Wednesday, May 12, 2010

bos cinonet

Telatah Zarin memang sentiasa mencuit hati kami. Setiap kali mengambilnya di neseri, masuk saja kereta mulutnya terus berkata :

Paq! Paq! Paq!

Nak! Nak! Nak!

Kut! Kut! Kut!

Rupa-rupanya dia berkata:

Lapar Nak Biskut

Nak kata tak makan, baru sahaja cikgu suap makanan, kat tangan pun kadang kala ada lagi biskut. mmmm...Zarin..Zarin...


Dan apabila sampai saja di rumah, dia akan leka bermain sambil menonton tv. Setengah jam kemudian, dia akan membuka peti ais dan keluarkan fun fries

Mama nak! nak! (sambil membawa palstik french fries kepada mama)

Lihatlah aksi-aksi zarin ketika sedang menikmati french fries sambil menonton tv.


cicah.. suap.. cicah ...suap



Sedapnya mama goreng!!!



tangan menyuap, mata leka tengok tv

Zarin suka makan french fries bersama mayonis. Bila dah dapat makan, memang dah tak layan dah mama dan papa...Tangan sibuk duk cicah, suap, cicah, suap. Yang lucunya mata tak lepas dari mengadap tv...

Gaya dan lagak tak ubah macam big boss...Tapi Zarin masih lagi bos cinonet mama dan papa...hahahahha

Kecik-kecik boleh la makan depan tv cam nie...Dah besar sikit nanti jangan haraplah sayang... Bukan apa mama risau takut obesiti sebab ralit makan.

5 comments:

  1. mkn tp mata tk lepas ngan tv..hehehhe..zarin2..zarin ni wat antie terliur lak kentang wit mayonis..ehhehe...

    ReplyDelete
  2. memang bos cinonetlah dorang ni kat rumah kan Ida? heheee

    Kira pun suka sgt makan fries

    ReplyDelete
  3. mesti tak kering gusi dengan gelagatnya kan?

    ReplyDelete
  4. cute la zarin ni...ralit sungguh dia tengok tv ekk...suka tengok dia...:D

    ReplyDelete
  5. kak diey : dia suka kentang nie...kami slalu beli simplot. :)

    Wina : Memang bos sangat-sangat Wina. Memang kadangkala letih nak melayan. walaupun letih, tapi seronok nak melayan :)

    Rizziela: mmg ..tiap2 hari ada je perkara yang mengejutkan kami. Tapi kalu mengamuk...masyaallah :P

    Fisa : tq..dia suka tgk kartun dan DVD. Dah tau dh nak tekan yang mana. kadangkala kami cakap...rosak..rosak...supaya dia x tgk kartun...hikhikhik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...