Tuesday, December 29, 2009

Gerek@basikal

Sudah lama kami berfikir untuk membeli sebuah basikal@gerek (seperti yang selalu disebut oleh papa Zarin) untuk Zarin. Sebelum ini, jika Zarin ke rumah sepupunya, (Kak Hawa+kak Hani) pasti Zarin akan bermain dengan basikal mereka. Oleh sebab itu, mama dan papa akhirnya membeli sebuah basikal untuk Zarin.

Seperti sedia maklum seperti mainan-mainan sebelum ini, Zarin bukanlah berminat sangat dengan basikal ini. Mula-mula memang excited, selepas itu, tersadai di tepi almari, sama seperti mainan-mainan yang lain.

Seingat aku, hampir seminggu membeli basikal ini, baru 3-4 kali Zarin naik. Tu pun sebab aku yang beria-ria meletakkannya. ahahahahahaha..Kalau tak jangan harapla dia nak naik. Pergi dekat pun tak nak, nak naik lagilah susah.adoiii....Zarin, Zarin...



Jom mama, Zarin bawak jalan-jalan



Sama-sama tersadai...uhuk..uhuk..


Nasib baikla basikal ni tak mahal sangat. Kalau tidak rugi juga. Mula-mula aku bercadang ingin membeli kereta atau pun motosikal yang ada remote dan bateri, tetapi ditegah oleh suamiku kerana dia sudah dapat menjangka yang Zarin bukan nak main sangat. Tunggu Zarin besar sikit katanya...hihihihih...Betul juga. Nanti dah besar mesti nak basikal BMX seperti zaman kanak-kanakku dulu...ehehehehehe...

Mungkin lepas ni, aku akan mengehadkan mainan untuk Zarin. Tunggu dia besar sikit baru beli. Beli leapster pun ok juga..ehehehehehehe...

Monday, December 28, 2009

Si kembar tak seiras!

Haaaa...entri ini bukan cerita pasal baby kembar ke ape.
eheheheheh...sebelum cerita nak gelak dulu.

Hari khamis lepas aku agak bz dan sedikit tensen. Yela keje tengah banyak. Arahan camtu camnie bikin aku sakit kepala, sakit hati sakit segala-galanya!Sekejap camtu sekejap camnie...adusss payah sungguh! Bertambah tensen bila memikirkan susu untuk Zarin semakin berkurang. Arggghhhh! Tapi bukan aku nak cerita pasal susu yea...

Ceritanya begini:

Tepat jam 5.00 petang, cepat-cepat PC di shutdownkan. Aku bergegas ke bilik fail mengambil beg kecilku, bekalan untuk Zarin yang pastinya tidak kulupa. Semasa menunggu lif, aku berborak-borak dengan seorang pelajar yang sedang menjalankan praktikal di bahagian kami. Hampir 5 minit, pintu lif terbuka. Di dalamnya terdapat beberapa lagi staf lain dan kami segera masuk, bimbang tersepit kerana cepat benar pintunya tertutup!

Ketika sedang menunggu suamiku di lobi, beberapa orang rakan sekerja memandangku sambil tersenyum. Memang sudah menjadi kelaziman, senyum...senyum...dan senyum lagi.

Dalam perjalanan pulang ke rumah,seperti biasa kami berbual rancak. Jalan pula jam, kerana ramai yang akan pulang ke kampung agaknya. Sebaik sampai di hadapan istana negara tiba-tiba:

Aku: Papa!!!!!!
Suami : Awat????
Aku: Tengok ni! (kataku sambil menunjukkan tangan ke kakiku dan mengangkat sedikit kain yang menutup kakiku)
Suami : Pasal pe? sambil menjenguk! (Masa ni kereta tengah stuck, jalan jam)
Aku: Tengoklah ni...tak perasan langsung!
Suami : isk..isk..isk...huduhnya perangai mama Zarin nie!
Aku: (Terasa muka panas, memang sah-sah muka ku merah time nie)...Malunya....huhuhuu...patutla ramai yang duk senyum kat saya tadi...
Suami: (Sambil tergelak). Pakai camni dari tingkat 22 tadi???
Aku: Yela....malu...malu....memang tak perasan lansung!


Inilah si kembar tak seiras yang aku pakai petang itu!

Yea...memang aku tak perasan langsung pakai selipar lain-lain. Mungkin stripesnya sama, tingginya sama, dan materialnya kayu (terompah@wedges) menyebabkan aku langsung tak perasan! Yang nyata langkahku sungguh selesa sekali!.... ahahahahaha... memang sengal+ngok ngek sungguh! Hari ini dalam sejarah la kiranya! ahahahahahaha....

Memang pecah perut kami ketawa. Malu sungguh tadi. Entah apa yang difikirkan oleh rakan sepejabatku. Biarlah, malas nak fikir! Yang nyata memang malu semalu-malunya!

Nasib baikla dalam kereta ada sepasang high heel yang boleh aku pakai untuk mengambil Zarin di nursery serta membeli ikan dan sayur di kedai runcit!

adoiii...ida...ida...!!!!!!poning-poning eh kepalo den...kepalo den!!!!


Thursday, December 24, 2009

Kejohanan Badminton Antara Jabatan

Alhamdulilah, akhirnya selesai sudah Kejohanan Badminton Antara Jabatan yang diadakan pada 18-23 Disember 2009.

Aku juga tidak terkecuali menjadi salah seorang atlet (boleh ke dipanggil atlet...hikhik) yang mewakili jabatanku dalam bergu wanita. Walaupun kebanyakan kami kalah (sob...sob..sob) dan ada juga yang menang tanpa bertanding, tetapi aku cukup berpuas hati. Memandangkan lawanku bukan calang-calang, kebanyakkan player dewan, dan aku pula untuk digelar jaguh kampung pun tidak layak...arghhhhh!!!!

Sejujurnya aku memang tidak mahu bermain. Memandang tiada wakil dari jabatan kami dan aku adalah antara wanita muda dan masih slim-melim, nak tak nak terpaksa juga. Huahuahua...slim ke aku?????

Memang aku tidak nafikan yang konsentrasi ku agak terganggu apabila sedang leka bermain tiba-tiba terdengar suara halus dari belakangku "MA..MA..MAMA...MA..MA"... Adesss.Rupa-rupanya suamiku sedang melihat aksiku bermain badminton begitu juga si kecik Zarin...Malu beb! ahahahahaha..Kalah pula tu....





Apepun kalah atau menang adat pertandingan. Bagiku, anggaplah kejohanan badminton kali ini satu exercise. Insya Allah di lain masa, kami akan berikan cabaran yang sengit untuk jabatan lain! Just wait n see...syhhhhhhhhh!!!!

kelam kelibut

10 Disember yang lalu merupakan hari yang agak kelam kelibut buatku. Ye la 11hb tu aku ada interview. Persediaan pula dalam 50% je...hehehehe...Sedang asyik aku wat keje tiba-tiba:


Kak Zie : Da, camne prepare? Dah abis baca?
Aku : Baca tu baca la. Tapi tatau la Kak Zie. Tawakkal je la...
Kak Zie : Kalau ada rezki insyaAllah. Haaa..Jangan lupa pakai sarung kaki esok. Etika tu.
Aku : (Haaaa???sarung kaki???Mana aku pernah pakai)...Kene ke Kak Zie? Kene p beli nie..
Kak Zie : kene Da. Kasut pun tutup smua.
Aku : Kasut dah ada.Banyak nie (Sambil membuka kotak-kotak kasut bawah meja ni) Alamak Kak Zie? Longgarlah kasut nie...
Kak Zie : Ko bia betul. Kang tercicir lak kang... (katanya sambil ketawa)
Aku : (Try kasut lain pula) Yang ni flat sangat la pulak Kak Zie. yang ni terbuka kat depan...Adesss..kene beli baru nie.Nie beli lepas besalin dulu nie.
Kak Zie : Yang tu over expose sgt tu Da...tak sesuai. Ko ni banyak sangat kasut seksi-seksi, bukak sana sini...Sempat lagi nak beli nie...
Aku: Sempat-sempat...Shopping time!

Selepas menikmati makan tengahari (kari kepala ikan), aku dan suamiku berdesup ke Mid Valley. Tujuannya untuk mencari kasut tutup+sarung kaki dan warna gelap. Tak kisah la dark blue ke, dark brown ke, hitam ke....

Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Ada yang berkenan tapi takde size. Kaki aku nie size 8/9.Kaki besar+kembang, memang payahla nak cari kasut. Aku bekenan cik suami pula tak berkenan. Adess letih.Rasa cam nak give up pun ada.

Akhirnya kami pun terjumpa Si Blay ni dan bekenan. Walaupun agak tinggi tapi menurut suamiku sesuaila denganku yang tak tinggi sangat ni...huhuhu...


Si Blay yang berjaya mencuri hati kami

Tak lengkap rasanya kalau ke Mid tidak menikmati Durian Pancake ini. Harganya RM10 sepeket(6 biji). Ada beberapa perisa lagi seperti mango dan cempedak.


Pancake durian


dalamnya : isi durian asli+krim=nyummy!

Rasanya sangat sedap! Setakat ini kami hanya menyedari kehadiran pancake durian ini di Mid. Tempat lain tidak pasti pula. Jika anda ke Mid, jangan lupa untuk menikmatinya. Dijamin berbaloi-baloi! ahakssss...

Sedar tak sedar jam telah menunjukkan kul 3 PM...Ape lagi, kelam kelibutla kami ke tempat parking...huhuhuhuhuhu...

Seperti kata suamiku: "Ni la wat keje last minit.Awal-awal tak nak cari."

uhuk..uhuk...sori sayang!

Apepun dapat juga kasut dan sarung kaki. Walupun kasut yang aku betul-betul berkenan tak dapat. (takde size).Okeylah dari takde langsung!wahahahahaha!

Wednesday, December 23, 2009

B.U.S.Y ....busybody????

Salam..
Dah lama tak update blog...
memang BUSY sangat-sangat 1-2 minggu nie...
keje menimbun-nimbum....
Macam-macam hal...


Camnilah situasi aku kat ofis sekarang!

Ingatkan dah akhir tahun boleh la rileks-rileks sikit,
KPI tercapai...
SKT pun bagus...
harap-harap ok la...adesssss


Dan kat rumah pula camni!

Nasib baiklah kat rumah cik suami ku banyak membantu...

tanx sayang! luv u so much!


isk...jangan gossip-gossip...


Apepun aku bersyukur bukan jadi BUSYBODY..
Bukan ape, tak pasal-pasal dapat dosa kering....

hehehehehe...KERJA ITU IBADAH!

Note: Gamba ehsan pakcik google..TQ!



Thursday, December 17, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Tahniah Kak Julia dan pasangan, Abang Iskandar.
Selamat pengantin baru!
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.







P/s: Kepada kak Julia, Semoga menjadi isteri yang solehah, dan cepat-cepat dapat baby yea! hihihihi...Si kecik Zarin nak kawan nie...

Wednesday, December 9, 2009

Teruja!

Wow!!!

Sungguh teruja apabila melihat hasil kreatif zaza semasa photoshoot Zarin dahulu. Sebagai pengenalan, jom layan gambar Zarin yang cute ini...ehehehehe







Gambar akan di update dari semasa ke semasa.

TQ so much Zaza

***Note: Untuk gambar seterusnya, sila berkunjung ke blog Zaza

Macam-macam Zarin

Hari minggu yang lalu penat juga apabila ber'vacum' sambil ber'ringsling' dengan Zarin. Kenapa ber'ringsling?'..ehehehehe..

Ini kerana Zarin ingin membantu mama untuk mengemas rumah. Apabila Mama pegang je batang vacum tu, dia mula la sibuk duk bawah, tarik-tarik...last-last langsung tak boleh vacum. Akhirnya mama terpaksa menggunakan ringsling. Jadi Zarin pun dapat pegang dan tolong mama sama-sama vacum.

Menggunakan ringsling ketika zarin berusia setahun lebih, ditambah dengan berat 11kg membuatkan mama hampir pengsan. Memang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila Zarin duduk tak diam. Hampir patah tulang bahu mama...huhuhu...

Semalam pula, selepas siap vacum, Zarin sibuk meng'explore' vacum cleaner ini. Dan inilah hasilnya:


berjaya menunggang vacum cleaner

Biasa vacum ini akan terus disimpan setelah selesai digunakan. Memandangkan semalam mama agak kelam kabut, jadi vacum ini, tersadai di tepi dinding...huhuhu...dan Zarin pula tidak melepaskan peluang keemasan itu.



duduk di sisi pun ok



Ni belalai cam gajah dalam pocoyo



naik lagi, 'mainan' ini

Kebiasaanya penyapu, penyodok, tong sampah dan etc yang menjadi mangsa mainan Zarin. Tetapi sejak demam ni Zarin suka pula bermain dengan vacum cleaner nie. Sebelum ini, jika bunyi je vacum terus menangis dan minta didukung.

Adesss... Macam-macam betulla Zarin ni...ehehehehe....

Dan semalam ada lagi "hobi+mainan" terbaru Zarin..ape dia??? Nanti akan diceritakan apabila berjaya mengsnap gambarnya...hihihihih


Monday, December 7, 2009

Si Kuning Tonka

Sehari sebelum raya haji, aku dan Kak Fida merempit ke Sogo. Yela, semua orang boleh dikatakan CUTI. Dan paling best bos pun cuti. Apalagi kami pun terus la mengambil kesempatan...eheheheh...

Sebenarnya aku hanya ingin cuci mata dan menemani Kak Fida yang ingin mencari baju raya untuk anak-anaknya. Pusing-punya pusing tiada apepun yang berkenan di hati. Baju budak lagilah tak berkenan. Last-last si kuning Tonka ini yang berjaya mencuri hatiku.


Tonka, fevret mama

Ahahahaha...kalau nak tahu memang dah lama aku jatuh cinta kat Si Tonka nie. So hari tu, entah kenapa aku buang tabiat dengan membeli si Tonka ketika orang lain sibuk memilih dan membeli baju raya untuk anak-anak mereka.

Mungkin aku jatuh cinta pada Tonka ni disebabkan ketika aku kecik-kecik dulu, kami selalu bermain dengan mainan ala-ala Tonka yang boleh mengangkut barang, dan kaler pun kuning. Kira nostalgia la tu. Ala, yang boleh korek-korek tanah tu, entah apa orang panggil ek. Jentolak ke? Kren?



mama nak amik gamba posing dulu, baru sambung main

Mula-mula beli tu, Zarin main la jugak. Tapi lepas tu dah tak main dah. Yang dia suka main penyapu, mop, tong sampah dan penyodok. Adoiii, Zarin...pelik-pelik yang nak dimainnya.


demam-demam pun aktif duk main

Dan semalam, apabila demamnya mula kebah, Zarin mula bermain balik dengan Si Tonka nie. Kalau tak dia lebih suka bermain dengan kereta kecil FP yang kaler biru kuning tu. Mungkin juga disebabkan Si Tonka ini untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Tetapi mamandangkan mama yang terlebih 'suka', jadi nak tak nak mesti kene beli juga.


letih main terus baring

Dan yang paling best, awal-awal lagi aku telah memberitahu suamiku yang aku akan jadikan Si Tonka ini koleksi kesayanganku dan Zarin. Tak kisahla sama ada Zarin nak main ke tidak, yang pasti Tonka ini dah termasuk dalam list barang yang wajib dibeli..ehehehehe...

Itulah akibatnya jika mama terlebih suka+terjatuh cinta...

Friday, December 4, 2009

Heinz pasta creamy

Sejak Zarin berusia setahun, pelbagai resepi telah ku cuba. Dan hari ini aku ingin berkongsi resepi yang menjadi kegemaran Zarin iaitu Heinz Pasta Creamy.


Inilah rupa pasta ABC tersebut. Tersangat cute...

Bahan-Bahan
1. 2 genggam pasta Heinz direbus, apabila sudah masak toskan.
2. 1/4 Bawang besar kuning dicincang dadu
3. 1 sudu daging kisar (Ramly)
4. 2 sudu mushroom soup (campbell)
5. 2-3 Oz susu segar
6. Sedikit olive oil
7. Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan olive oil di dalam kuali
2. Kemudian masukkan bawang besar kuning yang dicincang tadi dan tumis sehingga naik bau atau kekuningan.
3. Selepas itu, masukkan daging cincang dan kacau sehingga masak.
4. Apabila telah masak, masukkan susu segar dan kacau sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan mushroom soup dan kacau sebati (Mushroom soup digunakan untuk memekatkan kuah)
6. Apabila telah mendidih, masukkan secubit garam.
7. Akhir sekali, masukkan heinz pasta yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati.
8. Siap untuk dihidangkan.

**note : sayur campur juga boleh dimasukkan ke dalam menu ini jika anak anda menyukainya.


Siap untuk dihidangkan

Resepi ini sangat mudah untuk dimasak dan paling penting menjimatkan masa.


aksi zarin ketika menikmati heinz pasta creamy (makan pasta dengan tangan - melayu tulen Zarin nie)

*psstt : mama dan papa selalu habiskan pasta zarin...hihihi...sangat sedap... nyum..nyum...

Resepi ini diambil daripada Cik Ina (Nurul Aina Borhan) -Tq - kemudian diolah untuk kesesuaian Zarin..hikhik

Thursday, December 3, 2009

i'm addicted to...

Jangan salah sangka ye...Aku bukannya addicted pada benda-benda yang tak elok..

Actually i'm addicted to...CORELLE....yup...Europeans Herbs... hehehehehehehe...



Inilah pinggan kesayanganku...

Sejak di universiti lagi aku memang suka+minat sangat dengan pinggan corelle ni. Ingat lagi masa aku 1st year, ummiku berikan aku sebiji pinggan corelle snowflake ni, untuk aku gunakan sepanjang berada di universiti. Kemudian, tamat universiti, kerja, aku usung pinggan ini ke rumah sewa. Dah kahwin+ada anak ni, pinggan ini tetap menghiasi rak pingganku...



Semasa hari perkahwinanku, Makcik Zarina (sebelah suami) menghadiahkan aku set Corelle ini....Waaaaaa...Inilah antara hadiah kahwin yang sangat aku suka! Seperti kata suamiku sebaik membuka hadiah kami, macam tau-tau je makcik nie...Thank you so much.



Selepas kahwin, aku mula membeli set kaserol ini. Senang untuk memasak dan paling best kalau masak bubur zarin, cepat je masak. Tetapi aku jarang guna yang size 3L dan 5L. kalau orang datang baru guna sebab time ni lah masak banyak.



Baru-baru ini aku membeli lagi set yang 16 pcs nie. Antara sebab aku minat tahap gaban kat pinggan mangkuk ini kerana:
1. kacanya nipis

2. Ringan
3. Designnya yang moden.
3. Selesa + puas hati apabila makan menggunakannya...ahahaha

Pernah juga nak beli vantage yang english style itu. Tapi bila diajukan kepada suamiku seperti biasa jawapannya :

"Nampak cam outdated la corak dia."
"Mak-mak kita ok kot guna"
"Kalau dah pencen kita beli pinggan ni"


(Adoii..kami ni sentiasa muda dan perasan muda)...ngeh-ngeh-ngeh..

Dan sekarang aku berkira-kira nak tambahkan lagi koleksi pinggan mangkuk ku ini. Tetapi seperti kata suamiku:

"Nak beli lagi ke? Dah-dah la tu yang."
"Nak guna bila? Gunalah yang dah ada ni dulu."


ehehehehehe...malu la puloks bila diperli begitu...

Apapepun aku dah terjatuh cinta untuk membeli yang size kecil comel, seperti mangkuk sup, sambal belacan, budu, sos dan sebagainya. Jangan marah yea yang...Dah hobi sejak azali...kihkihkih....dah tengok kat Parkson OU aritu...best-best...

**NOTE:Gamba di atas ehsan dari pakcik google. TQ so much...


Tanjung Puteri...nyummm..nyumm

Selepas solat maghrib, kami ke Hentian Duta untuk membeli tiket bas untuk abang sepupuku yang akan pulang ke Kuala Perlis Sabtu ini. Selepas itu, kami terus ke gerai Tanjung Puteri yang terletak di Jalan Sri Hartamas 2. Menurut suamiku, Laksa Johor di gerai itu sangat popular dan sedap berdasarkan testimonial orang ramai.



Ketika sampai, suasana gerai agak lengang. Mungkin baru pukul 8.00 malam. Aku terus meninjau makanan yang disediakan. Mataku melilau mencari Laksa Johor yang dikatakan suamiku itu.

Hidangan yang disediakan terbahagi kepada dua iaitu buffet dan ala carte. Menu yang disediakan tidaklah banyak. Ada nasi putih, nasi lemak, laksa johor, cucur udang dan kuih seri muka. Manakala ala carte pula ada soto ayam, porridge, nasi goreng Saloma, dan beberapa lagi menu yang rata-ratanya mengunakan nama artis 50-an dan 60-an.


Antara frame yang menghiasi Tanjung Puteri

Apa yang menariknya tentang Tanjung Puteri ialah dekorasi dan hiasannya, selain makanannya yang sedap. Padaku sangatlah klasik. Berdasarkan frame-frame gambar-gambar artis yang digantung berderet, cahaya dari pelita yang malap, dan juga lagu era 50-an dan 60-an yang dimainkan membuatkan kami terasa seperti berada di zaman tersebut. Tak silapku, kebanyakan lagu yang dimainkan dipetik dari filem-filem P. Ramlee dan juga filem-filem klasik lain.



Zarin yang mendengar lagu-lagu tersebut turut menggoyangkan kepala mengikut alunan muzik yang padaku sangat mendamaikan halwa telinga sesiapa yang mendengarnya.


Inilah rupa Laksa Johor yang telah dikerjakan olehku...hihihih

Di sana, kami telah menikmati :
1. Laksa Johor - mama punya
2. Nasi putih + asam pedas ikan + sayur - papa punya
3. Sepiring keropok ikan - Zarin punya
4. 2 potong kuih seri muka, dan - papa punya
5. 2 gelas air barli suam - papa dan mama punya
Total : RM13.60

Padaku harganya sangat berbaloi dan boleh dikira sebagai MURAH. Dan InsyaAllah kami akan ke sana lagi untuk mencuba makanan lain seperti murtabak johor, nasi goreng saloma dan juga soto ayam (makanan kegemaranku).

Tuesday, December 1, 2009

Telefon oh telefon

Selepas makan tengahari tadi, kami pun singgah di kedai telefon untuk mencuci mata. Tiba-tiba aku teringat kepada semua telefon yang mula-mula digunakan dulu sehingga sekarang.



Nokia 3310 ini merupakan telefon pertama yang aku gunakan. Telefon ini dibelikan oleh kakakku sebagai hadiah ketika aku mendapat result STPM. Telefon ini sangat hebat kerana kita dapat tukar-tukar housing dan kaler fevretku ialah putih, paling best dapat compose lagu. Hehehe, dulu aku gunakan ringtones all rise dan juga freestyler. ahahahaahha...



Kemudian ketika aku di tahun 2 universiti, kakakku tukarkan lagi telefonku. Daripada nokia 3310 ke nokia 8250 atau lebih dikenali sebagai butterfly. Telefon ini agak kecil dan paling best dapat masuk poket jeansku. Fungsinya pun hampir sama dengan 3310. Dan ringtones pula pelbagai. Dan fevretku tetap juga freestyler..kuikuikui...dan housing fevret semestinya hitam. hitam itu menawan...



Kemudian kakakku menghadiahkan telefon samsung SGH-x640 semasa graduation day. Yahooo!!!sukanya hati.. masa tu telefon ni ada kamera dan GPRS. kalu tak silaplah...Dah ingat-ingat lupa. Hehehehehe...Ringtones pula tak banyak choice. Cuma yang best sebab dapat amik gambar




Selepas telefonku itu rosak, kemudian Teman lelakiku (suamiku kini) membelikan telefon samsung x200 ini kepadaku. Kalau tak silap tahun 2005. Telefon ini takla best sangat. Entah kenapa aku berkenan untuk membelinya. Tapi yang bestnya, telefon ini masih digunakan oleh adik iparku yang kini belajar di UTeM.



Selepas itu, pada tahun 2006,teman lelakiku (suamiku kini) membelikan pula telefon N80 ini. Sebenarnya pada masa itu kami ingin membeli N75, tetapi kerana kehabisan stok, jadi aku pun memilih N80. Lagipula pada masa itu sedang meluas penggunaan 3G. Memandangkan kami hanya berjumpa hujung minggu atau 1-2 kali sebulan, jadi penggunaan 3G memang sangat membantu. ahaks.. cuma yang tak bestnya, telefon ini agak besar gedabak. Lagi satu bateri cepat habis dan selalu hang...arghhhh...tensen-tensen...



Selepas itu, pada tahun 2007, aku terjatuh cinta pada telefon Sony Ericson K810i. Sebenarnya aku hanya berkenan pada keypadnya yang kecil seperti diamond itu. lagipun pada masa itu, telefon ini sedang hangat di pasaran. Aku pun apalagi, tergedik-gediklah nak. Akhirnya tunangku membelikannya tetapi sebagai barang hantaran perkahwinan. Apepun sudah 2 tahun lebih aku menggunakan telefon ini. Walaupun sering dibaling dan digigit oleh Zarin, tetapi masih ok.

Jika direnung kembali, rupa-rupanya aku tidak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli telefon bimbit. ahahahahahah... terukkan??? Tapi dah orang nak kasi, ambil aje la...terima kasih banyak-banyak.

Selepas lunch tadi sempat kami menyinggah di kedai Liew, cuci mata tengok telefon canggih-manggih

Liew : Kak, bila nak tukar telefon?
Aku : Tula, tengah tengok-tengok nie.
Liew : Ha, yang ni baru. Harga RM 2380. Sony punya.
Aku : Mak aii, mahalnya. Kalu blackberry brape?
Liew : Paling murah pun RM 1200-RM1500 boleh dapat kot, nak tengok esok ada.
Aku : iskh..tak payah lah. Nanti akak balik ngorat husband akak dulu.
Liew : ahahahaha...ok..ok...


mmmm...Teringin juga nak tukar telefon baru. Harap-harap ada lagi la orang nak sponsor lepas nie..hikhikhik...


Note : Gambar-gambar adalah ikhlas daripada pakcik google...TQ so much

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...