Thursday, April 1, 2010

panggilan manja.....Auwwwwww!!!!!!!


Abang???
Sayang???
Baby???
Honey??
Dear???
Darling???

Yaaaa, bermacam-macam panggilan yang biasa digunakan oleh suami isteri atau pun pasangan kekasih sebagai kata ganti diri.

Saya pernah ditegur suatu ketika dulu,

".....tak suka dengar ida panggil wan, wan, awak...panggillah abang, sedap sikit bunyi"

Saya hanya tersenyum,saya terasa malu, muka saya panas dan sangat terkejut apabila ditegur di khalayak ramai. Tetapi saya bernasib baik kerana ada orang yang tolong jawabkan

"alah, panggil abang ke, sayang ke pun ada juga yang bercerai berai..kadang kala terasa meluat pun ada sebab macam dibuat-buat"

hahahahahahahahaha...memang tidak dinafikan panggilan 'abang' sangat sinonim dengan masyarakat kita. Mungkin panggilan 'abang' menunjukkan rasa hormat seorang isteri pada suaminya.

Saya pula lebih selasa menggunakan 'awak' dan 'saya' ketika bercakap dikhalayak ramai, tetapi kadang kala terkeluar juga 'yang'..hikhikhik. Saya sendiri tidak pasti mengapa. Mungkin disebabkan kebiasaan dari zaman bercinta dan terbawa-bawa ke alam perkahwinan.

Anak saudara saya yang berumur 7 tahun pernah menegur


"Apalah Maklang nie, besar-besar pun duk panggil "Baby" lagi"

adoiii..camne nak jawab tu...hahahahahahha

Pada pandangan saya, kebahagian tidak terletak pada panggilan. Terpulanglah pada setiap pasangan. Asalkan kedua-dua pihak mengetahui, saling mencintai dan menyayangi itu sudah mencukupi.

Jadi apa panggilan favourite anda???hikhikhik




8 comments:

  1. wow..serius romantik gamba itu..
    hehehe...
    me n hubby "abang" / "sayang: :D

    ReplyDelete
  2. hihi.. panggilan Lia utk husband ialah "MOK" hihi..

    ReplyDelete
  3. agree bahawasanya gambar mu itu super romantis..hehe
    me ~abang~ira~yang~ :-D

    ReplyDelete
  4. wow, di celah daun pinang (ye ke daun pinang?), fuh, dasat weh..ehehhe.

    da, kalu ore kelate, abeeeee.....(hahahha..lembik lembut, awwwww)

    apa2 pun yg penting ikut keselesaan. n ksh syg antara suami isteri.kan kan

    ReplyDelete
  5. bonda mawar : tanx a lot...gamba masa hanimun dulu2...hikhikhik

    ooo...ramai yang guna panggilan tu...sweeeeettttt..

    idzalia : "MOK". apa maksudnya tue???mesti romantikkan ;)

    sasha : ahahahahaha...TQ..TQ...
    owh...ramai yang panggil abg yea...
    saya tak bolehla kot, sebab husband muda...pernah juga gurau-gurau panggil dia "abang" tapi nanti dia usik balik panggil saya 'kak ida"...adoiiii...sabo je la...

    kak diey: sy pun x sure...daun pinang koy :P hahahahha...

    abe..abe..memang lembut, kalau perempuan siam panggil mesti lagi lembutkan???hikhikhik...

    yea betul keselesaan...

    penah juga terjadi dalam kaum keluarga saya:

    isteri moden : "honey, honey, mai la makan ni"

    Makcik veteran : "eh, sape pulok nama Honey nie? rasanya tak dok orang nama Honey kat sini..."

    adoiii...lawak betulla...

    pssst..kak diey panggil ape???abe ke???kuikuikui

    ReplyDelete
  6. abang...hehehe...kadang awak & saya..

    ReplyDelete
  7. ahaha.. mr.hubby tak suka kalo panggil abang! katanya.. i bukan abang u.. hehe..sabo je la. biasa panggil dia B..for Hubby! kdg panggil penuh jer..HUBBY tp sjak ada anak.. terbiasa pulak D..for dady!

    ReplyDelete
  8. fisa: :)

    etiey: hahahahahaha...betul juga kata dia tu... a'ah, sejak dah ada anak ni mmg camtu terpanggil papa la pulak. Aritu panggil "awak", tetiba-tiba zarin cakap "wak"!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...