Tuesday, January 19, 2010

Mesti dan Wajib!

Setiap hari menjalankan rutin yang sama membuatkan aku sedikit bosan. Tetapi nak tak nak terpaksa buat juga walaupun kadang-kadang penyakit 'M' menyerang...fiyewwwww!!!! Dan inilah antara barang-barang yang mesti dan wajib aku gunakan setiap hari/minggu untuk anakanda tercinta....



Sebaik sampai di rumah, setelah menyimpan hasil EBM yang dipam ke dalam, aku terus merendam botol susu, puting dan juga breastpump. Untuk menghilangkan lemak-lemak yang terdapat pada puting dan botol susu itu, aku menggunakan pureen liquid cleanser mint flavor. Harganya juga berpatutan dan inilah produk yang menjadi pilihanku dari dulu hingga sekarang.



Selepas siap dibasuh, maka botol-botol susu+puting+pam hendaklah disteril. Bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa, aku menggunakan Little Bean Sterilizer combo pack yang lengkap dengan warmer untuk memanaskan EBM. Ada juga yang lebih suka menggunakan cara tradisional iaitu rendamkan dalam air panas, tetapi aku yang agak "M" nie memang tak sempatlah nak buat semua tu...hikhikhik alasan...



Untuk mencuci baju Zarin pula aku menggunakan pencuci jenama pureen. Baunya yang wangi dan tidak busuk+masam apabila direndam sehari menyebabkan aku terus kekal menjadi pengguna setianya. Hargapun padaku agak berpatutan. Baju bersih, berbau segar dan harum!!!! Dan paling penting tidak mendatangkan kesan alahan pada kulit Zarin.



Dan ini pula merupakan keperluan WAJIB Zarin. Setiap bulan kami menggunakan 3 atau 31/2 pek bergantung pada keadaan. Walaupun harganya agak costly, tetapi padaku menang membeli, menang memakai (eh, ade ke pepatah nie) ehehehehehe. Niat di hati teringin juga mencuba CD, tetapi memikirkan perlu membasuh insert, niat itu terpaksa dipendamkan dulu, lebih-lebih lagi apabila penyakit 'M' memang dan sebati dengan diriku nampaknya. :P

InsyaAllah, next baby akan ku cuba CD yang cute-cute dan colourful itu.

Mungkin apabila Zarin berumur 18 bulan akan kuajar menggunakan potty training dan ketika berusia 2- 21/2 tahun Zarin sudah bebas pampers! yeaaaa!!!!!suka-suka...

P/s: Zarin jangan jadi macam abang Syafiq, umur 6 tahun pun masih pakai pampers lagi...hikhikhik....tapi pada waktu malam dan jalan jauhla....

7 comments:

  1. waahhh banyak nyer stok pampers zarin...

    k.ida pkai pureen tuu wangi ker?lam kotak tuu serbuk yerkk..yglam botol tuu liquid?tiny pkai tok hayyan kiddie wash cosway...nak test jgak laa pureen tuu..

    yup pkai pureen liqiud cleanser sngat bagus...tp tiny pkai yg oren yekk kalo xsilap...yg mint neh xbape beshh baunye..hehe..tp samer jee..sngat bersih botol2nyer...menan pon tiny pkai neh je...

    ReplyDelete
  2. ahahaha...stok pampers yang diborong time jcard!!!!

    so far ok, wangi la jugak. kotak serbuk, botol liquid. rendam guna serbuk, mesin guna liquid. x pernah try lagi brand lain.

    ooo..oren kak ida tak suka bau dia. lebih suka yang mint. aritu tgk anakku. tapi perisa epal la puloks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabun kain baby tu ada tak jual d mna² kedai..sprt kdai 99..mcm nak tray la..

      Delete
  3. so far kalo wat rendam bersih x?bab tiny hayyan bju da cam kain mop..hahah...ari2 mop umh pon mesti bju dier yg tukang bilas mop..tiny kalo rendam pkai clorox jee yg aner bju putih..

    ReplyDelete
  4. pakai clorox??? bia betul tiny. Tak alergic ke hayyan? so far ok je guna, sebab zarin jarang mengemop lantai...hahahahaha...try la dulu...

    ReplyDelete
  5. Sama gak. dr lahir smpai skrng still guna Pureen tu. Tak prnh cuba yg lain. rendam yg serbuk. washer yg cecair. bau dia harum! klo terok sgt kotornya terutama baju putih guna persil tp jarang sgt.

    ReplyDelete
  6. oooo..saya memang tak pernah try la ngan mana-mana sabun..Persil pun tak pernah guna. Baju mama dan papa basuh guna dynamo.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...