Tuesday, April 20, 2010

KUALA LUMPUR : di mana suamiku??????

Tajuk macam gempak jekan. Macam tajuk novel pun ada. Tapi itulah yang terjadi pada diriku petang semalam.

Tepat jam 5.30 aku terus melalukan kad perakam waktu. Tiba di foyer, kereta suamiku masih tidak kelihatan. mmmmm...traffic jam agaknya. Lantas aku terus menelefon, tetapi telefon tidak berjawab! adessss...

Sementara menanti kehadiran suami datang menjemput, aku terus menelefon ummiku. Sembang itu ini. Gelak-gelak, cerita-ceritut... sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 5.45 pm... kegelisahan terus menghantui diri.

Lantas aku terus mendail nombor suamiku lagi. Tapi alangkah hampanya kerana hanya keluar suara perempuan "your call have been forward....n bla-bla bla" tak habis-habis membebel. menyampah aku...

Aku dail lagi sampai sakit jari duk tekan. dan jawapannya tetap sama... your call, your call, your call, buat aku nak termuntah dengar suara itu!

isk..tak boleh jadi ni...lantas aku terus menghantar SMS

Duk kat mana?nape x jawab call! orang call angkat lah!

Tapi masih tiada jawapan.



Adoiii...camne nie...rasa cam nak nangis pun ada. Risau yang amat. Tak pernah-pernah jadi camnie... Dalam keadaan panik dan serba tak kena tu, maka muncullah suara-suara halus yang menghasut. Otak pun mula la melayang fikir yang bukan-bukan...lantas aku beristighfar. Astagfirullahalazim....Ya Allah, di mana suamiku???apa yang terjadi padanya????? Jauhilah dari perkara yang tak elok menimpa dirinya Ya Allah!!!! Dalam kepala dah terbayang wajah ZARIN...mmm..camne nie???

Aku terus mendail lagi. Tapi tetap hampa!

Aku mula terfikir untuk menelefon sahabat baiknya. Tetapi time kerja mana la derang tau kan????mmmm...lantas aku terus menelefon ibu mertuaku.

Aku : Assalmualaikum.
Mak: Waalaikum salam.
Aku : mak sihat ke?
Mak : Sihat.
Aku : Ni mak, nak tanya.
Mak : Awat cheq??? (dapat kudengar nada suaranya yang cemas.)
Aku : Wan ada call mak dak arini? saya call dia tak dapat-dapat. Tatau dia p mana. Risau lah Mak aihh, tak pernah-pernah macam nie (ada getar dalam suaraku, menahan air mata yang hampir menitis)
Mak : Tak dak pulak. Sabaq Cheq..Jalan jam kot. Takpa-takpa nanti mak try call.
Aku : Call dapat tapi dia tak angkat.
Mak : Sabaq-sabaq...Cheq ok ke ni? sihat ke dak?
Aku : Tadi saya ok je..Tapi la ni dah tak ok la... (dalam nada sebak)
Mak : Takpa-takpa. nanti mak try call dia.
Aku: Takpala la kalu camtu...assalamualaikum...
Mak: waalaikum salam...

Bertambah-tambah lah risau jadinya. Lantas aku terus menelefon sahabatku Kak Rhu. Entah mengapa aku amat senang berbual dengannya ketika diriku berada dalam keadaan tidak terkawal (apepun tanx kak Rhu sebab melayan).

Jam menunjukkan pukul 6.05 pm. Adoiii...camne nie...Dadaku berdegup kencang. Dadaku terasa ingin pecah. Pandanganku gelap dan hampir pitam. Tetapi kucuba kawal diri. Ya Allah!!! Selamatkanlah suamiku! Air mataku sudahpun menitis sedikit-demi sedikit. Tetapi cepat-cepat ku sapu...Malu jika terlihat oleh Pak guard...huhuhuhu

Aku terus mendail lagi dan alhamdulilah akhirnya suamiku manjawab.. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.15 pm.....

Mama : Kat mana? Nape tak jawab call???
Papa : Nak sampai dah (suara macam orang bangun tidur)

Terus lapang dadaku apabila mendengar suaranya. oh suamikuuuuuuuu...

Masuk dalam kereta, bertubi-tubi soalanku bersama air mata yang tak dapat ditahan-tahan...

Suamiku menjelaskan :

Sakit kepala tadi... Muntah... saya rehatlah kejap kat bawah pokok depan sekolah Cina tu, tak sangka terlelap...Telefon silent...Tak sedaq apa dah"

Adoiii papa!!!!betapa risaunya hatiku ini...itu je sebabnya??????

Apepun aku bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku.

Pengajaranya: semalam juga aku aktifkan Friendfinder...senang sikit nak trace dia kat mana..selama ni dia je yang duk trace aku...huhuhuhu...belajar dari kesilapan..

pssttt: siapa tak sayang suami oiiiii!!!!!



+++ pic from google, TQ so much!

opssss...terpanjang la pulak entri kali nie...hehehehehe

7 comments:

  1. kesiannye kat da, memang resah bila jd gitu. kesian gak kat suami, pening+muntah=tk leh bwk keta, tersadai kat tepi smpi tertidur...uhuk!

    ReplyDelete
  2. sapalah tak risau kalau hubby kita tak answer call kan?

    mesti berlegar-legar pikiran kita dok pk yg bukan2 ajer....

    Saya pun sama..kalau x dapat call hubyb..hati memang risau..tak dak benda yg elok dok pk..mesti yg tak elok ajer dlm pikiran ni...

    ReplyDelete
  3. saya pun risau kalo jadi kes gitu...

    ReplyDelete
  4. kak diey : mmg susah hati..kalu takde guard sure saya nagis sunguh-sungguh dah! rasa cam nak pitam...sebab cemas sangat2...huhuhuhu

    Rizziela : tu la tu...lagi risau bila suara-suara halus tu makin menggila dalam diri...serik dah rasa!

    Diarihatiku1976 : Yup..pasti risau..tu yang jd x tentu hala tue...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. kita faham...pernah rasa bila kehilangan suami seketika. call tak berjawab, mmg buat hati isteri risau. selalunya, mulala fikir yg bukan2,kan? nasib baik tak apa2...

    ReplyDelete
  6. kak fiza: betul tu...mmg saya dh fikir yang bukan-bukan dah...alhamdulilah semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  7. ermm..faham sgt...dulu hubby pernah jadi camtu..dahla dia dari melaka-putrajaya..huhu..sampai 5am woo..rupa2 dia tido kat highway..dia tak tau kita kat umah macam kucing nak beranak..hehe..
    alhamdulillah takde ape2 kan?ermmm..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...