Monday, April 26, 2010

Hepi besday Ayip!!!

Cuti hujung minggu tidak sah jika tidak diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Dan semalam, kami telah mendapat undangan ke majlis hari jadi Syed Arif Iskandar aka Ayip bertempat di Taman Danau Desa.

Untuk Ayip auntie ida ucapkan

Happy 1st Birhhday Ayip Sayang!
Semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh...AMIN


Syed Arif Iskandar aka Ayip - Besday boy

Selepas membaca doa kesyukuran, acara potong kek pun bermula diikuti dengan acara makan-makan...hohohohhohohoo!!!! mama suka time makan-makan nie.


Acara memotong kek

Pelbagai jenis hidangan disediakan, dan yang paling menyelerakan ialah, masak lemak ikan masin+nenas...memang sangat sedap, mama makan bertambah...hikhikhik...memang ke laut lagilah diet mama kali ini....


Mama dan Zarin yang baru bangun tidur

Dan yang paling best sudah semestinya berjumpa dengan kawan-kawan seperti Ummi Ayip, Kak Risa, Kak As, Ann,Wina, Lidia, Nuyue, Villian, Sya,dan juga Jueliza...(opsss..sori ye kalau ada yang tak tersebut nama)


Wina dan si comel Kira



Kak Risa, si comel Mia (suka wat aksi mulut) dan Jueliza


Ann, Lidia dan Wafa

Kami pulang ketika jam hampir 3.00 petang, Sedih juga tak dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Ingatkan nak duk lama lagi. Tetapi Zarin dah mula aksi dia...Sebelum ada yang terjun dalam periuk, lebih baik kami berangkat dulu....

Apepun terima kasih banyak-banyak Ariss kerana sudi mengundang kami. Makanan pun sangat sedap...nyummm..nyummm..

Next time undanglah lagi yea :)

+++Pic dari wina... Tanx a lot dear++++


8 comments:

  1. jelesnye korg ni gi majlis besday ayip..
    x dpt gi lah..anak n hubby x sihat =(

    ReplyDelete
  2. happy juga jumpa ida kat sana...
    harap kita boleh jumpa lagi nanti...
    gulai nanas tu memang sedap.. bila teringat, buat berkeroncong je perut ku ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat attend majlis bestday

    ReplyDelete
  4. Bonda Mawar : x pe, next time kita pergi lagi kalau ada yang wat besday party... :)...syok!!!

    Sya : tula...sangat happy jumpa sha dan darwish...suka tengok dia makan..berselera :)
    **pstttt, ada sape2 nak wat besday party lagi ke dlm masa terdekat???boleh la kita meramaikan majlis... :P
    Makanan mmg maveles la :)

    Rizziela : mmg best..sebab leh jumpa kwn2 alam maya :)

    Sha: rugi sebab masak lemak ikan masin+sambal belacan sangat sedap...rugi ooooooo... (saje nak api-apikan) hikhik

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. baru baca ni..sonok jumpa Ida & kwn² RH yg lain

    p/s; sorry ye kejap pggl Aida, kejap Ida..lps ni panggil Ida k

    ReplyDelete
  7. ye la wina...bestkan. Tak puas jumpa sebab kejap sangat, masing-masing ada hal :(

    Ape-ape pun boleh. ida ke aida ke masih lagi dalam ejaan SUHAIDA...hikhikhik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...