Monday, November 30, 2009

`Aidiladha di perantauan`

Sayu hatiku tatkala sayup-sayup kedengaran alunan takbir raya dari masjid wilayah.

Lebih memilukan apabila tahun ini merupakan kali pertama kami beraya di perantauan, dan paling menyedihkan apabila berjauhan daripada ahli keluarga tercinta. Tetapi, pagi-pagi lagi aku telah menghubungi ahli keluarga untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat hari raya.

Kesimpulannya, walaupun berjauhan, tetapi hati kami tetap satu. Itu yang penting!


zarin dan papa bergambar di pagi raya

Apepun yang penting bagiku ialah dapat mengucup tangan orang yang tersayang dan paling bermakna dalam hidupku iaitu Mohd Azuan Ishak serta dapat memeluk dan mencium my little einstein, Zarin Shah.

Perancangannya, aku akan menyediakan hidangan rendang+nasi impit di pagi raya. Namun memandangkan hanya kami bertiga sahaja, suamiku mencadangkan agar kami makan di luar. Jadi tiadalah hidangan istimewa pagi raya seperti (lemang+ketupat palas+rendang+nasi impit+kauh kacang+ etc...)sob...sob..

Selepas suamiku pulang dari sembahyang raya di masjid wilayah, kami bercadang untuk keluar...huhuhuhuhu... Malangnya, masing-masing malas untuk bersiap+zarin yang dah mengantuk, akhirnya kami hanya melayan movie di astro. heheheehhehe...seronok juga.


gaya zarin ketika pakai songkok sendiri

Ketika sibuk melayan movie yang boleh tahan bestnya (dah lupa tajuk dia), sempat jugalah aku selaku jurukamera tidak bertauliah merakamkan aksi-aksi zarin yang segak berbaju melayu pagi itu.


hensemnya zarin berbaju melayu


aksi zarin ketika sedang proses 'hadiah' untuk papa..hikhik

Setelah habis menonton movie, perut pun sudah berdondang sayang, akhirnya kami hanya makan nasi di rumah tengahari itu berlaukkan sotong masak pedas, kacang panjang dan ikan goreng. Yummy..yummy...hasil air tangan mama yea... ;)

Selepas solat asar, kami pun keluar ke IKEA. Jalan-jalan sambil membeli sedikit barangan dan juga menikmati makan malam di sana.


Walau bagaimanapun, masih tidak terlambat untukku mengucapkan selamat hari raya aidiladha untuk rakan-rakan dan selamat kembali bertugas!

P/s : Mama tak jadi enterframe sebab baju raya takde. Pak Lang Zarin cancel perancangan untuk raya di KL last minit...baju raya masih di Kedah...huhuhuhu...nasib badan.

Wednesday, November 25, 2009

Mimpi oh mimpi

Mimpi semalam masih lagi menghantuiku. Entah mengapa hatiku sayu apabila mengucup tangan suamiku pagi tadi...

Puncanya:
Sedang aku enak dibuai mimpi, tiba-tiba muncul wajah seorang perempuan yang samar-samar bersama dua orang anak kecil yang mengatakan bahawa dia adalah isteri suamiku.

Bagaikan di sambar halilantar, aku terus terjaga. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Zarin dan suamiku sedang hanyut dibuai mimpi masing-masing. Aku resah seperti cacing kepanasan. Sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Serba tak kena jadinya. Aku terus merenung suamiku yang turun naik nafasnya, mendamaikan.

Aku bangun ke bilik air, kemudian baring lagi. Tetapi mata begitu payah untuk dipejamkan. Mimpi itu kembali berlegar difikiranku. Tiba-tiba suamiku bersuara, Mungkin terjaga kerana kegelisahanku di sisinya.

Suami : Nape yang?
Aku : Tak boleh tidur la.
Suami : Pasai pe?
Aku : Tak tau la...mmmm...mimpi tak best la tadi. (Aku terus bercerita walaupun suamiku masih mamai)
Suami : Mimpi ape?
Aku : Mimpi papa kawin lain ada anak dua! (Kataku menghamburkan perasaan yang terpendam sekaligus meluahkan segala keresahan)
Suami : Dengan sape?
Aku : (Isk sempat lagi tanya)..tatau la...samar-samar..
Suami : (Gelak)...Mimpi je. Mainan tidur tu. Ape la mama ni zarin.. (kata suamiku sambil mencium putera kami)
Aku : Papa takkan kawin lain kan?
Suami : Isk ada lak camtu...Memang tak la. Sayang mama sorang je...(sambil memegang tanganku dan mencium dahiku)...Dah tidur-tidur. Dah pukul berapa ni. (Kata suamiku sambil merangkulku erat. )

Memang tidak dinafikan mimpi itu mainan tidur. Tetapi jika mimpi NGERI seperti itu sudah pasti akan menyesakkan nafasku. Siapa yang sanggup berkongsi kasih?




Aku sentiasa berdoa agar rumah tangga kami sentiasa aman dan bahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN...

Teringat kata-kata ibu mertuaku:

"Lelaki yang berkahwin lebih dari satu bukannya dikira sebagai JODOH, Tetapi dia berusaha lebih daripada orang lain untuk mendapatkannya"...



Monday, November 23, 2009

makan apa, makan di mana?

Petang itu kami sudah berkira-kira mahu makan apa malam itu. Dalam peti hanya ada dua ekor ikan, satu tupperware udang untuk Zarin (10 ekor), dan tiga tupperware ayam (potong kecil) untuk Zarin. Sayur pun hanya untuk Zarin...

Mama: Nak makan apa malam ni yang?
Papa : Ntah. Nak masak ke?
Mama : Bleh je. Tapi takde banyak lauk la. Semua zarin punya. Kene p kedai la.
Papa : Tak yah la masak. Kita makan luar nak?
Mama : ok gak...(hihihi..sukanya tak yah masak)
Papa : Nak makan ape? nasi ke, western ke, fast food ke?
Mama : ntah. ikut papa la...
Papa : meatball? satay station? ke nak makan roti nan?
Mama : meatball dah jemu la. satay station nak ujan nie..roti nan pun baru makan.
Papa : makan angin sudah la Zarin...(kata papa sambil mendukung Zarin)
Mama : (wat lawak la pulak)...mmm..makan chilis nak?
Papa : Chilis?mmmm... klcc ke, bangsar ke, ou ke mid?
Mama : OU la. klcc dah pegi semalam. lagipun kene Q panjang giler nanti. Malasla.
Papa : OU tak best la chilis dia (servis ye)p mid je la. Kata nak cari baju tuk atuk
Mama : Ok gak tu.
Papa : Siap, Lepas maghrib kita klua.

hehehehehe...itulah perbualan aku dengan cik suami semasa nak putuskan makan apa, makan di mana malam itu.

Selepas solat maghrib, kami pun keluar ke mid. Traffic pula lancar. Dan paling best senang dapat parking kali nie. Sebelum ni kalau pegi mid memang berpusing-pusing la cari parking. Sebab tu kami jarang sangat ke mid.

Sampai je, kami terus ke jusco cari baju untuk atuk aku. Selepas itu baru la kami menjamu selera. Inilah hidangan yang kami pesan untuk makan malam.



Flame grilled ribeye ---> papa punya




triple play ---> mama punya



macaroni cheese ---> zarin punya



tostada chips ---> kami punya



sedapnya zarin dan papa makan!

Yang tak bestnya, semasa menjamu selera, suamiku terpaksa meriba Zarin sebab high chair not available...huhuhuhuhu...dah hujung-hujung sudu makanan tinggal baru la dapat high chair nie. Budak-budak ramai la pulok! adessss..sian papa..bukan mama tak nak tolong. Tapi Zarin tak nak duk atas riba mama yang tak empuk ini...huahuahua...


brocoli stim - fevret Zarin!

Apepun kredit untuk papa sebab belanja mama dan Zarin makan. TQ so much..muaach..muaach.. Papa kata kira belanja sempena 2nd anniversary boleh? ...oh...NO..NO..NO..Papa masih berhutang candle light dinner ngan mama k?



*pssst : mmm...Tapi romantic ape? Lampu pun malap je..muzik pun ade...kalau candle light tak boleh bawak Zarin...Nanti mama fikirkan kembali sama ada boleh ke tidak... errrrrmmmmmm..
tak pun candle light kat balkoni je la...abis cite...


Aktiviti Mandi Kolam

Sudah lama aktiviti mandi kolam zarin ditunda gara-gara cuaca yang tidak menentu. Jadi Zarin hanya main air dalam toilet je la...huhuhu..sian Zarin.


seronok mandi buih


seronok juga mandi kat rumah, boleh main bola

Kalau kat rumah, papa yang selalu temankan zarin main air dan mandikan Zarin. Mama letih nak nunggu lama-lama. Lepas tu nak kemas segala bagai lagi memang tak kuasa la mama. ahahahahaha...

Tengahari semalam aku terpaksa menjadi mrs. muscle (cucikan bilik air) sebab suamiku sudah kemaskan rumah, lipat baju, basuh pinggan dan sebagainya. Selepas hampir sejam di bilik air (cuci+mandi), aku berasa hairan kerana keadaan rumah yang sunyi sepi. Biasa terdengar juga bunyi suara Zarin bermain-main dengan papa,tak pun bunyi TV, Radio...mmm..hairan-hairan. Kerana tak puas hati, aku terus mencari mereka di setiap bilik, tetapi tidak ada. Lantas aku terus menghubungi suamiku..

Mama : Helo. Bawak Zarin p mana?
Papa : Helo, ada kat bawah ni, bawak Zarin jalan-jalan.
Mama : oooo...patut la sunyi sepi je. Nape tak cakap?
Papa : Tak dan, Zarin dah pegang kasut dah. tu yang terus turun tu. Nie Zarin dah melompat-lompat ni nak mandi swimming pool. Seronok tengok air.
Mama : yeke? mandi je la...
Papa : Nanti mama turun bawak towel, floaties, seluar mandi Zarin skali.
Mama : Ok...
Papa : Kunci kereta gak, nak amik residents card. Kang tak leh mandi lak nanti.
Mama : mmmm...

Tak lama selepas itu aku pun ke swimming pool.


Zarin tak reti berenang lagi, kena papa pegang

Seronok melihat papa dan Zarin mandi kolam. Walaupun airnya sejuk, tetapi Zarin cuma ketawa. Sekali sekala dia menangis sebab takut kalau papa terapungkan badannya. hehehehehe...Zarin..Zarin... Pakai arm band tak nak pulak, nangis lagi!!!!


suka sungguh dapat mandi kolam

Seperti biasa aku hanya menjadi pemerhati dan juru kamera tak bertauliah...ahahahaha...setelah hampir sejam berendam di kolam, kami pun pulang. Zarin pula selepas siap berbaju, terus nak susu dan tidurrrr..

Sedar tak sedar dah pukul 5.00 petang...Uwaaaaaaaaaaaaa!!!!!Tidur punya pasal, dah terlepas kenduri ofismate mama..Dah lama nak makan nasi kenduri.... sob..sob..sob...
tunggu 13 disember ni je la, kawan papa kahwin...huhuhuhu

Friday, November 20, 2009

Tertinggal Spare Part LAGI, aduiiiiii!!!!!

Tepat jam 9.30 pagi tadi, seperti biasa aku terus ke bilik kecik untuk menjalankan aktiviti rutin (mengepam). Sejurus cooler bag di buka,alangkah terkejutnya aku apabila melihat salah satu spare part untuk pamku tertinggal di rumah...



inilah rupa spare part yang tertinggal itu...huhuhu

Lantas aku terus menelefon suamiku. Malangnya telefon tidak dijawab dan masuk voicemail pula. Aku cuba lagi tetapi gagal. Iskkhhh...Geramnya aku. Time darurat camnila tak angkat fon! Lagi marah sebab suamiku yang kemaskan cooler bag pagi tadi...arrrrrrrggghhh!

Akhirnya aku cuba perah guna tangan. Malangnya, setelah 10 minit aku cuba, hasil yang berjaya dikumpul tidak memberangsangkan. 1 oz sahaja...uwaaaaaaaa!!!!


setelah puas bertungkus lumus..hasilnya....

9.45 pagi, aku call mamaimanwafiy untuk meminjam 'benda alah' tu. Alhamdulilah, mamaimanwafiy tidak keberatan untuk meminjamkannya. Sebaik sahaja aku meletakkan gagang telefon, suamiku pula menelefon.

Aku : Hello, duk kat mana? tak abis lagi miting? Banyak kali call tak angkat. (Soalan yang keluar macam bertih goreng, bukan banyak kali pun aku call 2 kali je...hikhik)
Suamiku: Kat umah. Baru abis miting, telefon pulak tetinggal. Ni balik ambil la ni...Pasai pa?
Aku: Handle breastpam tetinggal. Nape tak buh tadi?
Suami: ooo, tu je ke? mmm..lupa
Aku: Boleh hantar, bengkak dah ni?
Suami: Boleh.
Aku: Cepat ke lambat?
Suami: Nak kua dah ni, dalam 10 minit sampai la..
Aku : Ok tanx...hihihi (sayang papa)

Sebaik menamatkan talian, aku terus telefon mamaimanwafiy menyatakan yang aku tidak jadi untuk meminjamnya. Risau juga nanti dia akan tertunggu-tunggu kehadiranku di tingkat 11...Apepun terima kasih banyak2..

10 minit kemudian suami sampai sambil senyum-senyum...ehehehehehe...trima kasih..

Tanpa membuang masa aku terus menjalankan aktiviti. Sepuluh minit kemudian dapat la 5oz. Alhamdulilah.


menggunakan pam...hasilnya...


Kesimpulannya, aku memang tidak begitu cekap memerah menggunakan tangan. Mungkin susuku ini telah serasi dengan pamku itu...lihatlah perbezaan hasilnya...



perbezaan hasil antara mengepam dan memerah

Apepun, sebagai ingatan di lain hari, rajin-rajinlah mengemas sendiri cooler bag anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku...hihihihi.. (kalau kemas sendiri pun tertinggal gak)..kuang..kuang...kuang... sape nak jawab tu????

Thursday, November 19, 2009

mashed potato@kentang putar

Memang susah untuk mempelbagaikan menu untuk si manja tersayang. Lebih-lebih lagi apabila usianya semakin meningkat. Mashed potato/kentang putar/kentang lenyek merupakan makanan yang disukai zarin sejak berusia 6 bulan sehingga sekarang. Berikut merupakan cara-cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan
1. 1-2 biji kentang.(bergantung kepada saiz kentang, kalau besar sebiji, kalau kecil 2 biji)
2. sedikit mentega@olive oil@madu
3. Air.

Cara penyediaan.
1. Cuci kentang sehingga bersih dan kupas kulitnya. Selepas dikupas, cuci sekali lagi.
2. Potong nipis-nipis atau dadukan supaya cepat empuk.
3. Kemudian rebus kentang bersama air sehingga empuk.
4. Apabila kentang telah empuk,toskan. (Air rebusan kentang jangan dibuang)
5. Setelah kentang suam-suam, Blendkan bersama-sama sedikit mentega@olive oil@madu (pilih salah satu) dan campurkan air rebusan mengikut kepekatan yang diinginkan.

SIAPPPPP! dan sedia untuk dihidangkan kepada si manja tersayang!



Kentang yang telah empuk diblend


Siap untuk dinikmati oleh si manja.

*Note : Madu hanya dicampurkan apabila zarin telah berusia setahun. Rasanya yang manis menyebabkan mashed potato terasa seperti keledek. Mentega dan olive oil pula dicampurkan ketika zarin berusia 8 bulan. Ketika 6 bulan, hanya kentang dan air sahaja.



comot-comot Zarin makan


sehingga menjilat sudu...nyummmy!

Cepat dan mudah untuk menyediakan makanan untuk Zarin. Selain menjimatkan, ia juga berkhasiat! nyummm..nyummmm...

Monday, November 16, 2009

Hepi 2nd Anniversary!

Alhamdulilah...

Hari ini genaplah usia perkahwinan kami iaitu dua tahun...Terasa begitu cepat masa berlalu.

Inginku imbas kembali saat-saat indah sebelum dah selepas diijabkabulkan dua tahun yang lalu...


Aku sedang di make-up oleh
kamarul butik kasih


Aku terima nikahnya Suhaida binti Azmi dengan mas kahwin Rm.... Tunai.


Menyarungkan cincin di jari


mengucup tangan suami tercinta

Sempena ulang tahun yang kedua ini, tiada apa yang kuharapkan selain dari

Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,sebuah keluarga yang bahagia, dan perasaan cinta dan sayang yang sentiasa mekar dalam menempuh hari-hari yang mendatang...


Untuk suamiku tercinta..
I LOVE U SO MUCH


semoga cinta kita terus mekar, segar dan mewangi seperti bunga ros ini...cewahhhh!!

HAPPY 2nd ANNIVERSARY!!!!

FROM THIS MOMENT - Shania Twain (Lagu fevretku - 16 November 2007)
From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I’d give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can’t wait to live my life with you, can’t wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment on

You’re the reason I believe in love
And you’re the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

Lake Garden - Dinosaur Park

Seperti dijajnjikan, pagi ahad kami pergi lagi ke Lake Garden. kali ini ke Dinosaur Park pula...Cantik dan banyak sungguh mainan kat situ...Mama teruja+suka!Kalaulah masa mama kecik-kecik dulu ade mainan camnie...sure mama berkampung kat situ je...wahahahaha


cantikkan? mama pun teruja nak main

Semasa kami sampai, pengunjung tidaklah begitu ramai. Tetapi sangat seronok apabila melihat ada yang beryoga, belajar silat, jogging dan berkelah bersama keluarga.


weeeehoooouuuuuu

Zarin pun seronok bermain. Lihat sajalah aksi-aksinya itu. Antara Permainan yang disukainya ialah gelongsor. Mama pula yang gerun...hihihi


best leh jalan-jalan



nak nangis ke gelak nie?

Aku hanya menjadi pemerhati pada hari itu. Mood kurang baik! Mungkin sebab lapar kot. Akhirnya setelah Zarin penat dan mula merengek lapar, kami pun menjamu selera di sebuah kedai kopi yang berhampiran. Bau Laksa Utara yang sedap seakan-akan memanggil aku untuk terus menikmatinya. Begitu juga dengan bihun supnya...wow!!!!Sangat sedap!!! Berbaloi-baloi!!!Memandangkan ke Lake Garden merupakan aktiviti rutin yang akan dilakukan nanti, jadi setiap minggu pasti aku akan makan laksa utara ini...Yeaaaa! Terasa seperti berada di kampung sahaja...laksa..laksa...


tarik telinga dia..hikhikhik

Sebelum balik, kami biarkan Zarin naik kucing nie..sangat comel...Nanti kita datang lagi yea sayang....

Dan sebelah petangnya, kami bercadang untuk membawa Zarin ke Jusco. Tetapi hujan yang lebat memaksa kami untuk terus duduk di rumah. Lagi pula, selimut dan katil memanggil-manggil mama dan Zarin untuk terus beradu.

Sebelum kami tidur, papa sibuk mencari resepi spageti olio seafood di internet. Nak masak spageti katanya. mmmm..Masaklah papa...Mama dan Zarin nak beradu. hikhikhik...Dan inilah hasil tangan papa pada hari itu...yummyy...


spageti resepi papa...so yummy

Sungguh seronok menghabiskan hari minggu bersama keluarga di rumah. lebih-lebih lagi kalau ada orang yang masak! tanx papa...muaaaach!

Lake Garden

Pada pagi hujung minggu yang lalu, kami telah membawa Zarin ke taman permainan di Lake Garden. Semenjak Zarin 'mendapat kaki',suamiku memang rajin membawa Zarin ke taman permainan. Selalunya Zarin hanya bermain di taman permainan di kawasan condo kami. Tetapi pagi itu, suamiku mengajak kami ke Lake Garden. Selain dapat menghirup udara segar, Zarin juga pasti seronok dapat bermain di taman permainan yang lebih besar, dan yang pasti suamiku dapat berjogging.


bebaskan saya...tolong! tolong!


1..2...3...4...

Setelah siap menyediakan mashed potato untuk Zarin, kami pun bertolak ke Lake Garden. Ke mana kami pergi 'bekalan makanan' untuk Zarin tidak pernah aku lupakan. hikhihik...Kami sampai di sana lebih kurang pukul 8.30 pagi. Berpusing-pusing juga kami mencari parking kerana memang ramai pengunjung ke situ. Lebih-lebih lagi ada yang menganjurkan 'family day'...


Gelungsur camni boleh?


alamak! camne nak turun nie?

Kami pula membiarkan Zarin mencuba dan meneroka pelbagai permainan. Risau juga kerana ramai sangat budak-budak yang berlari ke sana ke mari. Oleh sebab itu, kawalan yang ketat mesti diberikan kepada Zarin.


tak best pun benda ni...layan je la



nape tergantung nie? gayat la...huhuhu

Selepas hampir 1 jam berada di sana, kami pun pulang. Sebelum pulang, kami menikmati sarapan 'nasi lemak tang ling' yang sangat popular itu. Secara peribadi, nasi lemak itu tidaklah sesedap mana. Mungkin tidak menepati seleraku yang agak cerewet ini. Suamiku pula seperti biasa menikmati roti stim kegemarannya...mmm..aku pula, tidak 'tertelan' roti stim itu, setelah aku mendapat emel yang entah apa-apa berkenaan roti stim itu...hua..hua..huaaa...

video

Secara amnya, memang seronok berkunjung ke situ. Dan suamiku pula berjanji akan membawa Zarin ke situ lagi. Tetapi di tempat permainan yang lain pula...yeaaaaaa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...