Friday, February 5, 2010

baby gurl?????

Neeeenoooo..neeeenooo...neeeenoooo.....
opsssss!!!!!!!!!jangan tersalah tafsir yea...

Semalam aku bersembang-sembang dengan familiku, maklumlah dah lama tak jumpa. Mereka datang kerana ada hal yang perlu diuruskan.Tapi dah balik lepas jumaat tadi...sob..sob..sob..

Zarin pula apalagi, sibuk lah duk main sampai tak mau tidur.Yang penatnya kamilah. Sekejap nak nenen, sekejap turun katil, keluar main, masuk bilik, keluar bilik, masuk bilik, nak nenen, bla...bla..bla...

Nak dijadikan cerita, Zarin telah tumpahkan air tin 'power root'. Habislah basah bajunya. Walhal baru je tukar tak sampai 10 minit...Adoiiiii....

Semasa suamiku sedang sibuk menukar baju Zarin, tiba-tiba:

Kak Mek : Nanti kalu hang pegnen, sure dapat baby gurl!
Aku: Yeke? Mana tau?
Kak Mek : Cuba tengok tek Zarin nie, dia terbelah. Orang kata kalu terbelah bakal dapat baby gurl, kalau tak baby boy.
Aku: Betul ke??? Tapi pernah juga dengar camtu
Kak Mek : Aku dulu camtu. Kemungkinanlah.
Aku: Wah bestnye. Lepas ni takyah beranak lagi. Dah dapat sepasang.
Cik suami: Aiii, takkan dua je?Tak boleh beli MPV la camni gak.
Aku: Okey lah tue. Tak suka la MPV!
Abang Rizal: Hang nak bape orang?
Aku : Tatau lah. Kalau ada rezeki ok je berapa pun. (ececece...tak kisah berapa pun)
Pak Lang : Tu dia...Zarin nak dapat adik....

Itulah antara dialog kami semalam. Zarin pula sangat suka tengok gambar baby kat majalah. Siap cakap-cakap lagi dengan gambar tu. Tapi bila aku tanya;

"Zarin nak adik tak?"

Terus digelengkan kepala...huhuhuhuu...Zarin-zarin, macam-macam kerenahnya.


Main kereta lagi bagus...voooommm..voooom

Padaku, tak kisahlah baby gurl ke baby boy. Yang penting dapat. (betul ke tak kisah, jauh didasar hati teringinnya nak baby gurl) hikhihkihhkihk...Insyaallah...

apapun, aku ingin berkongsi mutiara kata ini:

Kahwin tanpa anak samalah seperti memugar tanah tanpa hasil.
Mungkin tanahnya tak subur.
Mungkin benihnya tak menjadi.
Mungkin campuran antara tanah dengan benih itu tidak berapa kena.
Banyak tanah dari benih atau banyak benih dari tanah.
Semuanya boleh jadi.
Tetapi juga soal anak bukan soal tanah dan benih sahaja.
Kalau keduanya baikpun, kalau Allah tak izin, anak tak dapat juga.
(Shahnon Ahmad, Tunggul-tunggul Gerigis)


15 comments:

  1. waaahhh k.ida..da t`ingin tuuu..hahaha...tiny pon kalo d rezeki nak bby gurl plak...geram ngok baju2 gegurl...

    k.ida plan ke???

    ReplyDelete
  2. tiny, teringin sebab tengok baju cute2 ahahaha...boleh ke gitu????

    Setakat ni takde ambil ape2 plan pun...plan rumah adalah.. :P

    ReplyDelete
  3. Entahlah JMR. Mungkin kebetulan.
    baca boleh percaya jangan...hikhikhik

    ReplyDelete
  4. pernah dengar ini petua dari mama dan nenek..entahla..betul ke ek?nipple alya bulat jer 2-2..hahaha..kalau dah rezeki..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. pernah jugak dengar pasal nipple tu, tp takdelah percaya sangat.. semua tu dari Allah belaka.

    ReplyDelete
  6. klu bro la kan..cukup 5-6 org.. leh wat team futsal.. termasuk sorg reserve huhu

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  7. tak pernah akak dengar pulak...hiks..

    ReplyDelete
  8. BETULAH KAT MAK IDAZ TU0...... CEPATLAH SERONOK DAPAT BABY GURL NIE.... BYK BAJU DIA BOLE BELI...MACAM AKAK SEKARANG NIE.....

    ReplyDelete
  9. Sasha, just wait n see je la nanti. Kalu betul alhamdulilah..

    ReplyDelete
  10. sue 79. ya, rezeki dari Allah. baca boleh percaya jangan

    ReplyDelete
  11. frame stone, ihik..ihik... good idea..akan diusahakan..InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. puteri satu,

    saya dah banyak kali dengar. betul atau tidak tak sure la. tunggu je la adik Zarin nanti... :)

    ReplyDelete
  13. kak fatin suraya,
    alahai, yang tu memang lemah semangat. rabak poket mama!!!!
    puteri dayana dah boleh wat ape skang????

    ReplyDelete
  14. tak perlah...koyak poket untuk anak jugakan.....dah ke depan nak merangkak pun yer....tengok blog akak ada gambar baru dia....

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...