Wednesday, January 6, 2010

Meet Uncle Rogers

Sudah lama kami tidak bertemu dengan uncle Rogers. Dan semalam suamiku mengajak kami ke sana memandangkan telah lama aku ingin berjumpa uncle rogers lebih-lebih lagi menu dikedainya itu. Seingat aku last kami pergi ketika aku sedang mengandungkan Zarin...huhuhu...lamakan????


papa dan Zarin sebaik tiba di Kenny Rogers

Selepas solat maghrib kami pun ke hartamas shoping centre memandangkan di situlah kenny rogers yang berdekatan. Jalan pula tidak jam dan pengunjung di situ tidak ramai. Best-best...


Antara yang dipesan

Setelah meneliti menu, kami masing-masing memesan quarter meal blackpepper dengan 3 side dishes, 1 muffin. Minuman pula aku mango dan suamiku lemon tea.


Zarin telah menunjukkan aksi hebatnya!

Seperti biasa, Zarin memang suka menunjukkan aksinya ketika kami sedang menikmati hidangan. So memang susah kalau makan di luar sekarang. Jadinya, makan ke mana, minum ke mana. Pendek kata makanan tak sempat habis, atau habis tetapi tak sempat sampai ke perut terus pulang...huhuhu...nasib badan....

Tetapi, walau macam mana perangainya Zarin, papa tetap cool makan sambil melayan Zarin...hehehehehe...



Apepun memang kekenyangan la semalam. Tapi yang tak best, kami ni bukan boleh sangat makan ayam, sakit kepala. Semasa dalam perjalanan, sudah berdenyut-denyut kepala ni...Adoiii... selepas solat isyak dan iron baju terus kami tumbang...sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi...hikhik...

5 comments:

  1. mmm...sama la kita da...memang tak leh makan kat kedai...tak sempat nak menikmati makanan yang dipesan dengan sepenuh hati...nasib badan huhuhu

    ReplyDelete
  2. ye la yana, tu yang kami selalu tapau tu.huhu

    ReplyDelete
  3. ha, ye lah, lama tk mkn uncle rogers, rindu lak..hehhe

    ReplyDelete
  4. tu aksi Zarin nak keluar dr kerusi ke....hihihi...

    ReplyDelete
  5. kak ida : yup betul...memang suka sangat nak keluar kerusi..last2 papa dia riba je...mama tak larat! hehehhe

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...