dah jadi macam mr. potato...heheheheh...Memang nak gunting, tapi tatau nak gunting macam mana...kalu digunting rambut pintalnya itu, nanti pelikla pulak...mmmm...Nak botakkan, alamak!!!! rambut Zarin comel aje..dah la lambat tumbuh....huhuhuh...Aritu papa dah janji nak bawak Zarin gunting ngan Auntie Jade (Stylist papa merangkap orang yang gunting rambut Faizal Tahir masa Anugerah Juara Lagu "Sampai Syurga")...Tapi sekarang Auntie Jade dah freelance...susah sikit nak contact...mmmm...sabar je la Zarin yea...Nanti bia mama je jadi stylist Zarin...hehehehehe...jimat cermat macam hagemaru...


i love this pic!


so cute la sayang

Zarin begitu bersahaja apabila aku merakamkan aksinya. Baru kami perasan, sekarang Zarin dah makin pandai posing...dalam banyak-banyak gambar yang disnap, inilah gambar fevret aku...cute sangat2...(terperasan sudahhhh)


zarin nak tatih nie mama

Sedang aku leka merakamkan aksi Zarin, tiba-tiba baru aku teringat!!! Alamak???
potato Zarin...Lantas aku segera ke dapur...Fuhhhhh!!!!Nasib baik tidak hangus...kalau tidak sudah tentu mama kene buat resepi lain...huhuhuhuu...
Jom sayang, mama ajar Zarin tatih!!!

Thursday, October 22, 2009

Kau Datang Tanpa Kuundang

Setelah hampir 2 tahun (9 bulan mengandung + 12 bulan BF), akhirnya pihak Jepun mengibarkan benderanya (Cik P)...kau datang jua..tarikhnya 22 Oktober 2009 pada jam 12.29pm...huhuhuhuhu

Patutla badanku terasa letih, haus, cepat marah dan perutpun memulas-mulas. Ingatkan ada yang tersalah makan (sambal nasi lemak)..rupa-rupanya Cik P...adusss...Cik P, kau datang tanpa kuundang la...

Dan paling merisaukan aku, berdasarkan pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang menyusukan bayinya, kalau Cik P datang, penghasilan susu akan berkurangan. Alamak ngerinya!!!Tapi setakat ini, rasanya produktiviti susuku masih seperti biasa 9oz, dua kali pam...Harap-harap esok, lusa, tulat dan seterusnya, susuku sentiasa mencukupi untuk zarin.

Pelbagai cara untuk menambahkan susu telah ku cuba. Fenugreek, Pil ASI, milkmaid tea, motilium, jus pegaga, red dates + longan tea, dan sebagainya telah ku makan. Harap susuku tidak berkuranganla... yang penting, psikologi, setkan dalam minda "susuku sentiasa cukup untuk zarin"...ya...

Dan ada lagi yang merisaukan aku. Menurut ibuku, sekali kita dah period, peluang untuk mendapatkan baby sangat cerah. Lebih-lebih lagi aku yang Zarin dah berumur setahun nie....waaaaaaa...scary seh!!! So, nampaknya aku terpaksa la melakukan sesuatu...

Mengikut pengalaman ibuku lagi, dia menyusukan abangku hampir 2 tahun setengah. Semasa abangku berumur 18 bulan, Cik P nya datang...Sebulan perutnya kosong, selepas itu, dia terus mengandungkan aku...huhuhuhu...

Apepun,
Cik P, kau datang tanpa ku undang...
Biarkan aku meneruskan aktiviti harian (BF+pumping)...
Datang dan pergilah dengan aman...

"Ya Allah YA Tuhanku, Murahkan la rezeki untuk anakku...Permudahkanlah aku dalam usaha untuk terus menyusukan anakku"...AMIN

Wajah kesayangan hamba


posing..posing...mama nak snap pic nie...

Siapa yang tidak gembira apabila melihat anak yang dikandung 9 bulan membesar dengan sihat dan cergas...Tidak terkecuali diriku juga...


zarin khusyuk bermain

Lebih-lebih lagi Zarin sudah mula dengan perangainya yang macam-macam itu...Memang begitu mencuit hati kami...Sebagai ibu bapa, sudah tentu saat-saat membesarkan si manja menjadi begitu berharga dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata


senyum kambing

Setiap senyuman yang dilemparkan pasti akan menghilangkan kekusutan fikiran, tekanan di tempat kerja, keletihan dan sebagainya...Sesungguhnya, sebaik sahaja melihat wajah zarin, hati kami menjadi tenang, setenang air sungai yang mengalir....


senyum dan ketawalah sayang!!!

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri


papa wat lawak la mama


ketawa besar zarin yea...

mood zarin yang baik malam itu memudahkan aku untuk mengsnapkan aksi-aksinya...


habis mainan di tunggang terbalikkan...adesss...zarin...zarin

Tapi risau juga melihat zarin nie...Habis mainan dipunggah dan diterbalikkan...Main dengan cara yang salah...Puas suamiku betulkan...Tapi, dia pulak yang terbalikkan...adesss...payah..payah...akhirnya kami biarkan sahaja...


jari zarin tersepit la...huhuhuhuhuh

ekoran daripada perbuatannya itu, terimalah akibatnya...kan dah tersepit jari... huhuhuhu...sian anak mama...


mama dah cakap jangan main camtu, kan dah sakit

tiba-tiba...uwaaa...uwaaaa...lantas suamiku terus mendukung dan memujuknya....mama pula masih lagi dengan kameranya...mmm...mama..mama...nak jadi photographer ke?

mmmm...sangat indah apabila menjadi mama dan papa...Kalu boleh, setiap detik ingin dirakamkan...terasa sangat berharga detik-detik yang berlalu itu...

sekarang zarin dah berumur setahun...terasa baru semalam mama melahirkan zarin...
lantas memori itu kembali berlegar di fikiran....mmmm...bahagianya.....

Wednesday, October 21, 2009

Taman Tasik + Village Park

Inilah kali pertama aku, suami dan zarin menjejakkan kaki ke taman tasik shah alam. memang sebelum ini, kami tidak pernah ke tasik@taman, baik dari zaman bercinta, kawen, mahupun ada anak. kami hanya ke shoping complex sahaja. Nampaknya best juga datang ke taman tasik ni yea...lepas ni kene kerap la bawak zarin ke situ untuk menghirup udara segar...


Zarin dan mama kat tasik shah alam

Zarin pun enjoy sangat2 masa berada di sana. Tetapi disebabkan mengantuk+panas, dia pun mengamuk jugala...Suami ku juga pernah berkali-kali mengajak aku untuk jalan-jalan di tasik nie...Tapi aku malas...huhuhuhuu..kene rajinkan diri la lepas nie...demi zarin terchenta!!


Zarin dan papa pula

Lebih kurang pukul 1.15, kami pun meninggalkan taman tasik/ gathering RH. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba perutku menyanyi mintak diisi...Zarin masuk je dalam kete, terus tidur sambil menyot...nyot... mula-mula suamiku mencadangkan untuk makan yong tau fu di restoren ape ntah namanya, memandangkan zarin tidur, kami bercadang untuk pulang sahaja...

Tetapi, tiba-tiba tekakku teringin untuk makan koteow kungfu...Akhirnya kami singgah di Village Park...Makanan di Village park sememangnya sedap (china muslim)...setiap masa penuh...Sebaik suamiku memberhentikan enjin keretanya, zarin terus terjaga...


tengah tunggu nak order makanan

antara makanan yang ada ialah nasi dagang, nasi lemak, lontong, soto, roti bakar, dan macam-macam la...yang bestnye kesemua makanannya sedap...dan harga pun sangat berpatutan...Tapi yang tak bestnye ialah, baby chair tidak disediakan...memang payah sikitla untuk kami yang ada anak kecik nie...mmmmmmm


mmm..tengok menu ape yang sedap yea sayang????

Menu kami pada petang itu ialah koteow kungfu, prawn mee, cincau dan barli...
slurrrrppp....licin...


sukenya zarin dah sampai rumah

selepas perut penuh diisi, kami pun pulang ke rumah...Dah letih dah badan ini rasanya...Tak sabar nak jumpa tilam empukku...nyaman....Sampai di rumah, zarin sibuk nak main, dan apa lagi, kami pun snap la aksi-aksinya yang sangat ceria itu...


gelak je sepanjang hari...mmm...besday boy...

lebih kurang pukul 3.30 petang, kami bertiga tertidur...sedar-sedar dah pukul 6 petang...adessss....terlebih sudahhhh tidur kami...hihihihi....malam itu, atas permintaan suamiku, aku diminta untuk menyediakan makan malam...lauknya simple sahaja,

ikan goreng+sup sayur+budu....tadaaaaaaaaaaaaa

alhamdulilah....licin...

Tuesday, October 20, 2009

Gathering RH

Salam
Pada hari sabtu yang lalu (17/10/09) Gathering RH telah diadakan di Taman Tasik Raja Lumu Shah Alam. Perasaanku bercampur baur, malu, takut, gembira dan macam-macam lagi. Yela, inilah kali pertama aku akan bertentang mata dengan sahabat-sahabat yang aktif di alam maya...hihihihi...


antara yang hadir

Kami sampai pun dah agak lambat, dalam kul 1030. Tu pun sebab salah tempat. ingatkan ada satu je kedai kopi kat tasik tu..rupa-rupanya banyak...pecah peluh juga la kami anak beranak jalan...Nasib baikla Kak Ummi sudi menjawab telefon...kalu tak sudah tentu mandi peluh kami keliling tasik tu...huhuhu...


talk by Pak Utih

Antara kawan-kawan yang hadir ialah, kak ummi, nuyue, sya, Della, lidia, ann...(sori kalu x tersebut nama yea)...sesi yang paling best ialah sesi bersama Pak Utih...mmm...apa yang dikatakan oleh Pak Utih tu semuanya terkena batang idung sendiri...adusss...pasal perangai kaum isteri, kualiti time dan macam-macam... terima kasih juga pada Pak Utih dan kak ummi sebab dapat buku free...


khusyuk mendengar

apapun kali ini tak sempat beramas mesra sangat dengan kawan-kawan RH...insyaAllah lain kali akan join lagi...nak kenal lebih rapat kawan-kawan....Makanan pun best2, ada nasi impit, rendang, aiskrim, puding, koktel, kuih raya, kek gula hangus encik bujang dan macam-macam ada la pendek kata...


khusyuk sungguh

Apepun memang best la gathering aritu... jom layan gamba-gamba yang sempat di snap oleh suamiku....


sesi beramas mesra

Monday, October 19, 2009

Sebelum Satu Tahun

Malam sebelum menginjak ke usia satu tahun, perangai Zarin agak berlainan. Jika sebelum ini, pukul 8-9 dah tidur, tetapi malam itu matanya begitu degil untuk ditutup.


zarin yang sedang menunggu detik 12 malam

"oooo...Zarin nak tunggu bunga api deepavali yea, sama ngan besday zarin" ckp suamiku

aku hanya tersenyum dan kami melayan setiap kerenahnya..sekejap main, sekejap tatih, sekajap tengok tv...mmm..macam-macam zarin nie...pukul 1145 mlm...

"yang, Zarin berak la...ooo...Mesti Zarin teringat masa mula-mula zarin nak kua dulu yea...Zarin berak dalam perut mama..." kataku

"ishk...pandai-pandai je mama nie" celah suamiku pula...

"Betulla...Zarin kan tertelan najis, masa dlm kul 12 lebih la dulu doktor pecahkan ketuban, tengok-tengok zarin dah berak" tingkah ku pula...

Selepas itu, suamiku terus mencuci "hadiah" yang diberikan oleh Zarin kepadanya...
lebih kurang pukul 12.30, barulah zarin merehatkan matanya...Itu pun selepas puas kami dodoikan... lagi pula, esok kami perlu bangun awal untuk ke Taman Tasik Shah Alam.


Zarin sudah lena


Lena dalam dakapan papa


sentuhan kasih sayang

Tidak lama selepas itu, kami pun tertidur...Sebelum tidur, fikiranku terus melayang pada Gathering RH esok hari....Tak sabar rasanya hendak bertemu kawan-kawan... Harapanku agar esok cuaca cerah dan kami sekeluarga dalam keadaan yang sihat...

hepi 1st birthday Zarin Shah


kek besday yang ditempah dari kak ecar ..sedap dan cantik

Pantasnya masa berlalu.Sedar tak sedar Zarin dah berumur setahun. Sudah besar anak mama dan papa ini. Perangai juga sudah macam-macam ada. Menginjak ke umur setahun ini, Zarin sudah pandai berjalan.Tiga hingga empat langkah dan paling banyak pun enam langkah.



semasa celeb besday zarin sempena gathering RH

Apepun, mama dan papa berharap agar zarin menjadi anak yang soleh, mendengar kata, menjadi insan yang berguna serta menghormati orang tua. Insya-Allah, mama dan papa akan melakukan yang terbaik untuk Zarin.


nyum..nyum..

hadiah untuk zarin? mmm..sebenarnya mama dan papa tidak la specific hadiah apa yang nak bagi zarin, sebab zarin dah ada semua rasanya. Bagi mama, hadiah yang paling bernilai dapat mama hadiahkan untuk zarin ialah "SUSU IBU"...mama sentiasa berdoa agar Allah permudahkan niat murni mama untuk terus menyusukan zarin selama yang zarin inginkan (2-3 tahun). Dan yang paling berharga dapat mama dan papa berikan ialah kasih sayang yang tidak terhingga untuk zarin.



Apepun,
selamat hari lahir sayang
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dikurniakan kesihatan yang baik...
we (mama n papa) love u so much...MUAAACHHH



Friday, October 16, 2009

beberapa jam lagi

lagi beberapa jam Zarin akan menyambut hari lahirnya yang pertama...
wah...
dah besar anak mama nie...
makin hensem...
cepatnya masa berlalu...
sedar-sedar dah setahun...
zarin...zarin...

Tentu nanti mama dan zarin akan rindukan lagu yang mama selalu nyanyikan tuk Zarin:

Zarin Shah sayang mama...
minum susu mama...
nyummmy...nyummmy....nyummmy...
susu mama sedap...
susu mama berkhasiat...
minum susu mama...
Zarin jadi kuat...
Zarin jadi sihat...
macam papa...
yeaaaa!!!!!

nant mama marathonkan gamba2 Zarin selama 12 bulan nie...
insyaAllah...

harap Zarin ok la esok...
jangan perangai-perangai ye sayang...
budak baik mana leh perangai....

mama dan papa sayang zarin...muaaach..muaaaah...
cepat-cepat jalan yea sayang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...