Wednesday, January 13, 2010

sebelum, sedang dan selepas

Sana sini ramai yang bercerita tentang cara nak kuruskan badan, diet, slimming centre dan sebagainya..

Semua ini mengingatkan daku kepada berat badan (idealku) dari dulu sehingga sekarang...hihihi


gambar semasa hanimun, rampingkan????ahaks

SEBELUM

Sebelum melahirkan Zarin, berat badanku dalam lingkungan minimum 45 kg dan maksimum 48kg. Makan pula sangatlah sedikit, sepinggan nasi tak pernah habis...hohohoho :p...
Kalau sehari tak makan nasi pun tak apa dan sangat cerewet dalam memilih makanan.. Banyak yang tak makan dari makan... seperti kata cik suamiku semasa kami 1st date "iskkkkk...tak boleh kawan la ngan dia nie, cerewet...tak boleh masuk" sebab kami makan koteow goreng kerang, semua benda diketepikan kecuali koteow... ahahahahahah
masa ini juga, size baju xs dan s seluar pula 25, 26, 27, ikut cutting....phewitttt... itu masa zaman anak dara, sebelum mengandungkan Zarin....


Menunggu hari untuk melahirkan Zarin



Muka yang tembam + hidung besar + bibir tebal

SEDANG

Semasa mengandungkan Zarin pula berat badan semakin meningkat seperti di pam-pam... 1st checkup berat 50 Kg. Setiap bulan purata kenaikan 1-2 kg, kadang-kadang 3 kg.

nurse kat KK selalu bebel dan pandai-pandai je tuduh cakap "nie mesti suka makan benda-benda manis nie".. Aku terus jawab "Saya tak suka makan benda-benda manis la".. terus diam...hihihih..pandai-pandai je...

Tapi kalu dengan Dr Yustina, dia senyum dan cakap "takpe..asalkan takde darah tinggi dan diabetes..."

Tu yang aku agak liat nak g checkup kat KK...sampai dapat surat warning lagi...ahaksss...

Tapi memang tak dinafikan, memang aku kuat makan masa mengandungkan Zarin. Dan paling best, semua benda aku boleh makan. Jika sebelum ini banyak sangat cikadaknya, dan sekarang tidak lagi. Salah satu sebab berat naik bagai dipam-pam ialah aku cukup suka makan nasi. Pagi, petang, siang, malam...MESTI NASI. Dan dalam pukul 2-3 pagi sempat lagi kejut cik suami ajak makan roti canai kedai mamak...ehehehehe...penangan mengandung!

Di hujung kehamilan, beratku mencecah 70kg. Seperti kata abang iparku "kembang semangkuk".."hidung hang awat jadi besaq, bulat"...cesss...



Selepas 6 bulan melahirkan Zarin


Semasa Zarin berumur 1 tahun


SELEPAS

Dan selepas melahirkan Zarin, beratku turun sedikit demi sedikit. Daripada 70 kg, seminggu selepas bersalin, 62 kg. Selepas pantang 56 kg. Kemudian turun lagi menjadi 50 kg. Dan semasa hari raya puasa tahun lalu, beratku 48 kg. Dan sekarang minimum 48 kg, maksimum 50 kg. Ketika melakukan ujian kesihatan baru-baru ini, berat badanku berada tahap berat badan ideal. Syukur alhamdulilah.

Paling best, perkataan 'DIET' tiada dalam kamus hidupku buat masa ini. Aku makan apa saja yang terlintas di depan mata. Cuma nasi memang wajib dimakan setiap hari. Jika tidak memang menggigil lutut...adoiii...perut Melayu katakan...hihihihi... Baju dan seluar pula masih boleh dipakai yang zaman anak dara dulu...yeaaaa!!!suka sebab tak payah beli yang baru...kalau tidak memang pokai juga la....huhuhuhuh

Cuma ada sesetengah kemeja+kebaya yang tidak boleh dipakai kerana size B***** yang segar bugar. Yang ini, memang tak dapat nak nolong. Yang lain-lain padaku semuanya OK!

Cuma selepas Zarin berhenti menyusu nanti, aku berazam untuk menjaga badan dengan mengambil beberapa jenis produk kesihatan dan jamu untuk kesihatan luar dan dalam...Insya-Allah...Risau juga sebab berdasarkan kepada keturunan, memang kami jenis yang kembang semangkuk selepas bersalin. So dengan ketinggianku yang agak terbatas ini, sesuatu mesti dilakukan...bukan sekarang, tetapi NANTI!!!!

*Note : Ada sesiapa yang ingin mengesyorkan produk ape yang bagus????

11 comments:

  1. selamat berdiet ida...!!
    semoga berjaya...hehhe..
    tapi..ida tak gemuk sangat la..ok je ann tgk...

    ReplyDelete
  2. ehhehehe tgk dr belakang yg baju merah tu...cun melecun..:-))

    ReplyDelete
  3. hehehe, tanx ann...memnag dah rasa ok, cuma ada lagi tempat2 yang perlu diberi lebih perhatian...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. phewitt...memang cun kak diey...tapi dari belakang la....:P

    ReplyDelete
  5. lady tgk ida ok jer, slim gitu...
    :)
    lady ni ha mcm kembang semangkuk.. hehe..

    ReplyDelete
  6. lady...namapk cam ok, tapi ada tempat2 yang tak ok...

    nampak lady cam ok je coz tinggi :)

    ReplyDelete
  7. uiksss..serius la me tgk u ok dear..maintain je badan tu..jeles ni :-p

    ReplyDelete
  8. ahahaha...mumyalya maintain sebab BF je tu...sebab memang saya 'PEMAKAN' orangnya... :)

    ReplyDelete
  9. oklah tu...maintain ida.....tahniah....

    ReplyDelete
  10. tanx kak fatin. kak fatin pun apa kurangnya. slim-melim gitu walaupun dah beranak 3!

    kene turunkan ilmu nie ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...