Wednesday, March 31, 2010

perut punca segala penyakit

Dua minggu kebelakangan ini, suami selalu mengadu, tak sedap perut, sakit kepala, kejang leher, pening, muntah dan sebagainya. Nak dikata alahan atau pembawakan budak, Zarin belum nak dapat adik lagi. mmmmmmm...kadang kala buntu juga memikirkannya.

Bila diselidik, rupa-rupanya gejala tersebut berpunca dari PERUT iaitu MAKANAN! Dan ini berlaku selepas beliau menikmati makan tengahari dan berlanjutan sehingga ke malam... ohhhhh...Sebenarnya ada beberapa kedai yang makanannya tidak sesuai dengan perut suamiku. Dan akibatnya dia mengalami simptom-simptom yang tersebut di atas. Dalam aku bertanya-tanya, sempat lagi dia buat lawak sengal

"Makanan tengah bertomoi dalam perut nie, tu yang muntah tu"

Adesss....

Bila aku suruh p check jawapannya.

"Tak ade apelah, salah makan je. Nanti ok la tue"

Yang peliknya, takkan la tiap-tiap hari macam tu kan????Nampaknya selepas ini suamiku terpaksa lah membawa bekal ke tempat kerja. heheheheheheh...sempat ke nak masak pagi-pagi???Nak siapkan makanan zarin lagi...mmmmm...

Dalam pada itu aku mencari info-info tentang simptom-simptom yang dialami oleh suamiku ini. Dah yang paling merisaukan, adakah suamiku terkena darah tinggi???Boleh rujuk dekat SINI. Tapi sikit sangat yang berkaitan.

Akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa suamiku perlu menjaga pemakanannya. Perlu mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat serta seimbang.

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Atau mungkin juga petanda bahawa suamiku dahagakan 'air tangan' isterinya ini.Bagus juga tu, salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri...hehehehehehehe...


kenapalah dengan aku ni???? harap semuanya ok...



7 comments:

  1. Da, kdg kala, kombinasi lauk pauk yg tidak sesuai leh menyebabkan perut menggelegak. Contoh, ikan n telur, kalu boleh jgn campur. k.diana tk ingat apa lg jenis2 lauk pauk yg kita tk leh campur (amalan Rasulullah).

    Tapi ok gak bwk bekal da...sonok, tp, kita kena korban masa la skit utk sediakan bekal pagi2..ermmm..mungkin tk setiap hr, sekali sekala....

    ReplyDelete
  2. sama la dgn dgn cho..asyik sakit perut... kua masuk toilet, tak puas2..adesss..

    ReplyDelete
  3. kesihatan diri mula dari perut...ihikss boleh ke wat statement tu...tak pun kesihatan diri bermula dari apa yang kita makan...ok kot....

    hehehehe harap statement d atas ada kaitan dengan entry ini...merapu sungguh fisa ptg ni...:)

    ReplyDelete
  4. kak diey : ada gak terbaca, tapi kami main bedal je...bila nafsu merajai akal...sob..sob..

    kalu roti bakar@sandwich saya sanggup wat tiap2 ari...hihi

    ayu :depa kene bertapa la dalam toilet tue..senang ckit..hahahahah...
    wan tak kua masuk toilet sgt, tapi lebih kepada sakit kepala dan muntah2....melepek atas tilam...

    Fisa : hahahahaha..mana-mana pun boleh...lebih kurang sama je maksudnya..hentam sajalah labu...labi tulis aje... :D

    ReplyDelete
  5. da, skang ni, pagi2 (kalu sempat) kami anak beranak giler mkn susu segar ngan sejenis cornflakes (berry+almond+...), mcm2 perisa ada, sedap gak, tapi kenyang kejap aje, smpi opis, k.diana cr srpn lain pulk..heheh,

    ReplyDelete
  6. kak diey, yang jenis bar tu ke??? saya x jalan mkn camtu...perut nasik, pagi ptg nasik..hahahahaha...tp abg slalu makan ngan zarin...abg makan, zarin tuang je.. :(

    ReplyDelete
  7. Terima kasih di atas pengisian. Jemput2 ke blog kindhearty.blogspot.com. Tq :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...