Friday, February 19, 2010

jalan-jalan pekena mee udang!

Kalau dah memang kaki berjalan, campak ke mana pun sure berjalan juga! hahahaha...
Balik kampung ingatkan nak berehat-rehat, tetapi hasutan kuat familiku telah membawa kami ke Penang! Petang Selasa, kami terus ke Penang pekena mee udang di Sungai Dua!

Dalam perjalanan ke Penang, kami sepakat untuk ke Queensbay terlebih dahulu kerana masing-masing masih kenyang. Kemudian, barulah menikmati Mee Udang yang maveles itu. Pada mulanya, aku risau juga, banyak ke kedai yang buka sempena cuti CNY nie????Tapi dah namanya jalan-jalan, so jalan aje lah. hikhikhik

Sangkaanku meleset. Rupanya memang banyak kedai yang buka! wohhhhooooo... kami cuma window shoping. Cuma kakak dan abangku sahaja yang bershoping sikit-sikit. Queensbay ni memang tempat fevret merekalah kalau nak bershoping selain KL! Kat Aloq Staq tak ada choice langsung! huhuhuhuhuh

Dan inilah antara hasil yang berjaya ditangkap khas untuk anak-anak,


Ini kak emy punya, dah lama sangat nak baby tak dapat-dapat!


Ini Zarin punya - Mak Long belanja! TQ

Selepas hampir 2 jam di Queensbay, kami pun bergerak ke Sungai Dua untuk menikmati mee udang. Memang ramai orang di kedai itu. Menurut suamiku dan abang iparku, kedai mee udang yang terletak berhampiran jambatan ini sangat popular!


nyummmy...nyummmy!!!!!

Dan memang ramai orang pada malam itu. Kami menikmati mee udang dengan berseleranya. Mula-mula risau juga takut tak habis sebab banyak, tetapi tak sampai 10 minit terus licin...hahahahahaha...memang sedap!!!!!Next time kalau balik Aloq Staq sure kami akan singgah lagi di sini untuk pekena mee udang!!!! slurrrrrpppppp!!!!!

2 comments:

  1. sedapnya tengok mee udang tu. teringin nak makan.....

    ReplyDelete
  2. mmg sedap. kalu ke utara singgah la makan mee udang nie...pasti puas hati.. :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...