Friday, January 29, 2010

sweetie chocolate = bebal+ngamuk

Ruzaimah : Kak ida, Zarin camne skang? lama dah tak tengok dia
Aku : Zarin ok je. Lagi tembam skang ni. Tak larat nak dukung. Cakap pun dah bolehlah sikit-sikit. Tapi paling best dah pandai ngamuk+bebal...adessss
Ruzaimah : ahahahahaha...rasanya dah tau ikut perangai sapa.. :P
Aku : hohohohohoho... Tak baik kak Rhu tau! Tapi camtu la yang Abg Azuan duk cakap pun!
Ruzaimah : Dah agak dah! ahaks

Itulah antara perbualaan kami petang semalam. Ah Kak Rhu, dikau mengimbau lagi nostalgia zaman pesta muda mudi dulu...hikhikhik


Zarin dan Auntie Rhu



Ciuman Rela+Paksa

Ruzaimah : kak ida, ingat lagi tak pasal roti tu?
Suhaida : hahahahahah...ingat-ingat mana boleh lupa!
Ruzaimah n suhaida : (ketawa terbahak-bahak.)
Ruzaimah : Tak pasal-pasal je

Diimbau kembali kejadian sweetie chocolate=bebal+ngamuk

Kejadian berlaku hampir lima atau enam tahun yang lalu. Ketika itu, aku sedang menunggu kekasih hatiku (suamiku kini) datang ke kolej untuk mengambil ku keluar. Waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Aku terus menelefon kekasih hatiku.

Aku : Awak kat mana? lambat lagi ke?
Kekasih hatikuu : Dah nak sampai dah. Lima minit lagi kot.
Aku : Ok

Kerana lapar, aku terus mengambil roti sweetie chocolate dan memakannya. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Dari 5 minit ke 10 minit, ke 15 minit tak sampai-sampai juga. Aku pun apa lagi, mulala bebal+ngamuk-ngamuk manja...ekekekeke...
Ketika itu juga, Roomate ku (Ruzaimah Latiff) sedang mengemas-ngemas bilik dan berjalan mundar-mundir didepan ku.

Aku: Kak Rhu, ambik roti nie! (cakap dalam nada marah)
Ruzaimah: Tak Naklah Kak Ida, dah kenyang la.
Aku : Bukan suruh makan! Suruh buanglah!
Ruzaimah : @%%#!(*#*&(@*)!



Roti sweetie yang menjadi makanan kegemaran semasa di KK2,UM.

Itulah nostalgia yang paling tidak dapat dilupakan. Disebabkan sikapku yang agak pembebal, orang lain jadi mangsa. Nasib baiklah Kak Rhu sudah memahami sikapku ini. Sayang Kak Rhu...muaaah..muaaah.. Tapi lepas kejadian itu, aku meminta maaf daripadanya. Perkara diluar kawalan. Tapi itu dulu. Sekarang aku berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Tetapi nampaknya Zarin ada juga mewarisi sikapku itu...huhuhuhuhuhuhu....


Yummy...yummmy!!!

Apepun dah lama tak makan roti sweetie ni. Ada lagi ke kat pasaran sekarang???
roti sweetie dah serasi dengan kisah bebalku ini...tengok roti sweetie teringat aku, tengok aku, teringat roti sweetie...huhuhu

6 comments:

  1. best roti ni
    nuyue suka sggt mkn

    ReplyDelete
  2. yela nuyue memang best, yang perisa kacang merah pun sedap juga...

    ReplyDelete
  3. ct pun suka dgn roti nih. KK12 tak da cafe masa tuh...asasi sains lah tempat membeli roti nih! miss campus life! harggggggggh

    ReplyDelete
  4. yup, me too- zaman muda mudi, tapi skang pun terasa muda juga..ahaksss..!!!!ooo, ct dyk KK12 ke? saya penah duk sana seminggu, pastu tukar kolej...x syiok lah duk ctu...uwaaaaaa...
    roti terlaris di uni nie...

    ReplyDelete
  5. -da, ada lg la roti nih, kat kdai mamak umah k.diana ada..hehehe..
    -Rhu tu, cam ada iras zarin lak...:-))

    ReplyDelete
  6. kak diey, sama bulat kot .. :P, jangan marah kak rhu..muach..muaach

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...