Monday, May 24, 2010

Delicious!

Hujung minggu tidak sah kalau tidak mengukur mall dan makan-makan...

Dan Zarin pula sejak pandai bercakap nie, hari minggu asyik sebut LUA, LUA je...nak keluar la tu...adoiiii...anak aku ni la......

Dan hari sabtu yang lepas kami ke OU, dan kedai fevret aku semestinya la ZARA. Tak sah kalau pergi OU tak cuci mata di situ...cuci mata je k..Tapi memang selalu cuci poket juga..
huhuhuhuhahahahahah..

Sebaik sampai ke OU, Zarin terus berlari-lari dan masuk ke Delicious! Lantas meluru ke arah kek-kek yang tersusun cantik di sebalik dinding kaca sambil berkata :

Nak! Nak! Nak!...Dap!..Aummmmmm!!!!

Nak tak nak kami terima lah pilihan Zarin untuk makan di situ... Nampak bersungguh benar dia nak makan kek tu.





Tapi bila kek dah sampai, sikit je yang dimakannya. Sebaliknya sibuk menghabiskan spageti carbonara milik papa. Mama pula yang kena habiskan sepotong kek dan 1chocolate black forest in glasses...huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!Dah la daku bukannya penggemar kek..Tapi ok la juga pilihan Zarin kali ini...tak manis sangat.



Selepas kenyang, Zarin mula la tak duk diam, keluar masuk keluar masuk ...Adoiii..letih melayan kerenahnya itu...memang langsung tak boleh menikmati makanan...



Apepun dah namanya budakkan, layan je la...daku lebih rela dia berlari ke sana ke mari (buas) daripada membuat pakej lengkap (menangis+meraung+guling-guling) bagai nak rak kerana hendakkan sesuatu. Setakat ini Zarin belum menunjukkan sikap sebegini..syukur!!!!!

3 comments:

  1. cantik muka baru blogg...paling suka hat atas tu la..
    hehehee...

    g dak, kucai kawin?

    ReplyDelete
  2. tanx ayu...berpinar jugak mata duk buat benda nie...tukar selera..borink dah dengan si hitam manis tu....hikhik..

    kucai kawin, bila? wan x ckp ape2 pun lagi...nanti tanya :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...