Monday, April 19, 2010

popia isi ketam

Kebelakangan ini, saya memang suka memasak. Dua minggu lepas, kami sekeluarga kemaruk pada ikan siakap tiga rasa, boleh dikatakan seminggu dua hingga tiga kali masak, dan minggu ini pula kemaruk untuk membuat popia isi ketam.

BAHAN-BAHAN

1. setengah biji sengkuang di hiris nipis dan memanjang
2. sebatang lobak merah dihiris memanjang
3. sepeket crab stik (jejari isi ketam)- dicarik halus
4. satu biji kuning telur- untuk melekatkan kulit popia
5. sepeket kulit popia




CARA MEMBUATNYA

Bentangkan kulit popia, kemudian isikan dengan isi ketam, sengkuang cina dan lobak merah. Kemudian lipat dan sapukan kuning telur untuk melekatkannya. Siaaaapppp!!!

Selepas itu, goreng popia dalam api sederhana sehingga kekuningan...Tadaaaaaaaaa

Hidangkan dengan sos tomato atau sos cili bersama mayonis. Sedia dinikmati oleh seisi sekelurga!




Popia ini sedap dinikmati ketika panas-panas. Rasanya yang manis, masin dan pedas pasti akan membuka selera sesiapa yang menikmatinya. Tidak hairanlah si kecik Zarin sangat menggemarinya. Tetapi dinikmati bersama mayonis dan sos tomatolah.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

  1. Wahhh cam best jer..nak try la nanti hehe..

    Ida...nak tshirt free x?jenguk la blog aku nanti yek...cepat2 sementara masih ada stok =)

    ReplyDelete
  2. confirm best! kena try gak ni..
    da la fav ku popiah..hehe

    ReplyDelete
  3. simple & sedap
    balik boleh try ni.....jangan x try

    ReplyDelete
  4. k.diana n abg pun suke ngan popia goreng, nk cuba popia isi ketam lak, senkuang ganti ngan carot leh?(tk suka sengkuang)

    ReplyDelete
  5. Yana : try jgn x try...ok nanti aku terjah!

    ashra: dijamin best! try la :)

    Rizziela : memang simple..yang penting seedap! selamat mencuba!

    Kak diey: ahahahahaha..carrot pun memang buh..sengkuanglah yang menyedapkannya tu..manis2 lemak macam popia kat hotel je rasa :P...daku terperasaan!

    ReplyDelete
  6. YakuYaku, a growing translation website, is seeking ambitious translators to grow its list of translators. Jobs will be assigned by clients directly for´Ż▓professional translation services. New jobs are posted on a frequent basis
    and Even if you don't visit regularly the website, job alerts will be sent to you.
    Besides translation, localization and proofreading opportunities, Various articles and lists are free to read together with a section with resources, events, books...
    We will answer all your questions and problems on our forum.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...