Tuesday, February 16, 2010

Sedim best!

Peluang berkumpul bersama ahli keluarga tidak dilepaskan begitu sahaja. Memandangkan semua adik beradik suamiku berkumpul (kecuali seorang) jadi kami bercadang untuk mandi manda di Sungai Sedim yang terletak di Baling (kalau tak silap akulah).

Memandangkan cuti umum, jadi memang ramailah orang yang berkunjung ke situ. Dan inilah juga pertama kali aku menjejakkan kaki ke Sedim. Seingat aku, kali terakhir aku ke air terjun ialah pada tahun 2000 itu pun di Bukit Hijau. Hampir sepuluh tahun ok. Memang cantik Sedim ni. Patutlah ramai orang!



Inilah kali pertama Zarin mandi air terjun. Airnya yang sejuk sehingga menikam tulang sum-sum langsung tidak memberi kesan pada Zarin. Walaupun bibir dah biru kesejukan, semakin galak mandi adalah. Nampak air je terus terkepak-kepak tangan. Begitu juga dengan sepupu-speupu Zarin yang lain. heheheheh..Budak-budak memang suka main air kan?

Seperti biasa, aku hanya menjadi pemerhati bebas. Malas nak mandi kat orang ramai. Segan dan malu (aku tersangatlah pemalu orangnya---ahaks). Lagi satu kene tukar baju segala bagai. mmm...biar zarin dan papa je la yang wakilkan mama mandi.



Hampir 2 jam lebih juga kami bermandi manda di Sedim. Seronok melihat telatah ahli keluarga yang lain bermain air. Dan Zarin pula tertidur semasa aku menyusukannya di atas batu berselimutkan tuala. Hampir patah tulangku mendukung Zarin yang beratnya 11.6kg ke kereta yang terletak hampir 200 meter dari tempat perkelahan. huhuhuhuhuuhu....Pampers dan baju pun tak sempat pakai. Nasib baiklah Zarin tidak pee pee... Tidur di sepanjang perjalanan pulang. Penat sangat agaknya.

Apepun, terima kasih pada mak mertua, dan Kak Ain yang menyediakan hidangan pada hari itu. Next time kita plan bercuti ke tempat yang lain pula. Harap lain kali dapat bermalam dan wat BBQ...seronoknyaaaaa!!!!!

3 comments:

  1. da,dah jadi ek wat gambo tuh?ok gak wat style camtu hehe..mm leh try la pasni =)

    Bestnya leh mandi air tejun..Zahin masih lom berkesempatan agi merasa air terjun..hanya merasa air sungai jek ahaahaha..

    ReplyDelete
  2. ni guna laptop. kalau pc x jadi lagi...tatau pasai pe.

    ReplyDelete
  3. Bukit Hijau memang best...saya pernah p masa dok kat SP dulu.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...