Monday, January 25, 2010

Thank God It's Friday

"Thank God It's Friday!"

Itulah mesej yang dihantar oleh suamiku ketika kami berchat di FB, apabila aku bertanya, "nak makan ape malam nie?"

"Nak makan kat TGI ke?" tanyaku
"Yup, dah lama tak makan kat situ. Nak tak?"
"Okey"


Zarin dan Mama

Jadi seperti biasa selepas solat maghrib kami pun bersiap untuk ke TGI Friday di Hartamas Shoping Center. Memang sudah lama kami tidak berkunjung ke sana. Sekali sekala apa salahnya berubah selera. Hihihihih


Boneless wings


Setelah melihat menu, akhirnya aku memesan 2 course meal. Untuk appetizer, aku memilih boneless wings dan entrees pula fish n chips. Untuk Zarin aku tidak memesan apa-apa. Cukuplah sekadar berkongsi makanan mama. Nanti Zarin tak makan, kami pula yang kena habiskan. Memang sesuailah cogankata kami iaitu MEMBESAR BERSAMA ZARIN. ahahahahha



Fish n Chips

Suamiku pula tak boleh lari dari steak. Dia memilih sirlion steak+brocoli+mashed potato. Yang paling aku tak berkenan, sirlion steak medium rare...aiyakkkk......tak boleh diterima oleh tekakku...Aku kalau nak makan steak mesti well done. Hangit sikit pun takpe...Kalau tidak jangan haraplah aku nak makan.



Sirlion Steak

Dan seperti biasa, Zarin memang sah-sah tak nak duduk dalam high chair. Nak tak nak kena lah beriba. Makan entah kemana. Pendek kata hilang nikmat makan melayan kerenah Zarin. Itulah yang terpaksa dikorbankan apabila sudah ada anak ni.



Dessert

Selepas selesai menikmati hidangan, kami memesan dessert pula iaitu Chocolate oreo mint crunch dan strawbery parfait. Kami hanya perlu menambah RM6 dan boleh memilih dua jenis dessert. Okeylah tu. Walaupun dessertnya kecil comel, yang penting sedap! Memang berselara kami makan sehinggakan nak bangun pun terasa berat+penuh sangat-sangat perut nie. ahaks....



Sedapnya Zarin makan dessert tu



Comot sudahhhhh!

Zarin pula sangat suka dessert tersebut, lebih-lebih lagi oreo tu. Lihatlah bajunya itu, habis comot!!!!Apabila dipakaikan Bib, dibukaknya. So selamat menyentallah mama nanti...huhuhu...

Cadangan asal, sebelum pulang kami ingin ke Toys r us untuk mencari DVD kegemaran Zarin iaitu "The Backyardigans". Tetapi memandangkan baju comot+aksi terlampau Zarin yang semakin menjadi-jadi, kami terus pulang.

5 comments:

  1. hohohooho...sdp..bikin k.diana teliur...desert tuuuu

    ReplyDelete
  2. hehehehe aksi 'terlampau zarin' serupa dengan aksi terlampau irfan..siap panjat atas meja lagi tu...uhuksss ssh sgt nak makan kat luar sekarang nie...;)

    ReplyDelete
  3. ida..
    sedapnya.. comel je muka zarin makan oreo tu..ekekek..

    ReplyDelete
  4. selagi sihat selagi tu kita makan-makan....yeehhhh...
    sedapnya dessert tu...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...