Tuesday, February 2, 2010

lunch @ chilis

Hari yang agak borink+tension di ofis telah membawa aku keluar berdating di Chilis mid valley. ahahahaha...Bukan borink tak tentu pasal, borink sebab ramai yang bercuti, dan berpuasa menyebabkan aku tidak berselera untuk menikmati makan tengahari di kafe seorang diri. Tension pula kerana PC ku asyik restart...Adoiiii...Dah la aku tengah siapkan laporan pasca projek. Sabo je lah....

So nak tak nak aku terus mengajak suamiku berdating (quality time)...ekekekekeke...Dah lama tak makan berdua camnie.

Alhamdulilah, orang tidak ramai dan kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan. Dan inilah makanan yang telah dipesan.








Sementara menunggu hidangan tiba,

Mama: Teringat kat Zarin lah.
Papa: Kalu Zarin ada taklah kita boleh duduk camni.
Mama: Saja lah cakap. Mana penah kita datang sini tanpa Zarin.
Papa : Jom kita tengok gambar Zarin dalam henpon nie. (Sambil ketawa)






Alhamdulilah, kenyang yang amat. Perut pun dah maju ke depan, terasa bagai nak pecah. Camne tak kenyang, air saja dah dua gelas...hikhikhik..Suamiku pula hanya menikmati chips kerana dia telah menikmati hidangan berat semasa breaksfast tadi...

selepas menikmati hidangan, aku ke JUSCO untuk membeli pasta ABC Zarin, dan juga span basuh pinggan. Malangnya, Pasta ABC OUT OF STOCK! hua..hua...hua...Balik nanti kene singgah Cold Storage pula.

Dan aku sampai di ofis ketika jam menunjukkan kul 1.58 PM.
Fuhhh..Nasib baik tak lambat! :)


6 comments:

  1. nampak sodap tu..ehehe..ku lunch di SR ari ni..ade kawan belanja..siap tapau kek tul alya gak :p

    wah..baguih ida ni..masih berusaha masuk opis b4 jam 2..haha

    ReplyDelete
  2. bestnye ada orang belanja, buleh tapau lagi tu :)

    Dah lama tak makan kat SR, last tahun 2006@2007 kot. Tapi kek pernah la beli. Suka kopi hazelnut latte... nyum..nyum...

    X bagus sangat pun sasha. kebetulan tu. klau tak terbabas je...hikhikhik..awal2 tahun kene jaga rekod lah! ahahahaha...matilah kalu bos terbaca nie... :P

    ReplyDelete
  3. wah.. pasangan romantic berdating ye.. kelly pun selalu plan dgn hubby untuk keluar dating berdua2.. tapi setiap kali keluar.. mesti kepala teringat kan ank2.. ekekke..

    ReplyDelete
  4. ummi Husna, makan tostada Chips n quasalades combo...memang sedap bangat...licinnnnnnn...hihihihi

    ReplyDelete
  5. betul tu kelly. kita dah jadi ibu ni p mana pun sure ingat anak. tue pun mulut asyik duk sebut Zarin je...kelly, quality time, sekali sekala. teringin nak tgk movie cam muda-muda dulu...ahaks...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...