Wednesday, February 10, 2010

surprise!!!surprise!!!

Papa : Malam ni kita makan kat luar k
Mama : Ok. Tapi nak pegi OU dulu. Nak cari baju Zarin
Papa : Lepas tu la. Nak bawak makan kat tempat yang special
Mama : Special???kat mana?
Papa : Surprise!!!!!

Itulah perbualan kami di YM petang semalam.

Adusss..surprise-surprise ni la yang paling aku tak suka...Tapi dah namanya surprise tunggu je la.

Selepas solat maghrib kami terus ke OU untuk membeli baju Zarin. Yela, dah lama tak beli baju (eh lama ke) hihihihi dan kebanyakan baju Zarin dah kecil dan sendat, jadi apabila Zarin memakainya dah rupa macam body builder+hulk hogan pun ada huhuhuhuh... Sangat syok shoping baju Zarin kali ini kerana hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.


Dan inilah baju-baju yang berjaya mencuri hati kami.

Selepas itu, kami terus ke tempat yang dikatakan surprise oleh suamiku itu. Perut pun dah mula nyanyi lagu alternative. Boleh jadi gastrik kalau tunggu lama-lama.

Tidak lama selepas itu kami pun sampai di sebuah restoren yang diberi nama SUBAK. Rupa-rupanya inilah tempat yang dikatakan surprise itu. Memang betul-betul wat aku surprise!!!!Boleh tengok kat sini dan kat sini juga.



Berkonsepkan ala Bali, memang sangat cantik dan nyaman apabila menikmati hidangan di situ. Terletak di atas bukit dan dikelilingi tumbuhan yang menghijau, dengan alunan irama lagu yang menyedapkan halwa telinga, diterangi dengan cahaya lampu pelita dan lilin yang sangat romantik, tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa sudah pasti menggamit sesiapa sahaja untuk ke sana.

Tanpa berlengah, kami terus memesan makanan.


Subak Curry Mee with Fresh Water Prawns - papa punya



Ala Subak's Balinese Style Chicken Soto - Mama dan Zarin punya



Ibu Yati's gado-gado- kami punya

Makanan di sini juga sangat sedap..Nyummmy...rasa cam nak tambah-tambah. hikhik... Kami terpaksa bergilir-gilir makan kerana Zarin tak duduk diam. Asyik berjalan ke sana ke mari, dan yang menarik perhatiannya ialah buluh yang digantung, apabila ditiup angin akan berbunyi (terlupa orang panggil apa benda ni)



Padaku, tempat ini memang sesuai untuk pasangan yang ingin menyambut anniversary, birthday dan sebagainya. Sangat romantik ok! Dan papa berjanji akan membawa kami lagi ke situ. Tapi untuk waktu-waktu yang special seperti anniversary dan sebagainya, mungkin Zarin akan ditinggalkan...huhuhuhu...Bagi chance kat papa and mama bercintun jap!!! hihihihi





Next time, kami ingin menikmati hidangan pada waktu siang pula, boleh lihat pemandangan yang sangat cantik dengan lebih jelas, Owhhh..alangkah bahagianya kalau kami mempunyai DSLR...boleh wat photoshoot kat sana...(hikhikhik-boleh ke)

Untuk papa, thank you so much sayang. Tak sangka romantik juga suamiku ini...

* pic from eat drink kl. tq so much!!!

14 comments:

  1. wooooww so romantik you.. hehe

    Mm cam best sgt tmptnye..malap gitu

    Tapi makanan cam pelik jek..hehe.tgk nama pun dah pelik.. masakan indon ke?

    Da,nak tanya cane nak masukkan video kat blog ek.cuba wat tapi tak jadi gak huhu sediy sangat...

    ReplyDelete
  2. yummmmy..... sedapnya...kat maner tempatnya tu idaz....
    rasa macam nak ajak abg pergi ajer...makanan pun nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. da, abg punya makanan tu..sdp molek...:-))pandAI Mr. Azuan pilih tempat!

    ReplyDelete
  4. rasanya tak kot Yana. sbb western pun ada. Cuma konsepkan Bali. Mungkin sebab tu agak pelik sikit nama2 dia :)

    ooo, masa tulis post tu, klik yang lambang cam video tu. tepi sebelah upload gambar. try dulu jadi tak..

    ReplyDelete
  5. kak Fatin, dekat Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan. Ajaklah abang pergi. Memang sedap sangat2..next time kami nak try western pulak...

    ReplyDelete
  6. kak diey, bab makan memang pandai. Tu ada satu tempat lagi dia nak pergi makan satay...lupa dh nama tempat tu...asyik besarkan perut je kami nie...hahahah

    ReplyDelete
  7. nampak cam best jer tempat tuu
    makanan pun nampak cam sdp
    kena bodek hubby ni... srh bawa kitaorg g mkn kat sana...heheh

    ReplyDelete
  8. zarin punye maclaren jenis yg mane 1 erk??berkenan la....

    ReplyDelete
  9. romantiknye tempat tu..dan yg plg best..sempat shopping dulu tu..ehehe :)

    ReplyDelete
  10. nuyue memang best...
    bodek jgn tak bodek, dan jangan lupa bawak DSLR :)

    ReplyDelete
  11. Anony, maclaren quest sport..

    kalu nak beli try tgk kat mybbstore.com. ada sale RM600 lebih je...gerammmm cam nak beli 1 lagi black/champagne...cantik...argggh...

    ReplyDelete
  12. sasha...hikhikhik..org perempuan memang suka shoping...sempat je kalu bab shoping nie.. :P

    ReplyDelete
  13. ok, t.q...tp black/champagne tu hak techno XLR LA..MAHELLLLLLLLL!!huhuhu

    ReplyDelete
  14. anony,
    ada,
    check kat cni...

    http://www.mybbstore.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1708

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...