Wednesday, June 16, 2010

hero korea!

Setelah asyik tertanguh-tangguh, rambut zarin akhirnya digunting juga... sebelum digunting Ada juga yang bertanya,

tak sayang ke nak potong?

jawapannya ----------> memang sayang sangat!!!

Tapi apakan daya, dah panjang sangat, untuk elakkan Zarin dari kepanasan dan kerimasan kami sepakat untuk memotong rambut Zarin.

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Rambut Zarin dah jadi cam hero korea!


Pandangan belakang rambut saya, ok tak???

Mula-mula nak gunting, stylist tu tanya lah nak potong macam mana? nak guna mesin ke????

mesinnn???? ohhh, noooo!!! noooo!!! NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!

Kalau mesin sure la gondol rambut anak bujangku yang halus mulus itu. Dan yang pasti makan tahun pula la nak tumbuh. Nak wat camne, Zarin ikut rambut mama. (Cuma bab kerinting + ikal tu tatau ikut sapa)


hensem tak saya???

"U just rapikan je rambut dia, biar nampak kemas" kata papa

"yang ikal ni nak potong ke camne? tanya stylist itu

"potong pendek sikit la, dia ni boy" tambah papa lagi

"yaka??ooo, ok-ok...kata stylist itu sambil ketawa



setelah dirapikan inilah hasilnya!!!! kami sangat berpuas hati!!!

Tetapi masa rambut sedang digunting, Zarin pun mula lah membuat drama. Mula-mula ok semasa kain disarungkan. Tetapi sebaik gunting mencecah rambut, dia mula la menangis tak hingat!!!!satu kedai duk dengar suara dia je. Yang bagusnya Zarin ni, walaupun menangis, tetapi dia duduk diam. Maknanya mulut je la yang bising tapi duduk senyap macam patung.

Yang lucunya pula dia menangis sambil berkata

"mamaaaaa!!! atikkkkk! atikkkkk!!!!!

hahahaha, hebat tak lakonan Zarin???? mana ada sakit pun..cuma dia takut agaknya...hahahha...nak snap pic, tapi tak sampai hati pula..last-last kami pujuk je dia sehinggalah proses menggunting selesai...

Dan ini pula telatah zarin sebelum rambutnya yang ikal itu dikerjakan


Apalah nasib rambut aku hari ini


Rambut menggerbang! Saya memang tidak suka letakkan minyak dirambut Zarin. Sikit-sikit ok..Tapi kalau nampak berminyak saya rasa sangat rimas dan nampak busuk pula
Dan ini pula gambar ketika Zarin baru bangun tido...ngerikan rambutnya??? Tapi nampak cute + lucu


seram tak tengok rambut Zarin nie???

Mama kata rambut saya dulu buat saya nampak kiut
mama kata rambut saya sekarang buat saya nampak hensem. Tak ubah seperti hero korea

mama!!!! saya sudah besar lah!!!! hohohoho


7 comments:

  1. ahhaha, gmbr paling last ni, alwak, seolah2 menakut2 kan org...hehehe, ensem boy!

    ReplyDelete
  2. alahai...mmg hensem la zarin ni. mcm mmg mcm hero korea. hehe...

    ReplyDelete
  3. Wah! handsomelah hero korea ni..

    ReplyDelete
  4. kak diey : tu la, nak takutkan mama la konon! mama gelak lagi ada...lucu!

    Kak fiza : Terima kasih. Mula-mula nak g gunting dup dap dup dap jantung nie..nasib baik hasilnya memberangsangkan daripada mama gunting sendiri..tak pasal-pasal jadi abu bakar elah junior lak nanti..ehehehhe

    Rizziela : tq :)

    ReplyDelete
  5. wowwiii..hensemnyeeeeee...suka2!!!weeeeeeeee...

    ReplyDelete
  6. Wahh dah jadik hensome boy laa...not pretty boy lagi hihik

    ReplyDelete
  7. anony : tq so much :)

    Yananuar : dah tukar imej dah :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...